Jumaat, 6 Mei 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Bola chap bukan sukan kampung

Posted:

Bola chap bukan sukan kampung

Bola chap bukan sukan kampung

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


BEBERAPA orang peserta menunjukkan aksi membaling bola ketika latihan pada klinik asas 'dodgeball' Pulau Pinang di Kompleks Rakan Muda Jawi dekat Nibong Tebal, baru-baru ini. – Utusan/sazali che din


NIBONG TEBAL 5 Mei - Sejak tahun 1970-an lagi, kanak-kanak dan pelajar sekolah di negara ini didedahkan dengan permainan 'bola chap' atau 'bola beracun' yang menggunakan bola tenis.

Malah, ia menjadi permainan wajib setiap kali tiba waktu rehat di sekolah atau ketika cuti persekolahan di kampung-kampung.

Namun siapa sangka, sukan yang dikategorikan sebagai sukan tradisional itu menjadi aktiviti pilihan bagi meningkatkan tahap kecergasan diri di negara luar seperti Amerika Syarikat dan Kanada.

Selain itu, sukan yang dikenali sebagai 'dodgeball' di peringkat antarabangsa ini sebenarnya tidak jauh bezanya dengan 'bola chap' atau 'bola beracun' kerana menggunakan teknik yang sama iaitu menumpaskan lawan dengan pukulan bola.

Bezanya, permainan 'dodgeball' menggunakan bola khas diperbuat daripada getah lembut dan bersaiz lebih besar tetapi format permainan hampir sama iaitu enam pemain untuk satu pasukan serta seorang peserta wanita.

Cara permainannya amat mudah iaitu pemain hanya perlu mengelak balingan pihak lawan dan cuba kembali 'matikan' pihak lawan dengan lontaran bola.

Pasukan yang ahlinya 'hidup' paling ramai adalah pemenang.

Atas inisiatif Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD), sukan berkenaan diperkenalkan di negara ini pada Ogos 2008 dengan tujuan asal memperkenalkannya menerusi penglibatan individu dalam komuniti.

Menurut Setiausaha MAD, Yeo Wai Tat, sukan tersebut sebenarnya permainan yang sangat mudah sekiranya kita mengetahui teknik dan ia juga sebuah permainan kompetitif berpasukan yang mampu menarik penglibatan lelaki dan wanita daripada setiap lapisan usia.

"Sejak ditubuhkan pada 2008, MAD terus bergiat aktif memperkenalkan sukan ini khususnya kepada golongan pelajar kampung dan institusi pengajian tinggi.

"Bagaimanapun, kami mengambil langkah pertama dengan menarik minat pelajar-pelajar daripada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan untuk menubuhkan sebuah kelab di universiti masing-masing agar sukan ini dapat diperkembangkan dari semasa ke semasa," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Asas sukan 'dodgeball' adalah integriti, kejujuran dan semangat kesukanan dan setiap pemain harus mematuhi Sistem Kehormatan yang mana pemain harus jujur mengaku sekiranya mereka telah terkena bola yang dibaling pemain lawan selain menghormati pihak lawan dan pegawai bertugas.

Jelas Wai Tat lagi, misi MAD adalah menarik minat setiap individu untuk menyertai program berbentuk komuniti, sekali gus memupuk semangat berpersatuan.

Tambahnya, tahap kemahiran yang dimiliki pemain dodgeball tempatan kini sudah setanding dengan negara luar.

Bagaimanapun, acara sukan yang memerlukan strategi, kecergasan fizikal serta semangat berpasukan itu masih belum mendapat tempat di hati peminat tempatan.

"Saya rasa rugi sekiranya kita tak mampu menguasai sukan ini sedangkan ia adalah salah satu sukan tradisional yang selalu dimainkan ketika kita masih kanak-kanak.

"Kita pastinya tak mahu 'ditindas' oleh negara asing yang menceduk idea sukan ini daripada kita tapi kita sendiri ketinggalan seperti yang berlaku kepada sepak takraw sekarang ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

10 kampung dilanda banjir kilat

Posted:

10 kampung dilanda banjir kilat

10 kampung dilanda banjir kilat

Oleh Ainsafre Bidin
utusanperak@utusan.com.my


PENDUDUK kampung memeriksa jambatan di Kampung Matang Jambu, Degong yang terputus akibat banjir dari Sungai Batang Padang, Teluk Intan, Perak, semalam.


TELUK INTAN 5 Mei - Berpuluh buah rumah di 10 buah kampung dinaiki air sedalam 0.5 meter dalam kejadian banjir kilat melanda kawasan Sungai Manik semalam.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, air melimpah di Sungai Seluang, Sungai Rambai dan Sungai Batang Padang selepas hujan lebat.

Antara kampung terbabit adalah Kampung Sungai Tungku, Kampung Sungai Lapam, Kampung Sungai Manik, Kampung Rizab Kayu Api, Kampung Sungai Seluang dan Kampung Sungai Rambai, Kampung Chikus dan Kampung Belt, Kampung Tengah Air Hitam dan Kampung SC.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, masalah banjir kilat itu perlu diatasi dengan segera demi memastikan keselamatan penduduk terutama mereka yang tinggal berhampiran dengan sungai.

Katanya, kejadian itu menyebabkan sembilan keluarga melibatkan 20 orang di Kampung Tengah Air Hitam dan Kampung SC dipindahkan ke dewan orang ramai berdekatan kampung itu setelah air melimpah ke dalam rumah mereka.

"Banjir kilat itu menyebabkan beberapa sawah turut dinaiki air," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ketua Kampung Sungai Rambai, Dimiati Rais, 50, berkata, sebuah jambatan di Kampung Matang Jambu Degong turut dinaiki air dalam kejadian itu.

"Ini membimbangkan penduduk yang berhadapan dengan risiko apabila menggunakan jambatan itu," katanya.

Beliau berharap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat mengatasi masalah itu demi menjamin keselamatan penduduk.

Seorang pesawah, Nor Hashim, 46, sebanyak dua hektar sawah padinya ditenggelami air akibat limpahan sungai sejak dua hari lalu.

"Jika dibiarkan lama anak padi akan rosak dan saya akan mengalami kerugian kerana saya bergantung kepada hasil sawah padi," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak yang bertanggungjawab segera mengambil tindakan bagi mengelak air bertakung di dalam sawah kerana ia merosakkan padi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Awasi pembangunan tanah tinggi, cerun

Posted:

Awasi pembangunan tanah tinggi, cerun

Awasi pembangunan tanah tinggi, cerun

IPOH 5 Mei - Kerajaan negeri mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengawasi sebarang pembangunan di kawasan tanah tinggi dan cerun bagi mengelak kejadian tanah runtuh dan banjir kilat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, ini kerana kerajaan sedar apabila pembangunan yang tidak dikawal boleh menjadi punca banjir kilat dan tanah runtuh yang membahayakan keselamatan orang ramai.

Menurut beliau, langkah itu juga bagi memastikan setiap pembangunan yang dilaksanakan adalah mapan dan lestari mengikut Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan Bukit dan Tanah Tinggi.

Katanya, sebarang permohonan untuk membangunkan kawasan tersebut perlu mendapat kelulusan Jawatan Kuasa Teknikal Tanah Tinggi dan Cerun Negeri bagi memastikan pembangunan yang mapan dan lestari.

"Jawatankuasa itu akan membuat siasatan dan mendapatkan pandangan semua pihak terhadap sesuatu permohonan bagi tujuan pembangunan termasuk projek perumahan dan perladangan.

"Permohonan tersebut juga perlu menjalankan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) agar ekosistem kawasan tidak terjejas akibat pemotongan tanah tinggi dan cerun," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Tanah Tinggi dan Cerun negeri di Jabatan Perancang Bandar dan Desa, di sini, hari ini.

Hang Soon berkata, setakat ini pihaknya menerima satu permohonan untuk pembangunan projek perumahan di kawasan tanah tinggi berhampiran sempadan Tapah dan Kampar.

Kata beliau, jawatankuasa akan membuat lawatan ke tapak projek itu tidak lama lagi.

"Kita akan memastikan pelaksanaan projek di kawasan seluas 24.8 hektar itu tidak menyebabkan hakisan tanah akibat penebangan hutan di kawasan yang akan dibangunkan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan