Khamis, 2 Februari 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Pengawal keselamatan mati diserang sekumpulan lelaki

Posted: 02 Feb 2012 12:11 AM PST

SHAH ALAM: Seorang pengawal keselamatan di sebuah tapak projek sub stesen Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Seksyen 18 di sini mati selepas dipercayai diserang dan ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superitendan Mazlan Othman berkata mangsa dikenali sebagai I Krishnanmurthy, 31, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala, dahi dan badan serta tangan kanan mangsa juga putus.

Beliau berkata kumpulan lelaki berkenaan yang dipercayai seramai 20 orang menaiki kereta dan kenderaan pacuan empat roda menyerang mangsa dengan merempuh pintu utama sub stesen berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu.

"Kita turut menjumpai sebilah parang yang dipercayai digunakan sebagai senjata untuk menetak mangsa dalam kejadian itu.


"Siasatan awal tidak menolak motif kejadian ada kaitan dengan dendam membabitkan dua kumpulan kongsi gelap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mazlan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, 03-55202222 bagi membantu siasatan. - Bernama



Full content generated by Get Full RSS.

Nicol rangkul gelaran sulung Cleveland Classic di Ohio

Posted: 01 Feb 2012 11:20 PM PST

KUALA LUMPUR: Jaguh nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David memenangi gelaran sulung Kejohanan Skuasy Cleveland Classic selepas menumpaskan bintang England Laura Massaro pada perlawanan akhir di Ohio, Amerika Syarikat, semalam.

Dalam perlawanan di Cleveland Racquet Club, Ohio, Nicol bagaimanapun dikejutkan 7-11 pada set pembukaan.

Nicol, 28, yang membuka tirai 2012 dengan menjuarai Siri Dunia pertama di London, awal bulan lalu, bangkit semula 12-10, 11-7 dan 11-8 untuk menebuskan kekecewaan kepada pemain nombor empat dunia itu pada final sama tahun lalu.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu menempah tiket perlawanan akhir dengan menyingkirkan pemain nombor tiga dunia, Madeline Perry 11-3, 11-4, 11-6 pada saingan separuh akhir.


Manakala Massaro, pemain pilihan ketiga kejohanan, hanya mengambil masa 28 minit untuk melangkah ke final apabila menumpaskan pemain bukan pilihan tuan rumah, Amanda Sobhy, 11-9, 11-5, 11-6. - Bernama



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan