Jumaat, 3 Februari 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Dana RM1.5b tak jejas pencarum

Posted: 03 Feb 2012 04:04 PM PST

Nasional

DATUK Seri Najib Razak mengandar bakul berisi makanan tradisional
Terengganu pada Maljis Program Perdana Menteri bersama Rakyat
di padang bola Majlis Daerah Marang, semalam.

DATUK Seri Najib Razak mengandar bakul berisi makanan tradisional Terengganu pada Maljis Program Perdana Menteri bersama Rakyat di padang bola Majlis Daerah Marang, semalam.

Kerajaan sentiasa lindungi kepentingan KWSP, rakyat berpendapatan rendah

MARANG: Kerajaan menjamin dana RM1.5 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang digunakan untuk Skim Khas Pembiayaan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi rakyat berpendapatan rendah tidak akan menjejaskan pencarumnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata skim yang dicadangkan tidak menjejaskan kepentingan KWSP kerana sekiranya pembeli tidak mampu membayar balik atau tidak membayar balik, rumah itu masih boleh dijual di pasaran dengan harga lebih tinggi. "Soal kepentingan KWSP kita sentiasa lindungi kerana ia berkait rapat dengan pencarum," katanya jumlah yang terbabit dengan skim itu juga tidak begitu besar berbanding saiz dana KWSP.

Beliau mengulas kritikan sesetengah pihak terhadap penggunaan dana RM1.5 bilion KWSP untuk membiayai Skim Pembiayaan Khas Program Penjualan Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Najib berkata, skim itu dirangka untuk membantu mereka yang berminat memiliki rumah di kawasan ibu negara, terutama mereka yang tidak layak mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

"Ini adalah skim mesra rakyat, bagi golongan berpendapatan rendah," katanya.
Perdana Menteri turut meminta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin untuk menjelaskan perincian skim itu bagi mengelakkan kekeliruan.

Skim itu akan beroperasi 1 Mac ini, dilancarkan Najib pada 28 Januari lalu setelah Kabinet meluluskannya selepas dicadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Skim berkenaan akan dikendalikan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan dana pembiayaan daripada KWSP.

Di KUALA LUMPUR, Raja Nong Chik berkata KWSP dijangka menikmati kadar keuntungan 5.5 peratus setahun daripada pembiayaan RM1.5 bilion untuk skim itu.

"KWSP tidak rugi. Ia pinjaman bercagar. KWSP akan memperoleh 5.5 peratus pulangan bersih setahun. Pada masa sama, KWSP membantu rakyat yang memerlukan.

"DBKL turut memberi jaminan untuk membeli semula rumah jika pembeli gagal membayar balik pembiayaan dan menjualnya kepada mereka yang dalam senarai menunggu yang berjumlah 25,000 orang," katanya selepas sesi penerangan skim itu yang dibuat Pengarah Eksekutif YWP, Datuk Mohd Idris Mohd Isa.

Sesi itu dihadiri Yang Dipertua Gabungan Persatuan Penduduk Perumahan Awam DBKL, Anuar Sudin; Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Datuk Paul Selva Raj dan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia, Datuk Seri Michael KC Yam.

Raja Nong Chik berkata, KWSP juga mensyaratkan Dana Rizab Pembelian Semula diwujudkan bagi memastikan DBKL mempunyai dana untuk membeli semula rumah yang gagal dibayar balik oleh pembeli iaitu sebanyak 20 peratus daripada hasil jualan rumah.

"Dana ini tidak boleh digunakan DBKL selain untuk tujuan ini," katanya.

Selva Raj berkata, pihaknya berpuas hati penerangan diberikan dan yakin pembiayaan itu tidak menjejaskan caruman rakyat lain.

Kam juga berpendapat skim itu bagus kerana mampu memberikan pulangan kepada KWSP dan pada masa sama memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah.

Sementara itu, Mohd Idris, berkata hanya mereka yang mempunyai rekod baik dan tidak mempunyai sewa tertunggak diberi keutamaan untuk ditawarkan rumah dalam skim berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

14 sekolah lagi dapat taraf SBT

Posted: 03 Feb 2012 04:03 PM PST

Nasional

MUHYIDDIN bergambar bersama pengetua, guru besar dan pelajar serta murid Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas menyampaikan watikah pengiktirafan SBT di Auditorium Kementerian Pelajaran di Putrajaya, semalam.

MUHYIDDIN bergambar bersama pengetua, guru besar dan pelajar serta murid Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas menyampaikan watikah pengiktirafan SBT di Auditorium Kementerian Pelajaran di Putrajaya, semalam.

Perisytiharan angkat mutu pendidikan, beri autonomi laksana inovasi pengurusan

PUTRAJAYA: Sebanyak 14 sekolah lagi, iaitu 10 sekolah rendah dan empat sekolah menengah, diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan SBT sehingga ini ialah 66.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pencapaian itu meletakkan Malaysia di landasan yang sepatutnya supaya negara setanding dengan pendidikan di negara maju, selaras wawasan kerajaan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Beliau, yang juga Menteri Pelajaran, menjangkakan selepas fasa penilaian semula dan hala tuju sistem pendidikan negara dimuktamadkan, tanggungjawab kecemerlangan yang dipikul warga SBT akan lebih mencabar.

"Perisytiharan sebagai SBT ini bertujuan mengangkat mutu sekolah terbaik menerusi peningkatan pencapaian institusi pendidikan dengan memberi lebih autonomi dan tanggungjawab serta membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing.

"Ini mampu menghasilkan pelajar holistik yang cemerlang dan bertaraf antarabangsa selain menjadi personaliti unggul dalam semua bidang.

"Seterusnya, kita mahu SBT memainkan peranan sebagai sumber inspirasi dan rujukan kepada sekolah lain, sekali gus merapatkan jurang antara mereka menerusi jaringan dan bimbingan dalam kalangan sesama sendiri," katanya ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan SBT Kohort 3 bagi tahun 2012, di sini semalam.
Sebelum ini, 20 sekolah diumumkan sebagai SBT bagi Kohort 1/2010 manakala 23 sekolah lagi disenaraikan dalam Kohort 2/2011 disusuli sembilan lagi sekolah yang diumumkan sebagai tambahan kepada senarai SBT Kohort 2/2011.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Infant Jesus, SK (P) Sultan Ibrahim, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Foon Yew 2, Sekolah Menengah Sains (SMS) Johor dan SMS Kota Tinggi di Johor serta SK Ibrahim, SJKC Keat Hwa (H) dan SMS Sultan Mohamad Jiwa di Kedah.

Sekolah lain termasuk SK Minden Heights dan SJKC Kwang Hwa di Pulau Pinang; SK Sultan Sulaiman 1 dan SK Tengku Mahmud di Terengganu; SK Assunta Convent di Pahang serta SMS Tuanku Jaafar di Negeri Sembilan.

Setiap sekolah terbabit masing-masing menerima peruntukan RM700,000 sebagai insentif menambah baik kecemerlangan pada masa depan.

Muhyiddin berkata pengiktirafan SBT, yang juga sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Kementerian Pelajaran, bertujuan meningkatkan pencapaian pelajar secara keseluruhan dengan meningkatkan akses kepada pendidikan bermutu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan