Sabtu, 14 Mei 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Felda lahirkan 36,000 usahawan

Posted:

Felda lahirkan 36,000 usahawan

Felda lahirkan 36,000 usahawan

Oleh RAHANA MOHD DAHARI
utusankelantan@utusan.com

KOTA BHARU 13 Mei - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berjaya melahirkan usahawan dalam pelbagai bidang yang kini mencecah 36,000 orang di seluruh negara selepas memulakan program Satu Wilayah Satu Industri (SAWARI) enam tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut, nilai jualan sebanyak RM1.06 bilion berjaya dikumpul pada 2010 melalui penjanaan ekonomi perniagaan, perkhidmatan, tanaman dan penternakan.

Pengarah Usahawan Felda, Norhayati Sharif berkata, buat masa ini terdapat 11 wilayah di seluruh negara yang aktif melatih generasi muda menceburkan diri dalam bidang perniagaan berkonsepkan SAWARI.

Di Kelantan katanya, wilayah Felda Gua Musang mempunyai 715 usahawan yang terkenal dengan projek serunding daging, makanan kering seperti rempeyek, sos cili dan pencicah yang pada asalnya diterokai oleh peneroka dan isteri tetapi kini diwarisi generasi seterusnya.

"SAWARI yang dilancarkan pada 2003 memberi tumpuan kepada dua industri utama iaitu industri makanan dan kraftangan. Tumpuan utama pembangunan industri makanan adalah produk makanan yang diproses di bawah jenama F Best Food manakala industri kraftangan di bawah jenama F Best Craft termasuk tekstil menggunakan jenama Modern Malaysia.

"Melalui projek ini sambutan yang diterima di kalangan peneroka sendiri kini diteruskan pula oleh anak-anak mereka yang berminat menceburi bidang sama," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menutup Simposium dan Ekspo Usahawan Felda (SIMEX) 2011 di Kubang Kerian baru-baru ini yang bertemakan Menjejak Keberkatan Dalam Perniagaan.

Hadir sama Pengurus Besar Wilayah Felda Wilayah Gua Musang, Norzuki Mustafa dan peserta yang terdiri dari kalangan usahawan Felda Kelantan.

Seperti tahun sebelumnya, SIMEX 2011 dianjurkan oleh setiap wilayah dengan aktiviti seminar, pameran dan jualan serta aktiviti-aktiviti menarik yang berlangsung di pasar raya Mydin.

Norhayati menambah, untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan di kalangan generasi muda Felda yang berminat dalam bidang perniagaan, pihaknya memperkenalkan program Tunas Mekar untuk melatih lulusan diploma dan ijazah menerusi pelbagai bengkel dan kursus kemahiran berkaitan.

"Program ini baru diperkenalkan dan hampir 100 pelatih menjalani kursus selama 10 bulan dan kumpulan ini disyorkan menjalani praktikal di mana-mana syarikat yang bersesuaian sebelum memilih jenis perniagaan yang akan diterokai," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wujudkan semula petak letak kereta bermeter

Posted:

Wujudkan semula petak letak kereta bermeter

Wujudkan semula petak letak kereta bermeter


Kawasan parkir bermeter yang dimansuhkan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu menimbulkan masalah kepada pengguna di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.


KUALA TERENGGANU 13 Mei – Kira-kira 50 pemilik premis di Jalan Sultan Sulaiman memohon agar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mewujudkan semula petak letak kereta bermeter sepanjang jalan itu.

Mereka telah mengemukakan memorandum mengenai perkara tersebut kepada pihak berkuasa tempatan pada Jun tahun lalu setelah pemansuhan kemudahan itu menjejaskan perniagaan di samping menimbulkan masalah kepada pelanggan.

Bagi mereka, kira-kira 50 tempat letak kereta bermeter boleh disediakan di kiri dan kanan jalan tersebut dan ia turutmemberi kelegaan kepada mereka yang berurusan dengan jabatan-jabatan kerajaan berhampiran.

Salah seorang pemilik premis, Mohd. Saberi Muda ketika dihubungi berkata, keperluan berkenaan sangat mendesak di kawasan yang menjadi tumpuan umum itu.

"Ketiadaan tempat letak kereta yang mencukupi menyebabkan pelanggan atau pelancong mengelak untuk singgah. Jika berhenti, mereka akan dikenakan saman oleh pihak berkuasa MBKT. Ada kalangan pelanggan kami tiada pilihan selain membiarkan kenderaan disaman," katanya.

Bagi Nor Ida Ibrahim, permohonan itu wajar dipercepatkan kerana faktor ketiadaan ruang meletak kenderaan menyebabkan perniagaan di kawasan itu kian terjejas.

"Jalan ini tidak begitu sibuk seperti jalan-jalan yang lain. Sekiranya tempat letak kereta bermeter diwujudkan semula, jalan ini masih luas iaitu dua lorong di sebelah kiri dan dua lorong di sebelah kanan.

"Lagipun, individu yang berurusan dengan pejabat-pejabat kerajaan di Wisma Persekutuan boleh menggunakannya kemudahan itu kelak dan ini dapat mengurangkan kesesakan di Jalan Pejabat," ujarnya.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Adzlan Mohd. Dagang ketika ditemui pemberita baru-baru ini berkata, pihaknya telah meneliti memorandum berkenaan dan sudah berbincang dengan beberapa pihak untuk dibuat pertimbangan.

"Pada asalnya pemansuhan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk perubahan aliran lalu lintas pada ketika itu dan ingin menyusun semula kemudahan letak kereta awam di bandar raya ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penguat kuasa perlu ada seni pertahan diri

Posted:

Penguat kuasa perlu ada seni pertahan diri

Penguat kuasa perlu ada seni pertahan diri

KUALA TERENGGANU 13 Mei - Penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disaran mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri agar mampu berdepan kejadian yang tidak diingini ketika menjalankan operasi atau sekatan jalan.

Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, biarpun anggota dibekalkan senjata namun ia hanya boleh digunakan sekiranya mereka benar-benar berada di dalam keadaan kecemasan yang boleh membahayakan nyawa mereka.

"Saya akui memang ketika operasi dijalankan kita perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, sebab itu kita tidak boleh bertindak sesuka hati menggunakan senjata.

"Namun jika kita mempunyai kemahiran taekwando mahupun silat, kita boleh mempertahankan diri ketika diserang," katanya ketika ditemui pada lawatan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS ), Datuk Omar Osman ke pejabat JPJ Terengganu di sini, semalam.

Abdul Rahman diminta mengulas tentang kejadian seorang pegawai penguat kuasa JPJ yang dibelasah sekumpulan lelaki sewaktu mengadakan operasi sekatan jalan raya di Bukit Besi, Dungun, Rabu lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan