Sabtu, 14 Mei 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Produk pelancongan terbaharu

Posted:

Produk pelancongan terbaharu

Produk pelancongan terbaharu

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 13 Mei - Pekan Legasi Sdn. Bhd. hari ini menandatangani perjanjian persefahaman dengan SME Bank bagi membiayai projek pelancongan terbaharu di negeri ini dikenali sebagai Melaka Alive Bahtera Merdeka 5D bernilai RM18.3 juta.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Presiden Pekan Legasi Sdn. Bhd., Mohd. Nizar Najib dengan Pengarah Urusan SME Bank, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus.

Majlis itu disaksikan oleh Pegawai Kewangan negeri, Datuk Naim Abu Bakar yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar selepas itu Mohd. Nizar berkata, Melaka Alive Bahtera Merdeka bernilai RM21.185 juta sedang dibangunkan berhampiran Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir di sini adalah produk pelancongan terbaharu yang paling unik di negeri ini.

Menurutnya, ia merupakan sebuah panggung wayang yang menggunakan tirai air sebagai layar dan dibangunkan di atas sebuah kapal dikenali sebagai Bahtera Merdeka.

"Keunikan menonton wayang dengan air menjadi layar adalah yang pertama dibina di Asia menggunakan gabungan teknologi dari United Kingdom, Itali dan Amerika Syarikat (AS).

"Saya yakin apabila projek fasa pertama ini siap seperti yang dijadualkan hujung tahun ini, ia mampu menarik minat kira-kira 10,000 pelawat sebulan untuk menaiki Bahtera Merdeka," katanya.

Mohd. Nizar berkata, orang ramai akan menonton wayang di atas sebuah kapal yang dibina khas mirip kapal yang digunakan pada zaman kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai Bahtera Merdeka.

"Wayang yang akan ditayangkan mengisahkan sejarah sejak zaman kesultanan Melayu Melaka hingga negara mencapai kemerdekaan," ujarnya.

Beliau menambah, tidak hanya menonton wayang dengan air menjadi layar tetapi ia turut dilengkapi dengan kesan khas seperti bunyi letupan, percikan api, tiupan angin, asap, gegaran dan sebagainya.

Katanya, pelaksanaan projek itu berjalan lancar dengan hampir 70 peratus telah berjaya disiapkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua lelaki ditahan ketika hantar bekalan dadah

Posted:

Dua lelaki ditahan ketika hantar bekalan dadah

Dua lelaki ditahan ketika hantar bekalan dadah


Che Suza Che Hitam (kanan) menunjukkan dadah heroin yang dirampas daripada dua lelaki di Jasin, semalam.


JASIN 13 Mei - Polis menahan dua lelaki berusia ketika dalam perjalanan menghantar bekalan dadah bernilai RM21,000 kepada pelanggan di Jalan Selandar-Batang Melaka di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam berkata, kedua-dua suspek berusia 28 dan 37 tahun itu ditahan kerana menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan polis menemui 30 paket plastik lutsinar berisi dadah heroin seberat kira-kira 48.50 gram yang disimpan dalam beg plastik dan diletakkan di bakul motosikal berkenaan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sini hari ini.

Menurutnya, suspek dipercayai aktif mengedar dadah sekitar daerah Jasin sejak dua bulan lalu dan hasil ujian air kencing ke atas mereka mendapati positif dadah jenis heroin.

Katanya, siasatan lanjut juga mendapati, suspek berusia 28 tahun mempunyai rekod jenayah lampau iaitu dikehendaki polis kerana memiliki dadah manakala rakannya berusia 37 tahun memiliki rekod mencuri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Masjid baru Kampung Melang siap Jun ini

Posted:

Masjid baru Kampung Melang siap Jun ini

Masjid baru Kampung Melang siap Jun ini

KUALA PILAH 13 Mei - Lebih 1,000 ahli kariah di sekitar Mukim Ampang Tinggi di sini akan menikmati kemudahan untuk beribadat yang lebih baik apabila projek menaik taraf Masjid Kampung Melang siap sepenuhnya pada Jun ini.

Projek menaik taraf masjid berkenaan dimulakan pada April tahun lalu yang menelan belanja RM3.5 juta melalui peruntukan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan disokong oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pilah, Adnan Abu Hassan berkata, masjid lama di situ yang telah dirasmikan oleh Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman pada 1985 telah berusia 26 tahun dan tidak mampu menampung bilangan jemaah yang bertambah saban tahun.

Beliau berkata, apabila siap kelak, masjid itu mampu memuatkan sehingga 800 jemaah pada satu-satu masa berbanding kira-kira 100 jemaah yang boleh ditampung oleh masjid lama.

"Projek ini juga bakal menjadi satu lagi mercu tanda di pekan ini kerana ia dibina dengan seni bina Islam yang indah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika melakukan lawatan kerja ke masjid itu baru-baru ini.

Turut menyertai lawatan itu ialah ketua-ketua kampung dan nazir masjid dalam Dewan Undangan Negeri Pilah serta para pegawai dari Pejabat Agama Islam Daerah dan Jabatan Kerja Raya Daerah.

Adnan memberitahu, beberapa kemudahan lain turut disediakan dalam projek itu seperti penyediaan sebanyak 130 lot tempat letak kereta kereta dan 30 lot untuk motosikal.

"Selain itu, sebuah menara setinggi 20.6 meter turut didirikan sebagai mercu tanda masjid," ujarnya.

Beliau berharap pembinaan masjid baru itu akan memberi manfaat dan keselesaan kepada umat Islam di sekitar kawasan berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan