Jumaat, 6 Mei 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Motosikal klasik British pukau peminat

Posted:

Motosikal klasik British pukau peminat

Motosikal klasik British pukau peminat

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my


ANTARA motosikal klasik yang dipamerkan pada Pesta Motosikal British Klasik Melaka 2001 di Melaka, baru-baru ini. – UTUSAN/Mohammad Dzulhisham Che Hassim


MELAKA 5 Mei – Mesti ramai yang terpinga-pinga dan mungkin juga ada yang hanya terpegun melihat motosikal klasik seperti Triump, Norton, BSA dan Royal Enfield masih boleh digunakan walaupun sudah dimamah usia.

Malah, terdapat banyak lagi nama besar antaranya Sunbeam, Raleigh, Matchless dan AJS yang mungkin hanya segelintir sahaja yang mengetahui mengenainya.

Rata-rata motosikal tersebut digunakan sekitar tahun 1960-an, 1970-an dan 1980-an dan amat jarang dapat dilihat berada di atas jalan raya kerana hanya segelintir peminat setia masih menyimpan dan menggunakan kenderaan itu.

Namun, bagi pencinta motosikal klasik British, nama-nama berkenaan bukan sesuatu yang asing dan selalu menjadi bahan bualan ketika bertemu dengan rakan yang memiliki minat yang sama.

Kesemua nama tersebut merupakan jenama motosikal yang suatu masa dahulu menjadi kegilaan ramai dan merupakan pengangkutan hebat yang mewarnai jalan raya sama ada dalam mahupun luar negara.

Tetapi seiring dengan kemajuan negara dan perkembangan teknologi moden, motosikal berkenaan kian dilupakan namun kenderaan itu kini mempunyai harga yang mahal.


DERETAN gerai jualan alat ganti motosikal klasik dikunjungi peminat kenderaan itu pada Pesta Motosikal British Klasik Melaka 2011.


Bagaimanapun, Persatuan Motosikal Klasik Melaka (PMKM) mengambil langkah proaktif dengan menjayakan Pesta Motosikal British Klasik Melaka 2011 baru-baru ini sebagai usaha mengembalikan zaman kegemilangan motosikal itu.

Pengerusinya, Amid Aluwi berkata, pesta tersebut juga merupakan salah satu usaha untuk memartabatkan warisan sejarah selain merancakkan industri pelancongan negeri.

"Motosikal klasik ini pernah digunakan di negara kita sejak sebelum merdeka lagi dan orang ramai seharusnya tidak melepaskan peluang mendokumentasikan segala maklumat berkaitan teknologi lampau untuk dijadikan rujukan," katanya.

Dalam pesta selama dua hari itu yang turut mendapat penyertaan dari Singapura dan Thailand, hampir 400 motosikal klasik yang jarang dipertontonkan kepada masyarakat umum dipamerkan.

Sebuah motosikal jenis Raleigh yang berusia 84 tahun antara motosikal tertua dan beberapa buah motosikal tentera British yang dipamerkan dalam pesta itu berjaya mencuri tumpuan ramai termasuk pelancong asing untuk bergambar kenangan.

Selain pameran statik di sepanjang Jalan Kota, Klinik Motosikal Klasik turut disediakan bagi membolehkan peminat motosikal klasik mendapatkan petua penjagaan kenderaan mereka selain menyediakan gerai jualan alat ganti.

Pesta itu juga dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Blues Gang dan pelbagai lagi acara menarik termasuk kempen derma darah, pertandingan motorshow dan karaoke.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

N. Sembilan halusi pandangan FMM

Posted:

N. Sembilan halusi pandangan FMM

N. Sembilan halusi pandangan FMM

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 5 Mei – Isu kekurangan pekerja, pengangkutan awam dan pekerja asing yang sering dibangkitkan oleh Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) cawangan negeri ini, akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, perbincangan bersama wakil FMM negeri ini sentiasa dilakukan supaya permasalahan itu tidak menjadi penghalang kepada usaha kerajaan menarik minat pelabur datang ke negeri ini.

"Setiap pandangan FMM diperhalusi dan kami akan bersama-sama duduk mencari jalan penyelesaian bagi memastikan operasi di sektor perkilangan tidak terbantut," katanya di sini malam tadi.

Mohamad berucap pada majlis makan malam FMM di sini yang turut dihadiri Pengerusi FMM negeri, Steven Aroki dan Presiden FMM, Tan Sri Mustafa Mansur.

Kata Mohamad, sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan membina banyak kemudahan infrastruktur khususnya jajaran jalan raya yang menghubungkan bandar utama, lapangan terbang serta pelabuhan untuk meningkatkan pelaburan.

"Negeri ini disambungkan menerusi Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dan Lebuh Raya Lekas (Kajang ke Seremban). Dalam RMK-10, Kerajaan Pusat telah meluluskan permohonan kita untuk membina satu lagi lebuh raya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Seremban," ujarnya.

Tegasnya, kerajaan negeri juga memohon supaya satu lagi lebuh raya diluluskan iaitu dari Pelabuhan Klang ke Port Dickson yang bakal menjadi laluan utama pedagang mengeksport barangan mereka ke luar negara.

Mohamad percaya dengan wujudnya laluan baru itu beberapa masalah yang dibangkitkan oleh FMM iaitu jarak perjalanan yang jauh dan sebagainya dapat diatasi sekali gus turut menarik minat pekerja untuk bekerja di negeri ini.

"Saya optimis dalam tempoh lima tahun akan datang, negeri ini akan dibanjiri pelabur, pekerja dan pedagang berminat untuk datang ke sini," kata Mohamad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cubaan seludup 20,000 karton rokok tumpas

Posted:

Cubaan seludup 20,000 karton rokok tumpas

Cubaan seludup 20,000 karton rokok tumpas

MELAKA 5 Mei - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri berjaya mematahkan cubaan dua lelaki menyeludup masuk 20,000 karton rokok jenama 'Djarum Black 10's' bernilai RM200,000 dengan cukai sebanyak RM995,000 di sini semalam.

Kejayaan itu diperoleh selepas pihaknya menahan sebuah lori lima tan dinaiki kedua-dua lelaki terbabit di laluan kenderaan lori import di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru, Johor pada pukul 5.40 petang.

Menurut Timbalan Pengarah JKDM Melaka, Johariah Jantan, kesemua rokok itu tidak mempunyai pelekat setem cukai dan cuba diseludup dari negara jiran melalui Johor Bahru sebelum dipindahkan ke satu tempat transit untuk diedar di pasaran gelap ke beberapa buah negeri.

"Lori tersebut dikesan menggunakan nombor pendaftaran palsu bagi mengelirukan serta mengelak pemeriksaan dan kawalan agensi-agensi penguatkuasaan bangunan tersebut.

"Kedua-dua lelaki tersebut iaitu pemandu lori dan kelindannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk permohonan tahanan reman bagi siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di Pejabat JKDM Banda Hilir di sini hari ini.

Tambah beliau, kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana kesalahan mengangkut barang larangan.

Jelasnya, jika sabit kesalahan, kesemua yang ditahan boleh dihukum mengikut Seksyen 135(1)(iii)(aa) akta yang sama iaitu denda maksimum 20 kali nilai dagangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sehubungan itu, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebagai maklumat kegiatan penyeludupan supaya menghubungi JKDM di talian bebas tol, 1-800-88-88555 atau 06-2846190.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan