Isnin, 20 Ogos 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Lagi mesin ATM kena pecah

Posted: 20 Aug 2012 03:04 PM PDT

Kuala Lumpur: Hanya sejam diperlukan sekumpulan perompak untuk memotong sebuah mesin ATM sebelum melarikan wang tunai RM220,590 di Taman Tun Dr Ismail, di sini awal pagi 1 Syawal lalu.

Jenayah jam 2.30 pagi Ahad lalu itu dipercayai dirancang rapi kumpulan penjahat terbabit yang menggunakan alat pemotong besi jenis portable ocytelene.

Sembur CCTV
Semua lima CCTV di premis itu juga disembur cat hitam sebelum mesin ATM berkenaan dipotong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata kejadian disedari orang awam selepas berlaku kebakaran sebelum menghubungi bomba.

Anggota bomba tiba di tempat kejadian lebih kurang jam 4 pagi dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak, siasatan awal kebakaran dipercayai disengajakan oleh kumpulan penjenayah itu sebelum mereka melarikan diri, katanya.

Elak kena rakam
Siasatan awal polis mendapati hanya satu daripada tiga mesin ATM di premis itu berjaya dibuka perompak, sebuah lagi hanya mempunyai kesan umpil, manakala mesin deposit tunai tidak diusik.

Sementara itu, kelima-lima CCTV yang berada di premis disembur cat hitam, dipercayai bagi mengelak identiti mereka dikenal pasti, kata Chin Wah.

Tak sempat pakai baju Melayu baru

Posted: 20 Aug 2012 03:02 PM PDT

Pendang: Saya tak sangka adik pergi selamanya pada pagi 1 Syawal tanpa sempat pun pakai baju Melayu jingga yang dibelinya untuk hari raya, kata Mohd Nizam Mehad, 26.

Adiknya, Mohamad Aziz, 21, lemas selepas terjatuh ke dalam tali air Sungai Mati di Kampung Kuala Lanjut, Mukim Lesong di sini.

Dalam kejadian 10.15 pagi itu, Aziz yang mengambil upah meracun di Gunung Keriang, Alor Setar, dipercayai terjatuh ke dalam tali air apabila motosikalnya terbabas.
Pulang dari kedai

Mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang dari kedai runcit berhampiran membawa anak saudaranya, Mohd Khairul Azhar Mohd Saman, 3, namun Khairul terjatuh di tebing dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Nizam berkata, adiknya sebelum itu meminjam motosikalnya untuk beraya bersama rakan sebelum ke kedai berhampiran membeli makanan ringan buat keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan