Sabtu, 7 Mei 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Pokok 'daun emas' rapatkan 2 negara

Posted:

Pokok 'daun emas' rapatkan 2 negara

Pokok 'daun emas' rapatkan 2 negara

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@yaho.com


SEORANG pengunjung bergambar dengan sebahagian pokok daun emas yang merupakan kraf tangan terbaru masyarakat Selatan Thailand sempena Pesta Thai 2011 di Gelanggang Seni Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 6 Mei - Konsul Besar Diraja Thailand di sini, Surapon Petch-Vra berpuas hati dengan penganjuran Pesta Thai 2011 yang berjaya merapatkan hubungan antara penduduk kedua-dua negara.

Beliau berkata, penganjuran pesta itu yang masuk kali ke-11 telah berjaya mencapai matlamatnya bagi mendekatkan masyarakat dan produk negara tersebut dengan rakyat Malaysia.

"Penganjuran pesta ini menepati matlamat kedua-dua negara yang mahu mengeratkan hubungan dua hala yang wujud sejak sekian lama," katanya dalam ucapan perasmian di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pusat Pentadbiran Wilayah Selatan Thai, Panu Uthairat.

Menurutnya, sepanjang pesta, pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai produk kraf tangan dan makanan keluaran negara itu, antaranya, 'pokok daun emas' yang dihasilkan menggunakan daun kering.

Daun kering 'pokok daun emas' itu dikatakan boleh bertukar warna mengikut usia pokok iaitu merah jambu semasa muda, coklat (pertengahan) dan perak semasa matang.

Selain 'pokok daun emas' turut terdapat 30 jenis produk kraf tangan lain yang dipasarkan di pesta berkenaan kebanyakan produk kecantikan termasuk sabun herba dan minyak urut.

Lain-lainnya produk yang ditawarkan ialah mutiara, batu permata, pakaian, beg dan bunga hiasan.

Terdapat juga lebih 10 gerai yang mempromosikan makanan dari Thailand seperti nasi kerabu, ayam gulai, ayam rempah dan minuman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kenduri tahlil tak kesampaian

Posted:

Kenduri tahlil tak kesampaian

Kenduri tahlil tak kesampaian


MOHD. Zamri Awang Ngah bersama anaknya melihat sisa rumahnya yang terbakar di Kampung Tok Ngoh, Bachok, kelmarin.


BACHOK 6 Mei - Hasrat seorang anak, Rohani Mahamad, 39, untuk mengadakan kenduri tahlil arwah ibunya, Gayah Daud, yang meninggal dunia tujuh hari lalu, tidak kesampaian apabila rumahnya di Kampung Tok Ngoh, dekat sini hangus dalam kebakaran semalam.

Rohani berkata, kejadian berlaku pukul 4.16 petang ketika semua sanak saudara sedang menyediakan juadah untuk dihidangkan kepada tetamu yang akan hadir pada majlis tahlil tersebut.

"Ketika itu semua orang sedang sibuk di dapur dan di luar rumah untuk memasak, tiba-tiba semua tergamam sebaik sahaja ternampak api dari sebuah bilik.

"Mujurlah adik saya sempat membawa keluar anak kembarnya, jika tidak mungkin kejadian ini akan meragut nyawa, apa pun saya bersyukur kerana mereka bertiga selamat," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tambahnya, kejadian itu juga menyebabkan semua lauk pauk yang dimasak musnah dan tahlil arwah ibunya terpaksa diadakan di surau.

Rohani memberitahu, dia reda dengan apa yang berlaku yang berlaku dan menganggapnya sebagai satu ujian dari Ilahi buat dia dan keluarganya.

Sementara itu, Ketua Penjaga Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Bachok, Nordin Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.16 petang dan terus bergegas ke tempat kejadian.

"Dua buah jentera dan enam anggota telah tiba di lokasi pada pukul 4.34 petang tetapi rumah yang diperbuat daripada kayu itu telah 90 peratus musnah,'' jelasnya.

"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 5.40 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan dengan kerugian kira-kira RM100,000," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sukanun - VII himpun 6,000 atlet

Posted:

Sukanun - VII himpun 6,000 atlet

Sukanun - VII himpun 6,000 atlet

KUALA TERENGGANU 6 Mei - Kira-kira 6,000 peserta dan pegawai daripada 70 agensi akan menyertai Kejohanan Sukan Persatuan Badan Berkanun (Sukanun-VII) Kebangsaan yang akan berlangsung di sini bermula esok.

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang menjadi tuan rumah bagi kejohanan sukan kedua terbesar selepas Sukan Malaysia (Sukma) itu akan turut mengetengahkan pasukannya dengan 230 peserta yang bersaing dalam 17 acara.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Aziz Deraman berkata, UMT selaku tuan rumah sudah bersiap sedia untuk menyambut ketibaan jumlah atlet yang besar dan berharap ia dapat berjalan dengan lancar.

"Sebanyak 20 acara akan dipertandingkan dengan 17 acara menawarkan pingat manakala pertandingan memancing menawarkan hadiah wang tunai (RM3,000, RM2,000 dan RM1,000) serta acara mencari harta karun," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Aziz, pertandingan memancing diperkenalkan sebagai usaha UMT mengetengahkan pelbagai keunikan setempat termasuk lokasi universiti ini yang terletak berhampiran pantai.

Beliau berkata, semua acara akan diadakan di Stadium Tengku Muhammad Ismail UMT kecuali boling di Mesra Mall Kemaman selain beberapa acara akan berlangsung di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak dekat sini.

Katanya lagi, UMT berbangga kerana jumlah penyertaan pada kejohanan tahun ini meningkat kepada 70 kontinjen badan berkanun berbanding hanya 55 pada kejohanan Sukanun ke-VI di Pulau Langkawi dua tahun lalu.

"UMT amat berterima kasih kepada kerajaan negeri yang banyak memberi sokongan termasuk peruntukan kepada UMT bagi menjayakan Sukanun kali ini yang memilih kuda laut sebagai maskot rasmi," katanya.

Katanya, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan menyempurnakan perasmian kejohanan itu pada pukul 9 malam esok di UMT.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen