Khamis, 2 Februari 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


50 pemandu bas lancar mogok

Posted:

50 pemandu bas lancar mogok

50 pemandu bas lancar mogok

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
utusanmelaka@utusan.com.my


Sebahagian pemandu bas, bertikam lidah dengan pihak pengurusan berhubung pampasan serta gaji di Melaka Sentral, Melaka semalam.


MELAKA 1 Feb. – Kira-kira 50 pemandu bas berhimpun secara aman di Melaka Sentral di sini kerana rasa tidak puas hati terhadap tawaran gaji rendah ditawarkan oleh kerajaan negeri melalui PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd., (PMCT) yang mengambil alih pengurusan perkhidmatan bas henti-henti bermula hari ini.

Kecewa dengan tawaran gaji dijanjikan oleh PMCT yang didakwa tidak menepati tawaran asal, hampir 50 buah bas daripada lebih 80 buah bas dikatakan tidak menjalankan operasi seperti biasa hari ini.

Mereka mendakwa, tawaran asal gaji pokok berjumlah RM850 sebulan yang dijanjikan ketika hadir pada sesi temu duga pada Disember tahun lalu telah berkurang kepada RM500 sebulan.

Abdul Hamid Mad Sahat, 44, yang telah berkhidmat lebih 10 tahun bersama syarikat bas Salira Transport & Tours menganggap PMCT cuba menganiaya dan mengambil kesempatan dengan menawarkan gaji rendah.

"Kami rasa tidak puas hati dan rasa teraniaya dengan apa yang telah dilakukan oleh PMCT. Ramai pemandu bas terpaksa bersetuju dengan jumlah tersebut disebabkan bimbang tiada duit untuk tampung keluarga serta anak-anak yang masih kecil.

"Pekerja asing pun boleh mendapat gaji lebih daripada itu, takkan kami yang telah bekerja lebih 10 tahun dibayar gaji rendah semata-mata penukaran pengurusan," katanya.

Jumlah tersebut katanya, tidak berpatutan berikutan tiada elaun tambahan serta terpaksa berkongsi komisen lima peratus dengan konduktor.

PMCT mengambil alih sepenuhnya pengurusan perkhidmatan bas henti-henti hari ini daripada 10 syarikat bas bagi menyelaras mutu perkhidmatan pengangkutan awam negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam baru-baru ini menjangkakan kerugian sebanyak RM14 juta setahun terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri demi memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Kerajaan negeri dengan dibantu oleh enam agensi termasuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Yayasan Melaka berjaya mengumpul wang RM8 juta bagi pampasan dan pengambil alihan sembilan syarikat bas yang meliputi seramai 118 pekerja termasuk pemandu.

Dalam pada itu, bekas pekerja syarikat bas SKA Sdn. Bhd., Rahman Montel, 53, turut melahirkan kekesalan apabila tidak menerima pampasan daripada bekas syarikatnya itu.

Kata Rahman, sehingga kini bekas syarikatnya belum mengeluarkan senarai nama penerima pampasan seperti dilakukan oleh syarikat lain.

"Sebagai bekas pekerja, saya rasa teraniaya. Selama ini kita bekerja untuk majikan tetapi inilah yang dilakukan oleh majikan terhadap kami," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

PMCT nafi tawar gaji pemandu bas RM850

Posted:

PMCT nafi tawar gaji pemandu bas RM850

PMCT nafi tawar gaji pemandu bas RM850

MELAKA 1 Feb. - PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd., (PMCT) menafikan kononnya mereka telah memberi tawaran gaji pokok sebanyak RM850 bagi jawatan pemandu bas syarikat itu.

Pengurus Besar PMCT, Mohd. Farouk Mohd. Sultan berkata, sehingga kini lebih 80 pemandu bas telah bersetuju dengan tawaran itu dan menganggap dakwaan sesetengah pihak terhadap isu gaji sebagai sengaja mahu menimbulkan masalah.

"PMCT hanya menawarkan kerja kepada pemandu terlibat. Tujuan kita baik kerana ingin membantu dan memastikan bekas pekerja syarikat bas yang diambil alih oleh PMCT mempunyai pekerjaan.

"Kita bersikap terbuka dan memberi tawaran. Soal tidak puas hati terpulang kepada mereka kerana kami tidak membuat paksaan,'' katanya ketika ditemui pemberita di Melaka Sentral di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pengurus Operasi PMCT, Abdul Wahid Abdul Majid.

Menurutnya, jumlah gaji pokok yang ditawarkan ialah RM500 di samping tawaran kerja lebih masa dan lima peratus komisen.

Mengulas tentang perhimpunan secara aman yang dilakukan oleh sekumpulan pemandu bas, katanya, tidak ada penumpang yang terkandas ekoran tindakan tersebut.

"Lebih 80 pemandu telah menandatangani perjanjian dan memulakan operasi bermula hari ini," katanya.

Sementara itu, kata Abdul Wahid, banyak bas yang diberikan kepada PMCT didapati tidak berada dalam keadaan memuaskan seperti keadaan tayar yang rosak dan bateri lama.

"Sebab itu ada bas yang tidak dapat beroperasi hari ini kerana keadaannya kurang memuaskan. Tetapi yang lain alhamdulillah boleh beroperasi seperti biasa," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Judi siber 'pengancam' yang perlu dihapuskan

Posted:

Judi siber 'pengancam' yang perlu dihapuskan

Judi siber 'pengancam' yang perlu dihapuskan

SEREMBAN 1 Feb. - Judi siber kini menjadi ancaman besar kepada kesejahteraan rakyat di negeri ini, malahan dianggap sebagai krisis yang perlu dibanteras dalam apa cara sekali pun.

Ini kerana ia telah banyak membawa kehancuran rumah tangga, hilang tanggungjawab kepada anak, kelalaian di tempat kerja dan paling teruk lagi terjerumus kepada jenayah lain.

Hal ini telah menyebabkan kerajaan negeri bertindak mewujudkan Pasukan Pengurusan Krisis bagi menangani serangan judi siber, yang didalangi sindiket antarabangsa dengan menempatkan semua agensi bertanggungjawab dalam operasi bersepadu dan gerak kerjanya.

Dalam laporan Ibu Pejabat Polis Kontingen negeri sahaja pada Januari sehingga Disember 2011, sebanyak 662 serbuan dibuat dan daripada jumlah itu bilangan yang berjaya ialah 528 serbuan.

Sebanyak 538 tangkapan telah dibuat dalam tempoh tersebut dan 528 premis didapati mempunyai operasi judi siber, malahan 5,955 komputer telah dirampas.

Pada 1 hingga 28 Januari lalu sahaja, polis telah membuat 19 serbuan dan menahan tujuh orang dengan 285 komputer dirampas.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, orang ramai harus sedar kerajaan sentiasa mengambil tindakan terhadap operasi judi siber ini dan adalah tidak benar kerajaan melepas tangan dalam isu berkenaan.

''Jumlah dinyatakan ini hanya laporan pihak polis. Ini tidak termasuk tindakan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa tempatan dan agensi penguat kuasa lain.

''Kita sedang berhadapan satu sindiket antarabangsa dan kaya, di mana modemnya bukan di negara ini, sebaliknya di luar negara," tegas selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Hari ini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) juga telah diarah untuk membuat serbuan dan menahan orang Islam yang berada dalam permis judi siber ini.

Jelas, tindakan lebih tegas wajar dilakukan termasuklah serbu dan terus tahan mereka yang bertanggungjawan selain memotong bekalan elektrik dan air di premis yang disalahgunakan bagi tujuan perjudian ini.

Kata Mohamad lagi, pada tahun lalu sahaja seramai 20,000 orang memohon bantuan daripada Baitulmal berbanding hanya 11,000 orang pada tahun sebelumnya.

Antara permasalahan yang dibangkitkan oleh isteri dan anak- anak ialah kesempitan kewangan akibat suami terlibat dengan fenomena perjudian siber.

Jadi, jangan kata kerajaan tidak banteras sebaliknya tanya diri sendiri mengapa kita menyokong perjudian siber. Ayuh kita banteras dengan kempen 'hapuskan judi siber'.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan