Isnin, 16 Mei 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Penyokong pembangkang buat kecoh di mahkamah

Posted:

Penyokong pembangkang buat kecoh di mahkamah

Penyokong pembangkang buat kecoh di mahkamah

KUALA LUMPUR 16 Mei - Keadaan pekarangan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta dekat sini, bertukar kecoh apabila lebih 100 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul bagi mendengar keputusan sama ada Ketua Pembangkang itu perlu membela diri dalam kes liwatnya.

Utusan Malaysia difahamkan, kebanyakan penyokong berkenaan datang dari luar Lembah Klang dan mula 'berkampung' di Masjid Wilayah Persekutuan yang terletak berdekatan mahkamah awal pagi tadi.

Sejurus selepas menunaikan solat Subuh, mereka bergerak ke pekarangan mahkamah sambil melaungkan kata-kata sokongan terhadap Anwar.

Keadaan bertambah kecoh ketika Anwar tiba di mahkamah sekitar pukul 8.45 pagi dan sepanjang prosiding, selain perkataan 'Reformasi', ada yang mengeluarkan kata-kata kesat dan provokasi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, UMNO serta Barisan Nasional (BN).

Perkataan kesat dalam bahasa Tamil iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi juga dilaungkan termasuk menghina beberapa media seperti TV3, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Utusan Malaysia.

Kumpulan wartawan dan jurukamera dari TV3 antara yang teruk menerima tekanan apabila sekumpulan penyokong Anwar menjerit menghalau petugas media berkenaan daripada membuat liputan di mahkamah.

'TV3 lucah', 'bodoh' serta beberapa lagi perkataan tidak senonoh diluahkan penyokong terbabit kepada media berkenaan serta kepimpinan negara.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan seorang lelaki berusia 46 tahun ditahan polis kerana tindak-tanduknya yang mencurigakan apabila membawa tukul besi di pekarangan mahkamah.

"Tukul besi itu diselit di pinggangnya dan ketika ditahan pada pukul 9.15 pagi, lelaki terbabit lengkap berpakaian seragam pengawal keselamatan. Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut,'' jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tindakan Anwar timbul persoalan

Posted:

Tindakan Anwar timbul persoalan

Tindakan Anwar timbul persoalan

KUALA LUMPUR 16 Mei – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan 'bercuti' ke luar negara esok tanpa membawa bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, semata-mata untuk menyelesaikan kemelut dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) menimbulkan seribu satu persoalan.

Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd. Nazmi Rosli mendakwa, sepatutnya dalam keadaan tertekan, Anwar perlu mengutamakan Wan Azizah berbanding Shamsul Iskandar Mohd. Akin mahu pun Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard.

Sambil mempersoal kenapa Anwar perlu memilih negara berkenaan untuk menyelesaikan masalah antara dua pemimpin AMK itu sedangkan ia boleh dibuat dalam negara, Mohd. Nazmi berkata, ia bukti bahawa Wan Azizah hanya diperlakukan sebagai patung.

"Saya simpati dan kasihan dengan Wan Azizah. Apa yang dia tidak korbankan demi Anwar tetapi dalam keadaan tertekan akibat pendedahan video seks dan keputusan hakim (bela diri), Anwar sanggup meninggalkan Wan Azizah untuk bercuti di luar negara.

"Kenapa tidak selesaikan masalah kecil dalam AMK ini di dalam negara? Kenapa tidak menjadikan percutian di luar negara itu sebagai tempat untuk beliau melepaskan tekanan bersama Wan Azizah?" katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anwar yang dijangka 'bercuti' ke luar negara esok yang dikatakan bagi menyelesaikan permusuhan antara Chegu Bard dengan Shamsul Iskandar akibat pergeseran semasa pemilihan parti tahun lalu.

Permusuhan antara dua pemimpin AMK ini bukan lagi rahsia apabila kedua-dua pihak saling berbalas 'serangan' di laman sosial Twitter dan Facebook.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan