Jumaat, 3 Februari 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


BN yakin kuasai semula kerusi diduduki Pas

Posted:

BN yakin kuasai semula kerusi diduduki Pas

BN yakin kuasai semula kerusi diduduki Pas

KUALA TERENGGANU 3 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula kerusi-kerusi yang dikuasai Pas di negeri ini, termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Perdana Menteri percaya ia boleh menjadi kenyataan jika semua pemimpin dan ahli UMNO dan Barisan Nasional sepakat membantu usaha mengangkat setiap calon yang dipilih.

Sehubungan itu, semua pemimpin UMNO di negeri ini harus mengikis gejala 'bentes- membentes' sesama sendiri demi perjuangan parti dan BN.

"Saya tetap yakin kita ada harapan untuk menang semula kerusi Batu Burok pada pilihan raya nanti. Kita akan kerja kuat, cuma saya mahu puak-puak kita bersatu, jangan bentes dan ini kena jaga.

"Kalau bersatu, insya-Allah kita boleh menang untuk laksanakan cita-cita besar negara," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Burok di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman di sini hari ini.

habis

Full content generated by Get Full RSS.

Hasrat bubar KITA, Zamil desak Zaid letak jawatan

Posted:

Hasrat bubar KITA, Zamil desak Zaid letak jawatan

Hasrat bubar KITA, Zamil desak Zaid letak jawatan

PUTRAJAYA 3 Feb. - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim hari ini mendesak Presiden parti itu, Datuk Zaid Ibrahim meletak jawatan berikutan hasratnya mahu membubarkan KITA tanpa mendapat sebarang persetujuan pengerusi-pengerusi peringkat negeri.

Katanya, Zaid tidak pernah berhubung langsung dengan pengerusi-pengerusi negeri sebelum mengumumkan untuk membubarkan KITA menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM) tidak lama lagi.

Beliau berkata, EGM yang didakwa akan diadakan sebenarnya telah ditolak sebulat suara oleh pengerusi-pengerusi parti peringkat negeri yang tidak bersetuju KITA dibubarkan.

"Sekarang tiada sebarang masalah serius sehingga boleh menyebabkan pembubaran parti, apa yang berlaku ialah kegagalan Zaid mentadbir dengan baik. Jadi apa yang terbaik ialah beliau dengan sukarela meletak jawatan tanpa menjejaskan parti.

"Tindakan beliau mencadangkan pembubaran parti hanya akan menyebabkan kekeliruan di kalangan ahli. Beliau seolah-olah tidak memikirkan segala perancangan yang telah dibuat di peringkat negeri untuk memastikan parti terus mendapat kepercayaan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi mendesak Zaid meletak jawatan kerana gagal mentadbir dengan baik selain menafikan KITA akan dibubarkan. Turut hadir Pengerusi KITA Selangor, Azmi Othman dan Pengerusi KITA Johor, Dr. Mohd. Zaid Mohd. Yusof.

Akhbar hari ini menyiarkan parti KITA yang ditubuhkan pada pertengahan Disember 2010 akan dibubarkan menerusi EGM yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Menurut Zamil, pengerusi KITA Selangor, Johor, Sabah dan Pulau Pinang kini sebulat suara menolak cadangan pembubaran parti dan berhasrat untuk meneruskan perjuangan walaupun tanpa Zaid.

"Saya juga berpendapat sudah tiba masanya Zaid berundur kerana beliau kini secara tidak langsung telah mengabaikan tugasnya sebagai presiden," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan