Ahad, 12 Februari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


42 lagi kes jangkitan AGE dikesan di Perak

Posted: 12 Feb 2012 02:24 AM PST

Mutakhir

IPOH: Sebanyak 142 lagi kes jangkitan akut gastroenteritis (AGE) dikesan di Perak hari ini, menjadikan jumlah keseluruhannya 2,686 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata daripada jumlah itu, 94 kes dikesan di Hilir Perak manakala 48 kes di Batang Padang.

"Setakat ini jumlah keseluruhan kes di Hilir Perak sebanyak 1,730 manakala di Batang Padang sebanyak 956 kes," katanya ketika dihubungi hari ini.

Penyenaraian Felda Global ke Bursa Malaysia langkah tepat

Posted: 12 Feb 2012 02:18 AM PST

Mutakhir

DUNGUN: Penyenaraian Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia menjelang pertengahan tahun ini adalah langkah tepat kerajaan menghadapi saingan semakin pesat industri perladangan di rantau ini yang meliputi Indonesia, Thailand, Myanmar, Kemboja dan Vietnam.

Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, berkata sebagai satu-satunya syarikat perladangan terbesar di dunia yang mengeluarkan minyak sawit, FELDA kini menghadapi saingan hebat apabila banyak negara lain mula menumpukan fokus terhadap sektor perladangan kelapa sawit.

"Baru-baru ini, Indonesia mengumumkan gabungan 15 syarikat perladangan terbesar negara itu memberi tumpuan terhadap seluas satu billion hektar penanaman kalapa sawit. "Malaysia negara yang mempunyai keluasan kecil dibandingkan dengan negara-negara jiran yang boleh muncul sebagai kuasa monopoli sektor pengeluaran minyak sawit dunia dalam tempoh yang terdekat ini.

"Oleh itu, langkah menyenaraikan FGVH dilihat pendekatan baru yang dalam tempoh jangka panjang boleh menguntungkan peneroka," katanya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Skim Insentif Tanam Semula (SITM) di Pusat Latihan Kerteh 2 di sini, hari ini. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan