Rabu, 8 Februari 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Wajib ke luar bandar

Posted: 07 Feb 2012 02:47 PM PST

KUALA LUMPUR: Doktor pakar yang menjalani latihan di kawasan bandar kini diwajibkan berkhidmat di luar bandar dan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak selama enam bulan sebelum diberi pilihan untuk bertukar berkhidmat ke kawasan lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata arahan itu terkandung dalam Panduan Penempatan Doktor Pakar bagi Tempoh Enam Bulan di Hospital Luar Bandar yang dikeluarkan Disember lalu bagi mengimbangi penempatan doktor di luar bandar dan pedalaman.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

farah hijus

wow ini sudah bagus....tak payah lagi pergi jauh semata2 nak cari doktor pakar...terima kasih kepada pihak kerajaan kita kerana prihatin kepada rakyat....kepada semua doktor pakar tu, terima la arahan ini dengan hati yang ikhlas...

fazura farah

wow ini sudah bagus....tak payah pergi jauh2 untuk cari doktor pakar....

potodokter

daripada nak kuatkuasakan peraturan utk pakar2 yg sememangnya baik..lebih baik di perketatkan penghantaran HO/MO baru ke luar bandar, biar dapat tahu permasalahan masyarakat luar bandar..dapat pengalaman yg berharga...

maria

Tidak perlu sehingga masuk dalam arahan ... buatlah secara sukarela dan berikan insentif bagi mengharmonikan pelaksanaan... saya percayaan jika dilakukan secara EQ serta SQ ianya akan memberi result yang baik. Pihak kerajaan pula perlu lihat secara keseluruhan termasuk prasarananya...yg dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan

Hisham

Satu cadangan yg sgt baik.tp adakah ia meliputi semua jenis kepakaran? Sesetengah kepakaran memerlukan peralatan hospital yang canggih yang mungkin tidak terdapat di hospital luar bandar.

M Ridzman

Bagus, sememangnya orang di kawasan luar bandar memerlukan doktor terlatih dan pakar. Orang Asli pon sama. Kalau boleh harga ubat juga jgnlah mahal sangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan