Rabu, 8 Februari 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


KWSP tiada pinjaman skim khas rumah DBKL

Posted: 08 Feb 2012 02:38 PM PST

Nasional

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam menjelaskan Skim Khas Pembiayaan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, tidak membabitkan pemberian pinjaman kepada individu.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pelaburan KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata peserta yang berminat terhadap skim itu perlu memohon terus kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan bukan KWSP.

Beliau berkata, KWSP kini dalam perbincangan dengan syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) untuk memberikan pinjaman dengan syaratnya sedang dimuktamadkan. "Pada asasnya, syarat itu membabitkan kemudahan awal sebanyak RM300 juta dengan pinjaman selanjutnya akan diluluskan atas budi bicara Panel Pelaburan KWSP, tertakluk kepada prestasi pengendalian akaun oleh syarikat tujuan khas berkenaan.

"Kemudahan itu akan disemak semula 12 bulan selepas tarikh bayaran terakhir daripada RM300 juta itu," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Minggu lalu, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan dana RM1.5 bilion daripada KWSP yang akan digunakan untuk skim itu bagi rakyat berpendapatan rendah tidak akan menjejaskan pencarumnya.

Perdana Menteri berkata, skim dicadangkan tidak menjejaskan kepentingan KWSP kerana sekiranya pembeli tidak mampu membayar balik atau tidak membayar balik, rumah itu akan dijual di pasaran dengan harga lebih tinggi.
Beliau mengulas kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang mendakwa kerajaan menggunakan dana KWSP untuk menyembunyikan kadar hutang negara, selain mendakwa skim itu akan menjadi punca Malaysia mengalami krisis kewangan.

Shahril Ridza menjelaskan semua pinjaman yang diberikan KWSP kepada kerajaan atau agensinya dibuat berdasarkan pertimbangan komersial dengan jaminan yang bersesuaian untuk melindungi kepentingan pencarum.

"Dalam kes ini, syarikat tujuan khas di bawah YWP akan mengadakan urusan pajakan (Skim Ijarah) dengan peserta individu. Hak milik rumah kepunyaan syarikat itu sehingga urusan pajakan di bawah Skim Ijarah diselesaikan peserta.

"Pinjaman syarikat tujuan khas itu adalah terjamin kerana semua unit rumah akan dicaj atau diuntukkan oleh mereka (SPV) kepada KWSP, dengan perlindungan jaminan sekurang-kurangnya dua kali ganda jumlah pinjaman," katanya.

Di samping itu, katanya, ada penahanan tunai sebanyak 25 peratus daripada pinjaman KWSP kepada SPV yang akan disimpan dalam akaun rizab kecairan yang diuntukkan kepada KWSP bersama dengan semua peruntukan aliran tunai.

"Syarat perjanjian pinjaman juga dalam risiko boleh diterima KWSP kerana ia dicagarkan terhadap aset dan aliran tunai dengan jaminan yang sesuai ke atas pembayaran balik pinjaman yang dibuat.

"Kita juga difahamkan bahawa SPV hanya akan memilih peserta mempunyai rekod bayaran sewa yang baik. Kita juga meminta syarikat itu melantik institusi kewangan untuk menguruskan pentadbiran pinjaman bagi memastikan akaun individu diuruskan dengan baik," katanya.

Shahril Ridza berkata, di bawah cadangan syarat perjanjian, DBKL akan membeli balik rumah itu bagi mendapatkan aliran tunai untuk membayar balik pinjaman jika peserta tidak membayarnya.

"Berdasarkan syarat dan aturan jaminan yang KWSP kemukakan, KWSP dilindungi sepenuhnya dan kadar keuntungan tahunan sebanyak 5.5 peratus yang dikenakan adalah wajar," katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan, berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan KWSP pada 16 Februari ini bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai skim berkenaan.

Paranormal boleh cakap bahasa asing

Posted: 08 Feb 2012 02:33 PM PST

Nasional

NORAINI didakwa boleh bertutur tiga bahasa. - Foto Mohamad Ishak

NORAINI didakwa boleh bertutur tiga bahasa. - Foto Mohamad Ishak

JERTIH: Doktor Pakar Saraf, Jabatan Neurosains Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, Dr Muzaimi Mustapha, berkata keupayaan individu seperti dialami Noraini Ismail, 17, untuk bercakap bahasa asing selepas trauma kepada otak, memang wujud dalam bidang perubatan tetapi tidak dapat dijelaskan mengenainya kerana ia hampir dengan kegiatan paranormal.

Beliau berkata, keadaan itu dikenali sebagai 'xenoglossy', iaitu sebahagian daripada gejala perubahan personaliti yang biasa dilihat kepada individu yang mengalami trauma otak.

Katanya, keadaan itu biasanya terjadi selepas personaliti kedua seseorang tercetus apabila berada bawah sedar atau hipnosis. "Dalam kes Noraini, trauma otak dialami selepas nahas jalan raya mungkin menjadi pencetus dan menerbitkan personaliti kedua yang membolehkannya bercakap bahasa asing.

"Selain itu, personaliti keduanya mungkin juga dipengaruhi drama dalam bahasa asing yang sering ditontonnya di televisyen. Ketika tidur, dia mungkin bermimpi dan fikiran bawah sedarnya menerbitkan personaliti kedua dan mengambil alih dirinya yang biasa.

"Ini mungkin menjelaskan bagaimana gadis itu boleh berbahasa asing selepas bangun tidur," katanya di sini, semalam.

Noraini dari Kampung Seri Medang, Kampung Raja di sini, dikatakan tiba-tiba boleh berbahasa Cina dialek Hokkien, Korea, Jepun dan Indonesia sejak sebulan lalu, selepas terbabit kemalangan jalan raya.
Ditanya berapa lama keadaan itu, beliau berkata, Noraini perlu menjalani imbasan otak untuk menilai keadaannya.

Selain itu, katanya, masih terlalu awal untuk dikatakan sama ada kebolehan Noraini bercakap bahasa asing adalah kelebihan atau kekurangan dalam pelajarannya.

"Imbasan otak boleh menunjukkan sama ada berlaku penyusutan kepada struktur otak yang membawa kepada keadaannya sekarang, malah dia juga wajar dinilai pakar psikologi kanak-kanak," katanya.

Mengenai hasrat Noraini masuk ke sekolah Cina selepas kebolehannya berbahasa itu, Dr Muzaini berkata, keputusan itu seharusnya dibuat selepas penilaian menyeluruh keadaannya dibuat.

Sementara itu, ibu Noraini, Mansena Daud, 48, berkata keluarganya sedia menghantar pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah di sini, melanjutkan pengajian ke sekolah Cina pilihannya, selepas melihat kesungguhan dan keupayaan anaknya itu.

"Selepas keluar wad HUSM, Noraini terus bertutur bahasa asing menyebabkan kami tidak faham dan kebingungan. Dia mula bercakap bahasa asing tertentu selepas solat Subuh dan berterusan hingga jam 6 petang.

"Saya risau kerana tidak faham bahasa itu, sebaliknya terpaksa menggunakan isyarat dan tulisan dalam bahasa Melayu ketika berinteraksi dengannya setiap pagi," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

idrisssssssssssssssss

Perkara yang sering berlaku itu adalah lumrah,dan manakala perkara jarang atau tidak pernah berlaku bilamana berlaku adalah kebetulan serta patut diterima.Merenung kisah pada adik Noraini itu memang pelik tapi benar.Apapun segalanya adalah kekuasaan ALLAH semata2

mohd nazir salim

Atas kuasa ilahi

DAFFI

HEBAT....BUAT TEMU BUAL DGN DIE, SECARA LIVE BARU SERONOK....

kemsemelor

buat siasatan susulan dan paparkan di TV3....

Roy

Kuasa yang Maha Esa..

mohd rizal adnan

Seribu dlm satu..ada kebaikan ada keburukan,tp yg padti hanya ALLAH yg mengetahui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan