Sabtu, 11 Februari 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Pertahan budaya, warisan nenek moyang

Posted:

Pertahan budaya, warisan nenek moyang

Pertahan budaya, warisan nenek moyang

SEREMBAN 10 Feb. - Perdana Menteri menyeru rakyat Malaysia berdiri dengan akar yang teguh sebagai bangsa merdeka dan berdaulat serta mempunyai jati diri yang ampuh dengan berpegang kepada agama, adat warisan dan nilai-nilai murni.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, akar yang dimaksudkan itu hendaklah bersifat nasionalis, manakala akalnya perlu bersifat internasional serta terbuka untuk menerima segala ilmu sama ada dari barat, timur atau dari sudut mana sekali pun.

''Jati diri itu kita ibaratkan sebagai akar dan akar kita mestilah akar tunjang yang kukuh kerana apabila ia teguh, tiada siapa pun yang boleh mencabut dari bumi yang bertuah ini," katanya pada majlis Sambutan Jubli Emas dan Perdana Gayong Malaysia Sedunia 2012 Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia di padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS), hari ini.

Beliau yang juga Imam Khalifah Agung pertubuhan silat berkenaan menegaskan, minda atau akal juga mestilah bersifat canggih dan terbuka untuk dipasakkan dengan pelbagai ilmu yang menjadi kekuatan sesebuah negara itu.

''Kalau ilmu yang kita timba itu tidak berpaksi pada akar yang teguh, maka kita akan hilang jati diri, lebih-lebih lagi ketika kita berhadapan dunia tanpa sempadan ini," ujar beliau.

Justeru kata Najib, amat perlu rakyat mempertahankan nilai budaya dan warisan yang telah diterima dari nenek moyang, antaranya ialah tradisi persilatan.

Sebab itulah, katanya, beliau mahu ahli persilatan khususnya anak Gayong melihat konteks kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka kepada Portugis lalu sebagai iktibar agar ia tidak terus merobohkan benteng perpaduan yang terbina selama ini.

Tidak sumbing lagi

Posted:

Tidak sumbing lagi

Tidak sumbing lagi

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my


Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah terhibur dengan telatah Nurqaleesya Humaira Maznan sambil diperhatikan oleh ibu bapa bayi itu, Norazila Ahmad dan Maznan Arazemi di Wad Kanak-Kanak, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 10 Feb. - Hati ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak yang dilahirkan tidak sempurna.

Bagi Norazila Ahmad, 23, dan suami, Maznan Arazemi, 27, kecacatan puteri sulung yang diberi nama Nurqaleesya Humaira Maznan yang kini berusia enam bulan diterima dengan hati yang tabah.

Kelahiran bayi yang dilahirkan sumbing itu disambut dengan linangan air mata oleh pasangan suami isteri yang berasal dari Kluang itu.

Namun kini, senyuman Nurqaleesya bertambah manis apabila selamat menjalani pembedahan selama tiga jam di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini baru-baru ini.

"Syukur kepada Allah kerana anak saya berjaya dalam pembedahan mencantumkan bibir dan hidung yang dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar," kata Norazila.

Pasangan suami isteri bersama puteri sulung mereka itu ditemui di wad kanak-kanak HSA ketika menerima kunjungan dan sumbangan daripada Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah hari ini.

Menurut Norazila, puteri sulungnya dikesan sumbing apabila menjalani proses imbasan di hospital.

Menurutnya, sebaik sahaja mengetahui HSA mempunyai pakar untuk mencantumkan bibir dan hidung sumbing, mereka menaruh kepercayaan bahawa keadaan Nurqaleesya akan berjaya dipulihkan.

Muhyiddin pengerusi mesyuarat pembangunan modal insan

Posted:

Muhyiddin pengerusi mesyuarat pembangunan modal insan

Muhyiddin pengerusi mesyuarat pembangunan modal insan


Muhyiddin Yassin ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembangunan Modal Insan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, semalam. - BERNAMA


PUTRAJAYA 10 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembangunan Modal Insan (PMI) di sini.

Mesyuarat dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar serta beberapa timbalan menteri.

Menurut kenyataan media yang diedar kepada pemberita, mesyuarat akan membincangkan beberapa kertas kerja, antaranya status pewujudan pekerjaan mengikut Bidang Ekonomi Utama Negara/Projek Permulaan dan status pelaksanaan strategic reform initiative untuk pembangunan modal insan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Turut dibentangkan analisis pelaksanaan program peningkatan kemahiran dan penelitian semula cadangan penubuhan oversight body dan penggabungan sektor kemahiran dengan sektor teknikal dan vokasional oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Mesyuarat juga akan mendengar pembentangan mengenai hala tuju latihan pertanian agromakanan negara oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta pembangunan mampan modal insan ICT oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Sepanjang tahun lepas, jawatankuasa itu membincangkan 14 kertas kerja bagi mencari penyelesaian kepada pelbagai isu ke arah menyediakan modal insan berkemahiran tinggi dengan nilai-nilai yang utuh dan memacu pembangunan negara ke tahap yang lebih tinggi.

Jawatankuasa kabinet itu dibentuk khas untuk meneliti aspek yang paling penting dalam proses pembangunan modal ihsan bagi memasuki era baru ekonomi negara. -BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan