Sabtu, 7 Mei 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pesawat Merpati Indonesia terbabas di laut bersama 25 penumpang

Posted: 07 May 2011 12:53 AM PDT

JAKARTA, 7 Mei — Sebuah pesawat komersial dengan 25 penumpang terbabas di kawasan laut di sebelah timur Indonesia hari ini. 

Pesawat itu, terbabas kira-kira 500 meter dari lapangan terbang Kaimana di Papua Barat, dipercayai milik syarikat Merpati. 

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu gaduh: Ibu bapa gesa PIBG SMK di Shah Alam proaktif

Posted: 07 May 2011 12:18 AM PDT

SHAH ALAM, 7 Mei — Ibu bapa pelajar sebuah sekolah menengah kebangsaan di Shah Alam menggesa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) proaktif bercampur tangan untuk membolehkan insiden pergaduhan bulan lalu tidak berlarutan tanpa penyelesaian muktamad. 

Beberapa ibu bapa yang dihubungi mendakwa masih belum ada sebarang perjumpaan selepas seorang pengawas sekolah tingkatan tiga dipukul lapan pelajar dan diikuti pergaduhan berunsur perkauman pada 20 April lalu. 

Bekas pengerusi PIBG, A Sivaprakasam berkata, PIBG sekolah masih tidak mengadakan sebarang pertemuan berkenaan perkara ini sedangkan sudah melibatkan polis. 

"Sepatutnya PIBG mengadakan pertemuan dengan ibu bapa dan pelajar sekolah yang terlibat, bertanya bagaimana perkembangan keadaan mereka sekarang... namun, saya lihat mereka lambat bertindak untuk menyelesaikan masalah yang wujud," katanya. 

Sebelum ini, Sivaprakasam juga berkata, beliau masih tidak dapat sebarang maklumat mengenai pertemuan pengetua sekolah dengan Ketua Pengarah Pelajaran di Putrajaya, 3 Mei lalu selepas ibu bapa pelajar sekolah berkenaan menghantar petisyen kecewa dengan cara pentadbiran pengetua berkenaan. 

"Kami tahu dia (pengetua sekolah berkenaan) telah berjumpa dengan mereka tetapi kami masih tidak tahu sebarang info daripada pengetua ataupun PIBG," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider

Sivaprakasam juga menambah, mereka hanya diberitahu bahawa pengetua akan membiarkan polis menyelesaikan masalah terbabit dan apabila bertanya kepada polis pula mahu menyerahkan kepada pentadbiran sekolah. 

"Saya tidak tahu mengapa ada percanggahan maklumat. Sebagai pengetua, dia perlu memberitahu perkara betul," ujarnya lagi. 

Tetapi menurut Sivaprakasam, beliau difahamkan pengetua tidak mahu memberi penjelasan mengenai keterangan pelajar yang diambil polis. 

Menurut seorang ibu pelajar sekolah berkenaan Quah Saw Choon, PIBG perlu mengambil tindakan segera setelah berlaku pergaduhan demi pergaduhan. 

"Kalau pengetua tidak mahu ambil kisah, PIBG perlulah bertindak segera untuk membantu menyelesaikan masalah. 

"Tetapi saya tidak puas hati apabila PIBG juga tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga," kata Quah lagi. 

Tambahnya, beliau tidak berpuas hati melihat cara sekolah menangani masalah pelajarnya sendiri. 

"Kalau seorang pengawas sekolah dicederakan, sekolah boleh tidak ambil kisah, bagaimana pula dengan pelajar-pelajar yang lain?" katanya. 

Selain itu, menurut Sivaprakasam, satu perjumpaan akan diadakan Isnin ini, yang hanya dihadiri ibu bapa dan penjaga untuk berbincang perkembangan pelajar yang terlibat dan cara menyelesaikan masalah bersama PIBG. 

Sebelum ini, menurut V Stephen Perumal yang juga mengetuai kumpulan ibu bapa berkata, berlaku pergaduhan antara pelajar berikutan sekumpulan pelajar memanggil pelajar kaum India dengan kata-kata kasar dan menghina. 

"Ekoran itu, pengetua hanya bertindak menghantar seramai 23 pelajar yang dikatakan tidak terlibat memberi kenyataan kepada polis tetapi tidak dibincang terlebih dahulu dengan ibu bapa pelajar tersebut. 

"Apabila ditanya mengenai hal ini, pengetua terbabit tidak mengaku bahawa dia yang arahkan penahanan anak-anak kami," katanya dalam kenyataan 25 April lalu. 

Selain itu, Siva juga berkata, pengetua tersebut langsung tidak ambil peduli apabila diminta berbincang bersama-sama ibu bapa untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Sementara itu, menurut V Stephen Perumal yang bertidak sebagai ketua ibu bapa, beliau mahu pengetua meletakkan jawatan. 

"Beliau (pengetua) tidak layak menjadi pengetua jika tidak mahu bertanggungjawab atau diturunkan pangkat hanya sebagai pekerja biasa dalam pentadbiran. 

Seharusnya beliau menyelesaikan masalah bukan sekadar lepas tangan. 

"Kami telah beri tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak pentadbiran terhadap keselatan anak-anak kami. 

Apabila berlaku kejadian seperti ini, dia sepatutnya terlibat dalam menyelesaikannya," ulasnya lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan