Ahad, 19 Februari 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


KWSP umum dividen 6 peratus

Posted:

KWSP umum dividen 6 peratus

KWSP umum dividen 6 peratus

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengumumkan kadar dividen 6 peratus untuk pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, iaitu meningkat berbanding 5.8 peratus pada 2010.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman (gambar) berkata, kadar dividen itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun dengan bayaran sebanyak RM24.47 bilion akan diagihkan kepada pencarumnya berbanding RM21.61 bilion untuk tahun kewangan 2010.

Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus, dibayar kepada pencarum pada tahun 1983 sehingga 1987.

Samsudin berkata, tahun 2011 menandakan satu lagi pencapaian baik KWSP walaupun menghadapi persekitaran pelaburan yang mencabar dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion iaitu meningkat 13.18 peratus daripada 2010.

"Ia merupakan prestasi terbaik sejak tahun 2001 hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP serta usaha berterusan pasukan pelaburannya," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sazali anak P. Ramlee terlantar sakit

Posted:

Sazali anak P. Ramlee terlantar sakit

Sazali anak P. Ramlee terlantar sakit

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my


SAZALI yang kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk
bergerak ketika ditemui di Semenyih semalam.


SEMENYIH – Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib yang menimpa anak seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sazali, 53, yang kini terlantar sakit selepas kemalangan dua bulan lalu.

Lebih menyedihkan kemalangan yang menimpanya itu berlaku selepas sebulan memulakan pekerjaan baharu sebagai tukang sapu di sini pada November tahun lalu.

Sebelum ini, Sazali hilang pekerjaan setelah berkhidmat selama 13 tahun dengan Alam Flora Sdn. Bhd. kerana syarikat itu tidak lagi menguruskan sampah di negeri Selangor.

"Semasa kejadian itu saya balik dari kerja dalam keadaan hujan lebat. Jalan dipenuhi air menyebabkan basikal saya terlanggar besi penutup air kumbahan dan saya terjatuh di atas besi itu," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Enam bulan jadi hamba seks

Posted:

Enam bulan jadi hamba seks

Enam bulan jadi hamba seks

Oleh LILY YEAN
lily.yean@kosmo.com.my

Woon (kiri) menunjukkan gambar bekas kekasihnya yang sering mengugut mahu menyebar gambar bogelnya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang peniaga terpaksa menjadi hamba seks kepada bekas teman lelakinya selama enam bulan ekoran bimbang gambar bogelnya didedahkan jika dia enggan memenuhi nafsu lelaki berkenaan sejurus selepas mereka berpisah pada Julai tahun lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Woon, 29, berkata, sejak perpisahan itu, dia terpaksa memenuhi kehendak bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Teh sehingga Disember tahun lalu.

"Saya nekad untuk mengelakkan diri kerana tidak tahan lagi dengan ugutan dia kerana saya ingin menjalani kehidupan dengan aman.

"Dia bukan sahaja sering mengugut untuk menyebarkan 80 keping gambar bogel saya di laman web termasuk menghantarnya kepada rakan dan ahli keluarga jika saya tidak menuruti kehendaknya," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Ekoran itu, satu laporan polis telah dibuat olehnya di Balai Polis Jalan Bandar di sini pada 12 Februari lalu yang juga tarikh terakhir dia diugut oleh lelaki berkenaan.

Mengulas lanjut, katanya, dia pernah menjalinkan hubungan bersama Teh yang bekerja di bidang teknologi maklumat pada tahun 2000 tetapi telah berpisah pada tahun 2003.

"Namun, kami kembali bersama pada tahun 2010 selepas saya bercerai dengan suami saya pada tahun 2009," tambahnya yang turut memberitahu, dia membenarkan gambar bogelnya diambil sebagai bukti cinta kepada Teh.

Tambah Woon, lelaki tersebut turut mengugutnya dengan menghantar gambar bogel melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) malah mendaftar akaun laman web sosial Facebook dengan menggunakan gambar separuh bogelnya.

"Saya sudah tidak tahan lagi. Tolonglah berhenti ganggu saya," rayunya yang kini terpaksa mengambil pil tidur kerana masalah amnesia yang dihadapi akibat kes berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong menasihati golongan wanita supaya jangan membenarkan teman lelaki mengambil gambar bogel mereka kerana ia boleh disalahgunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan