Selasa, 7 Februari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Azimat lulus BI

Posted: 06 Feb 2012 11:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.

'Daun sirih hikmat' itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus 'cukup makan.'

Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

"Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.


"Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan," kata Azman ketika ditemui.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Ajal diseret lori sampah

Posted: 06 Feb 2012 11:54 AM PST

GOMBAK: "Mereka adik beradik beria-ria nak pergi mandi kolam. Saya pelik dan tidak sampai hati menolak jadi saya dan kawan-kawan bersetuju mengikutnya," kata rakan baik mangsa, Ahmad Danial Ahmad, 20, yang masih terkejut dengan kejadian menimpa mangsa.

Danial yang menunggang motosikal berkonvoi bersama dua mangsa dan tujuh lagi rakan lain sempat mengelak daripada dilanggar sebuah lori sampah yang hilang kawalan dipercayai akibat kerosakan brek.

Dalam kejadian pada jam 1 tengah hari semalam, sebuah lori sampah dari arah Batu Caves menghala ke Kepong dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori satu tan sebelum merempuh motosikal mangsa.

Mangsa, Rezzall Nur Shairie Nasaruddin, 21, membonceng motosikal diseret hampir 30 meter sebelum lori sampah berkenaan berhenti sebaik merempuh sebuah bas manakala adiknya Farouk Nur Shahrin, 18, terpelanting ke kanan jalan.


Kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan