Ahad, 12 Februari 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


99 tak sabar diami 'rumah bandar'

Posted:

99 tak sabar diami 'rumah bandar'

99 tak sabar diami 'rumah bandar'

Oleh NOOR HANIS HARUN
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 11 Feb. - Seramai 99 keluarga di kawasan penempatan Kampung Abok dekat Rahang di sini melahirkan rasa gembira apabila mereka bakal menduduki rumah mampu milik berkualiti yang berkonsepkan 'rumah bandar' tidak lama lagi.

Seorang penduduk, Fakir Mohd. Din Mohd., 70, memberitahu, dia bersyukur dengan komitmen semua pihak dan ia membuktikan kerajaan komited dalam usaha membantu rakyat dari segenap aspek kehidupan.

''Saya menetap di kampung ini lebih 50 tahun, tentulah saya terharu kerana akhirnya dapat mendiami sebuah rumah yang cantik dan selesa.

''Ini adalah bukti keprihatinan kerajaan kepada penduduk di kampung ini, lebih-lebih lagi kami yang pernah menetap di kawasan setinggan Kampung Abok," katanya di Rahang dekat sini semalam.

Majlis penyerahan rumah mampu milik yang dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) itu diserahkan oleh Pengerusinya, Datuk Idris Haron kepada kerajaan negeri yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Kampung Abok, Rahang dekat sini.

Majlis berkenaan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena lawatan kerja seharinya ke negeri ini.

Seorang penduduk, Sim Lang Kang, 58, berkata, rumah berkenaan akan diduduki selepas sijil layak menduduki (CF) diperoleh tidak lama lagi.

Katanya, usaha kerajaan menyediakan rumah berkenaan pasti akan mengubah nasib golongan penduduk di sini.

''Tercapai juga impian saya dan isteri untuk mendiami rumah sendiri," katanya.

Sementara itu, P. Karthiyani, 45, berkata, kawasan itu cukup strategik kerana ia berdekatan dengan bandar, malah ia berada dalam kawasan premium dengan nilaian tanah yang tinggi.

''Siapa tidak gembira. Kita dapat rumah cantik, bukannya flat tetapi 'rumah bandar'. Inilah yang disebut kerajaan rakyat, mengutamakan rakyat dalam semua aspek," katanya.

Rumah berkenaan ditawarkan kepada penduduk yang pernah menetap di situ sebelum ini dengan harga RM72,000 seunit berbanding harga pasaran bagi tingkat bawah RM130,000 dan tingkat atas RM125,000.

Ramai pengundi Melayu tidak daftar di Melaka

Posted:

Ramai pengundi Melayu tidak daftar di Melaka

Ramai pengundi Melayu tidak daftar di Melaka


MOHD. Ali Rustam bermesra dengan ibu bapa pada Karnival Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen Bukit Katil di Melaka, semalam.


MELAKA 11 Feb. - Kira-kira 50 peratus daripada 67,000 orang yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi di negeri ini adalah orang Melayu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, jumlah yang dikesan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu begitu membimbangkan dan boleh menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) negeri untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

''Orang Melayu perlu sedar mengenai tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi kerana ia akan menentukan hala tuju kerajaan yang diterajui sekarang," katanya selepas merasmikan Karnival Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen Bukit Katil di Dewan Tun Ali, Bukit Katil di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Ali berkata, seluruh jentera parti komponen BN dikerah untuk turun padang menggiatkan usaha mendaftarkan mereka yang belum mendaftar sebagai pengundi.

Menurutnya, usaha tersebut perlu mendapat kerjasama semua pihak kerana separuh daripada jumlah itu boleh menjamin kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, berucap merasmikan karnival tersebut beliau melahirkan rasa gembira melihat kehadiran 45,200 pelajar sekolah rendah, menengah, guru dan ibu bapa memeriahkan karnival yang julung-julung kali diadakan itu.

Melihat sambutan yang menggalakkan, beliau meminta lima lagi kawasan Parlimen di negeri ini untuk mengadakan karnival seperti itu dalam tempoh terdekat ini.

''Karnival ini bertujuan merapatkan hubungan antara guru, pemimpin masyarakat dan ibubapa dan selain itu kita ingin merapatkan keakraban di kalangan pelajar," ujarnya.

Karnival itu melibatkan kira-kira 36 sekolah rendah dan menengah di Parlimen Bukit Katil yang menyertai pelbagai aktiviti seperti pertandingan silat, koir, bersajak, karate dan kompang.

Acara yang bermula pukul 7.30 pagi itu berakhir kira-kira pukul 5 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan