Isnin, 6 Februari 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Daerah Raub terima RM4.19 juta

Posted:

Daerah Raub terima RM4.19 juta

Daerah Raub terima RM4.19 juta

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com

RAUB 6 Feb. – Kementerian Pelancongan memperuntukkan sebanyak RM4.19 juta bagi melaksanakan pelbagai projek pelancongan di daerah ini tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, sebanyak RM300,000 diperuntukkan bagi menaiktaraf kemudahan asas pelancongan serta pusat rekreasi Pulau Chekas, manakala RM500,000 untuk kemudahan dan menaik taraf perhentian teksi bandar di sini.

Menurutnya, daripada peruntukan itu, sebanyak RM500,000 akan dibelanjakan bagi melengkapkan pelbagai kemudahan asas di Pusat Sukan Air atau Pesta Air di Batu Malim.

''Manakala masing-masing RM500,000 lagi diperuntukan bagi menaiktaraf dan mengindahkan stesen bas serta pusat pelancongan Jeram Besu.

''Pada masa sama RM1 juta akan dibelanjakan untuk jalan-jalan yang menghubungkan produk pelancongan di Sungai Ruan dan menaiktaraf gerai serta arked perniagaan di Dataran Raub," katanya kepada pemberita semasa meninjau Taman Tasik Raub di sini, kelmarin.

Yen Yen yang juga Ahli Parlimen Raub memberitahu, pihaknya juga berusaha menaiktaraf landskap Taman Tasik Raub termasuk menyediakan papan tanda 1Malaysia Green 1Malaysia Clean di sekitar tasik membabitkan kos RM500,000.

Katanya, RM300,000 lagi turut diperuntukkan bagi membina tempat letak kenderaan di taman tasik berkenaan.

Katanya, semua usaha terbabit bertujuan mengindahkan persekitaran kawasan pelancong di daerah itu sebagai usaha menarik lebih ramai pelancong.

Beliau menasihati orang ramai supaya menjaga kebersihan kerana pelancong hanya akan singgah dan berbelanja jika bandar yang dilawati mereka itu bersih dan ceria.

Full content generated by Get Full RSS.

PPE catat 100 peratus pelajar lulus

Posted:

PPE catat 100 peratus pelajar lulus

PPE catat 100 peratus pelajar lulus

KUALA LIPIS 6 Feb. - Program latihan kemahiran akademik yang dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) terhadap pelajar sekolah di kawasan luar bandar berjaya mencatatkan kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan awam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, kejayaan itu menafikan tanggapan kononnya mereka di luar bandar tidak mempunyai peluang mendapat keputusan peperiksaan lebih baik.

Menurutnya, walaupun sebelum ini golongan itu dikategorikan sebagai lemah dalam akademik tetapi hasil bimbingan serta motivasi seperti yang dijalankan oleh ECERDC menerusi Program Pendidikan Empower (PPE) menunjukkan sebaliknya.

''Hasil bimbingan tuisyen dan motivasi menerusi PPE seramai 400 pelajar di daerah ini daripada 10 sekolah terpilih lulus 100 peratus dalam semua mata pelajaran.

''Ia adalah satu pencapaian memberangsangkan dan membuktikan PPE sangat berkesan sekali gus melahirkan keyakinan serta mengubah nasib mereka yang dianggap kurang berpotensi mampu meraih kejayaan dalam peperiksaan penting," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Juara Empower Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan menyampaikan sijil ECERDC kepada 17 pelajar sekolah di Dewan Orang Ramai Kampung Sama, Benta dekat sini baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pelajar yang menyertai program tersebut turut didedahkan dengan kerjaya profesional seperti industri petroleum, automotif dan sebagainya.

Sebagai contoh, katanya, mereka boleh dibawa melawat dan melihat bagaimana Petronas menjalankan pemprosesan minyak dan gas di Terengganu dan industri automotif di Pekan.

Katanya, melalui pendedahan seperti itu dapat menyemarakkan lagi minat pelajar meneroka dan memilih kerjaya yang mencabar dan secara tidak langsung mendorong mereka belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Hamidah mampu jual 500 dadih sehari

Posted:

Hamidah mampu jual 500 dadih sehari

Hamidah mampu jual 500 dadih sehari


HAMIDAH Deris menunjukkan dadih kelapa yang diprosesnya untuk pasaran di Taman Negara Kuala Tahan Seberang, Jerantut, Pahang, baru-baru ini. - UTUSAN/Haris Fadilah Ahmad


JERANTUT 6 Feb. - Siapa sangka dengan hanya menjual dadih kelapa, seorang suri rumah tangga mampu memperoleh pendapatan yang lumayan.

Selain enak untuk diminum, dadih kelapa mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia dan dikatakan boleh menjadi penawar kepada racun.

Penjual dadih kelapa di Taman Negera Kuala Tahan, Hamidah Deris, 41, berkata, penjualan dadih kelapa pada musim cuaca panas itu meningkat dan mampu menjual sehingga 500 bekas dalam masa sehari.

"Dalam masa tiga hari jualan saya boleh mencecah 1,000 bekas dan musim cuaca panas ini boleh mendatangkan rezeki yang berganda kepada saya.

"Setiap hari memang tak menang tangan. Saya dan suami, Ahmad Husni Awang tidak menang tangan melayan pelanggan yang datang membeli ke kedai kami," katanya, ketika ditemui di kedainya di Pusat Pertumbuhan Baru Kuala Tahan Seberang, Kuala Tahan dekat sini baru-baru ini.

Menurut Hamidah, pada mulanya, dia hanya menjual secara kecil-kecilan sejak dua tahun lalu setelah memperoleh kemahiran daripada rakannya membuat dadih kelapa di bandar ini.

"Saya lihat pelanggan tempatan dan pelancong suka minum air kelapa dan mengambil keputusan untuk membuat dadih biasa dan pandan kerana rasanya lebih enak serta baunya yang lebih wangi.

"Pada mulanya saya hanya jual sekitar 50 bekas dalam sehari dan langsung tak sangka kini saya boleh jual sehingga 500 bekas dalam tempoh itu," ujarnya.

Katanya, kebiasaannya dia memperoleh RM500 sehari dan pernah menjangkau RM1,000 apabila dadih kelapanya ditempah untuk majlis perkahwinan serta majlis keramaian di Taman Negara Kuala Tahan.

"Saya bercadang melebarkan perusahaan dadih ini dan memerlukan bantuan sebuah peti sejuk yang lebih besar pada masa akan datang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan