Sabtu, 4 Februari 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Kongsi kuasa formula terbaik

Posted:

Kongsi kuasa formula terbaik

Kongsi kuasa formula terbaik

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

RAUB 4 Feb. - Perkongsian kuasa politik seperti yang dilaksanakan sekarang perlu dipelihara sebaik-baiknya kerana ia adalah formula utama dalam memastikan negara kekal aman dan makmur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, justeru, setiap rakyat bertanggungjawab untuk memastikan formula itu dikekalkan supaya agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

''Antara peranan rakyat ialah memupuk rasa hormat dan menerima budaya dan agama kaum lain dengan memberi ruang kepada mereka mengamalkannya tanpa cuba mengganggu gugat," katanya.

Shahiruddin berucap pada majlis pemberian angpau kepada 1,478 warga emas sempena sambutan Tahun Baru Cina peringkat DUN Teras di pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Raub, di sini baru-baru ini.

Majlis penyampaian angpau itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. Hadir sama, ADUN Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram dan Pegawai Daerah Raub, Datuk Ismail Mohd. Ali.

Sementara itu, Shahiruddin berkata, rakyat negara ini yang berbilang kaum pada masa yang sama tidak pernah dihalang untuk menyuarakan pandangan masing-masing.

''Setiap daripada kita boleh menyuarakan pendapat dan kritikan dengan bebas dan adil. Namun, ia harus dilakukan berlandaskan tanggungjawab dan tidak bertentangan dengan undang-undang," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Santai Pemuda Indera Mahkota dekati rakyat

Posted:

Santai Pemuda Indera Mahkota dekati rakyat

Santai Pemuda Indera Mahkota dekati rakyat


SUHAIMI Sulong (duduk, tiga dari kiri) mendengar luahan belia-belia yang hadir pada Program Sembang Kopi Pemuda di sebuah warung di Kampung Beserah Pantai, Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 4 Feb. - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota mengambil pendekatan santai menerusi Program Sembang Kopi Pemuda bagi mendekati rakyat dan golongan sasaran untuk mengetahui dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Ketuanya, Datuk Suhaimi Sulong berkata, cara santai itu berbeza berbanding perjumpaan formal ataupun ceramah bagi mendekati golongan sasaran.

Menurutnya, pendekatan sebegitu lebih baik kerana dapat mengesan permasalahan ataupun isu yang dihadapi mereka.

"Dengan sentuhan peribadi sebegini, mereka lebih rasa dihargai dan tidak segan meluahkan masalah yang dihadapi.

"Contohnya, pada hari ini (kelmarin), kita mengetahui masalah yang dihadapi golongan nelayan yang mungkin tercicir menerima bantuan dan program santai ini menjadi platform terbaik untuk mengemukakan masalah ke saluran sesuai," katanya.

Suhaimi ditemui ketika program itu sempena aktiviti 'Jamu dan Sembang' di sebuah warung di Kampung Beserah Pantai, di sini semalam.

Kira-kira 50 belia hadir dalam program itu. Hadir sama Penyelia Kanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Indera Mahkota, Maimun Kahar dan Penyelia Bahagian Pendidikan Masyarakat Kemas Parlimen itu, Zuhaidah Mohamed.

Suhaimi berkata, pihaknya mengambil data mereka yang terlibat untuk dikemukakan kepada pihak berkenaan dan mengharapkan rakyat tidak melepaskan peluang tampil ke depan untuk menyalurkan permasalahan yang dihadapi menerusi program tersebut.

Sementara itu, Maimun memberitahu, ia adalah julung-julung kalinya program tersebut dianjurkan pada tahun ini.

Full content generated by Get Full RSS.

BR1M: Bukti ekonomi negara berkembang

Posted:

BR1M: Bukti ekonomi negara berkembang

BR1M: Bukti ekonomi negara berkembang

MARAN 4 Feb. - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 kepada rakyat di negara ini membuktikan kepimpinan negara berjaya menangani pelbagai masalah secara bijaksana sehingga ekonomi terus berkembang secara positif.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, kemantapan ekonomi mempengaruhi pendapatan perkapita negara yang secara langsung disalurkan kepada rakyat melalui pelbagai insentif.

"Wang tunai RM500 itu perlu dimanfaat sepenuhnya tanpa membazir seperti melaburkan dalam saham amanah dan tidak membeli barangan kurang penting," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan BR1M Parlimen Maran peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenor membabitkan 360 penerima di Dewan Pekan Awah, di sini baru-baru ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan