Ahad, 19 Februari 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


KR1M: Jualan RM22,000 sehari

Posted:

KR1M: Jualan RM22,000 sehari

KR1M: Jualan RM22,000 sehari

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my


MOHD. Yusof Mohamad (dua kanan) ditemani Ahmad Nizam Baharudin (kiri) menunjukkan kurma dari Tunisia yang dijual di KR1M sempena Program Pemantauan dan Lawatan Gerakan Pengguna Daerah Pekan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Rakyat Mall, Pekan, semalam. - utusan/Mahathir Ali


PEKAN 19 Feb. - Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) Pulau Serai di sini yang merupakan kedai terbesar seumpama itu di negara ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai apabila memperoleh hasil jualan purata sebanyak RM22,000 setiap hari.

Pengurus Cawangan KR1M Pulau Serai, Ahmad Nizam Baharudin berkata, selain mencatatkan jualan yang amat memberangsangkan, KR1M Pulau Serai juga mencatatkan jumlah purata pelanggan seramai 300 pembeli sehari.

"Pembeli yang datang bukan sahaja dari sekitar Pekan malah turut datang dari daerah lain seperti Rompin, Kuantan dan Maran malah dari Segamat, Johor juga ada yang singgah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pemantauan dan Lawatan Gerakan Pengguna Daerah Pekan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Rakyat Mall, di sini semalam.

KR1M Pulau Serai ini yang beroperasi di bangunan Rakyat Mall ini telah telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 15 Januari lalu.

Katanya, antara barangan utama yang menjadi pilihan pengguna adalah beras, gula, tepung, minyak masak, susu krimer dan jus buah-buahan.

"Mungkin disebabkan kawasan yang mudah untuk orang datang dan tempat letak kenderaan yang besar menyenangkan orang ramai untuk datang ke sini," katanya.

Sementara itu, Ahli Mesyuarat Gerakan Pengguna Negeri Pahang, Mohd. Yusof Mohamad berkata, sebanyak 10 NGO dari Pekan berpuas hati dengan penubuhan Rakyat Mall yang menawarkan pelbagai barangan dengan harga berpatutan.

"Kami memberi sokongan yang penuh terhadap pelaksanaan inisiatif kerajaan ini dan menyeru lebih ramai pengguna termasuk penjawat awam, swasta dan NGO untuk beralih ke produk-produk 1Malaysia," katanya.

Katanya lagi, pelbagai barangan rakyat 1Malaysia yang ditawarkan mampu meraih kuasa beli yang tinggi di kalangan pengguna.

"Oleh itu, pengguna yang berpendapatan rendah juga mampu membeli barangan yang setanding dengan jenama lain," katanya.

Kimma Pahang pastikan ahli sokong BN

Posted:

Kimma Pahang pastikan ahli sokong BN

Kimma Pahang pastikan ahli sokong BN


MOHD. Musa Noor Mohd. (duduk tengah) bergambar bersama barisan kepimpinan Kimma Bahagian Jerantut yang baru di Dewan Rumah Rehat Jerantut baru-baru ini.


JERANTUT 19 Feb. - Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Pahang akan memastikan semua ahlinya terus menyokong kepimpinan Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Kimma negeri, Mohd. Musa Noor Mohd. berkata, pihaknya kini mempunyai keahlian melebihi 3,500 orang dan beliau akan memastikan mereka terus menyokong kerajaan BN sekarang.

"Semua barisan kepimpinan di peringkat negeri dan daerah kini giat turun padang untuk berjumpa dengan semua ahli selain mengadakan mesyuarat bagi menyampaikan agenda dan semua perancangan Kimma sepanjang tahun.

"Pada masa yang sama kita mahu perbetulkan segala tohmahan dan fitnah yang ditaburkan oleh pembangkang agar semua ahli Kimma tidak tersalah tafsir sehingga menyebabkan mereka beralih arah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Kimma 2012 bahagian Jerantut di Dewan Rumah Rehat di sini baru-baru ini yang turut dihadiri oleh Ketua Kimma Bahagian Jerantut yang baru, Abdul Kadir Mohd. Ali.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi melantik Ahli Jawatankuasa Kimma Bahagian Jerantut yang baru selain mengadakan sesi bersama Exco Kimma Pahang bagi menyelesaikan sebarang masalah di kalangan ahli peringkat daerah.

Mohd. Musa berkata, semua kepimpinan dan ahli Kimma perlu bersatu untuk terus menonjolkan diri agar mereka semakin dikenali seperti yang telah dibuktikan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau tahun lepas.

"Saya mahu kita terus bersatu dan tidak boleh wujud perpecahan di kalangan ahli kerana kerajaan Pusat telah banyak membantu dalam pembangunan masyarakat India Muslim terutama aspek ekonomi," ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut menyangkal pandangan sesetengah pihak bahawa masyarakat India Muslim adalah terdiri daripada golongan berada dan tidak memerlukan bantuan daripada pihak lain.

"Orang ramai jangan salah faham, India Muslim yang kaya berapa kerat sahaja dan masih ramai yang hidup dalam kemiskinan. Di Jerantut hampir 80 peratus ahli Kimma memerlukan bantuan kerana mereka menjalani kehidupan biasa dan bukannya peniaga seperti yang digambarkan oleh segelintir masyarakat," jelasnya.

Kerja keras pastikan kemenangan BN

Posted:

Kerja keras pastikan kemenangan BN

Kerja keras pastikan kemenangan BN

BENTONG 19 Feb. - Semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri perlu bekerja lebih keras bagi memastikan parti menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti sekali gus kekal memerintah negeri ini.

Menteri Besar yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, komitmen semua pihak amat diharapkan bagi membolehkan BN merampas kerusi yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

"Semua pihak perlu turun padang dan bekerja kuat bagi mencapai kemenangan tersebut. Kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin menang, kita juga yakin dapat mempertahankan penguasaan di negeri ini.

"Kita bukan sahaja boleh merampas semula kerusi yang dimenangi pembangkang dalam pilihan raya raya umum lalu, malah sokongan rakyat kini semakin bertambah," kata Adnan selepas menyampaikan geran tanah tambahan kepada 389 peneroka Felda Lurah Bilut di sini semalam.

Pada majlis itu, seramai 212 peneroka Cina, 28 peneroka India dan 240 peneroka Melayu menerima geran daripada kerajaan negeri.

Menurut beliau, apa yang mustahak wakil rakyat BN kena bekerja keras dan sentiasa turun padang menyelesaikan masalah rakyat.

Dalam perkembangan lain Adnan memberitahu, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diperkenalkan Perdana Menteri kepada Badan Perhubungan UMNO negeri adalah satu langkah yang baik.

"KPI wajar diadakan sebagai panduan supaya pemimpin parti dan wakil rakyat terus bekerja kuat untuk mencapai kemenangan," jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan