Sabtu, 14 Mei 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Kampung Melayu tergadai

Posted: 13 May 2011 02:23 PM PDT

Wilayah

Tanah didiami sejak 150 tahun dijual untuk projek rumah mewah

GEORGETOWN: Sebuah perkampungan Melayu tradisional, Kampung Bukit Kechil Sungai Nibong, di sini yang berusia 150 tahun bakal berkubur berikutan sebahagian tanah sudah berpindah tangan kepada pemaju untuk dibangunkan dengan projek perumahan mewah.

Setakat ini, dua lot tanah seluas 1.54 hektar menempatkan kira-kira 30 rumah sudah dijual kepada pihak pemaju. Kampung berkeluasan enam hektar itu secara keseluruhan menempatkan 200 rumah. Difahamkan, pemaju menjanjikan bayaran RM70,000 bagi setiap rumah di tapak seluas 1.54 hektar yang sudah dijual itu, tetapi masih ada pemilik belum menerima bayaran walaupun sudah mengosongkan rumah sejak awal tahun lalu sebelum kerja merobohkan semua kediaman berkenaan dilakukan, disusuli kerja meratakan kawasan bermula awal tahun ini.

Berikutan kerja di dua tapak di kampung itu sudah bermula, penduduk mula merasa kesan dari aspek keselamatan, kerosakan jalan akibat kenderaan berat keluar masuk ke tapak projek itu selain mendakwa penggunaan jentera berat mengakibatkan paip air pecah dan proses pembaikan menimbulkan kerumitan.

Penduduk mendakwa, wakil pemaju kini giat memujuk baki pemilik tanah di kampung itu supaya menjual tanah masing-masing. Berikutan itu, Badan Bertindak Selamatkan Tanah Milik Melayu (BSTM) dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) menggesa kerajaan Pusat campur tangan memastikan tanah milik Melayu tidak terlepas.

Pengerusi TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata Kerajaan Pusat perlu campur tangan supaya kampung itu tidak dibangunkan dengan cara yang boleh menjejaskan pemilikan tanah oleh orang Melayu yang pasti tidak mampu membeli hartanah atau rumah lain di negeri ini kerana harganya tinggi.
"Kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) juga perlu menyemak kembali pembangunan di kawasan itu supaya tidak menjejaskan jumlah penduduk Melayu, termasuk memantau urusan jual beli tanah di antara pemilik tanah dan pemaju," katanya.

Penduduk, Osman Jaafar, 74, berkata pembangunan dilakukan tanpa mengambil kira penduduk awal menyebabkan banyak kampung Melayu terhapus dan penduduknya terpaksa berpindah.

"Saya berharap jika ingin memajukan kawasan ini, penduduk tidak diusir dan pihak berwajib dapat menjaga kepentingan orang Melayu supaya penempatan ini dikekalkan," katanya.

Siti Khadijah Osman, 60, berkata dia akan tetap tinggal di kampung itu kerana tidak mahu orang Melayu diusir dari tanah sendiri selain mempertahankan rumah warisan nenek moyangnya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Desak MB batal roboh 50 rumah penduduk

Posted: 13 May 2011 02:21 PM PDT

Wilayah

KUALA KUBU BHARU: Lebih 700 peneroka Kampung Sungai Kerandang, di sini yang kecewa dengan kepemimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendesak kerajaan negeri membatalkan keputusan untuk merobohkan kira-kira 50 rumah penduduk.

Wakil peneroka, Azhar Mat Rai, berkata penduduk sudah menghadapi tekanan kerajaan negeri sejak 2009, tetapi tetap mempertahankan rumah serta tanaman mereka.

"Kampung Sungai Kerandang berusia lebih 35 tahun dan sebagai peneroka, kami meneruskan kehidupan bergantung kepada hasil jualan tanaman dan buah-buahan. Selama di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN), kami tidak menghadapi masalah memperbaharui lesen pendudukan sementara (TOL). "Bila pakatan pembangkang memerintah Selangor pada 2008, mereka bekukan pembaharuan TOL. Kini rumah kami pula mahu dirobohkan, tanaman akan dimusnahkan ekoran Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan kerja pemuliharaan Hutan Simpan Bukit Tarik di atas arahan kerajaan negeri," katanya ketika ditemui, semalam.

Terdahulu lebih 20 anggota penguat kuasa JPNS diketuai Penolong Pengarah Operasi dan Penguatkuasaan, Mohd Yussainy Md Yusop tiba di Kampung Sungai Kerandang pada kira-kira jam 9 pagi untuk melaksanakan kerja pemuliharaan hutan dan penanaman semula pokok.

Beberapa minit kemudian, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan hadir bersama Azhar dan beberapa peneroka untuk mengadakan perbincangan bersama Mohd Yussainy.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen