Jumaat, 6 Mei 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Bermula kecil-kecilan di rumah

Posted:

Bermula kecil-kecilan di rumah

Bermula kecil-kecilan di rumah

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my


Keropok pedas dan kerepek ubi kayu juga di hasilkan di kilang ZS Maju Products di Pasir Puteh, Kelantan.


PASIR PUTEH 5 Mei - Sebelum ini, perusahaan kerepek bilis yang dijalankan oleh Zainun Salleh, 48, hanya dikenali oleh penduduk di Kampung Panggong dekat sini.

Malah, ibu kepada enak orang anak itu, hanya menjalankan perusahaan memproses kerepek itu di anjung rumahnya secara kecil-kecilan dengan dibantu anggota keluarga lain.

Namun, berkat kegigihan mengusahakan resipi masakan tradisional yang diwarisi daripada keluarganya sejak 20 tahun lalu, ia semakin berkembang sehingga dia menjadi pembekal kerepek bilis ke seluruh negara.

Lebih membanggakan, Zainun kini memiliki sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama ZS Maju Products bagi membolehkannya meluaskan skop perniagaan dan pasaran ke luar negara.

Menurut Zainun, kini kerepek bilis keluaran ZS Maju telah memasuki pasaran Johor, Kedah dan Kuala Lumpur selain negeri Pantai Timur.

"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu memajukan syarikat ZS Product terutama Bahagian Industri Bukan Padi, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang bukan sahaja membekalkan khidmat kepakaran tetapi turut menyalurkan peruntukan untuk membesarkan kilang pemprosesan serta peralatan canggih.

"Tanpa sokongan kerajaan pastinya sukar bagi saya untuk bertapak dan berdikari sebagaimana sekarang dengan mendapat permintaan berterusan daripada pengusaha kedai runcit, pasar tani, pasar besar, pemborong dan pasar raya besar dari Gombak, Putrajaya, Bangi dan Kepong serta lain-lain pasar raya terkemuka di sekitar Lembah Klang," katanya di sini baru-baru ini.

Kejayaan Zainun turut menarik perhatian Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah yang melawat kilangnya baru-baru ini.

Zainun berkata, dengan bantuan suaminya yang juga seorang petani, mereka mengumpulkan wang sebanyak RM20,000 bagi dijadikan modal awal untuk membesarkan perusahaan kerepek bilis berkenaan.

Kesungguhannya itu telah menarik minat KADA pada 2001 untuk membantu dengan memberikan pelbagai khidmat nasihat dan bimbingan termasuk penggunaan teknologi baru bagi meningkatkan kualiti produk, promosi dan strategi pemasaran.

Bantuan KADA itu membolehkan kilangnya pada 2004 mula mengeluarkan produk tambahan seperti gegetas, buah rotan, keropok pedas, kerepek bawang, mini karipap dan mini popia untuk memenuhi permintaan.

"ZS adalah singkatan nama Zainun Salleh iaitu seorang petani wanita yang sebelum ini turut gigih bercucuk tanam di kawasan operasi KADA.

''ZS Product mulai dikenali ramai dan akhirnya pada 2007 syarikat ini mendapat Sijil Halal bagi membolehkan produk yang dihasilkan menembusi pasaran lebih meluas," katanya.

Menurutnya, pada 2006 juga KADA memberi bantuan untuk mengubah suai bengkel sebagai persediaan sebelum dinilai oleh pihak berkenaan bagi mendapatkan pensijilan halal.

"KADA juga membantu saya menyertai pameran industri kecil dan sederhana (IKS) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA); Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS), Suarasa, Pameran Makanan Halal di Singapura dan lain-lain tempat.

"Saya turut dilantik oleh KADA sebagai tenaga pengajar kepada usahawan baru dalam bidang memproses makanan ringan di bawah pengurusan KADA di samping menerima jemputan jabatan dan agensi lain di Kelantan bagi tujuan yang sama," katanya.

Zainun bercadang untuk mengeskport produk yang dihasilkan ke negara China dalam tempoh terdekat dalam usaha memperkenalkan barangan tempatan ke pasaran antarabangsa.

Setakat ini, katanya, kilangnya mampu menghasilkan lebih 2,000 peket makanan ringan sehari dan kapasitinya akan diperbesarkan jika berpeluang mendapat kontrak perniagaan di luar negara.

"Ini termasuk menghasilkan satu produk baru berasaskan hasil pertanian iaitu kerepek ubi vitato dalam usaha membantu petani yang mengusahakan tanaman jangka pendek ini," katanya.

Zainun berkata, anggaran jualan kasar tahunan syarikatnya mencecah sehingga RM300,000 dan ia memberi semangat kepadanya untuk meneroka pasaran dunia yang sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terengganu sasar 600 koperasi

Posted:

Terengganu sasar 600 koperasi

Terengganu sasar 600 koperasi

Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 5 Mei – Kerajaan negeri menyasarkan kira-kira 600 buah koperasi dapat diwujudkan di seluruh negeri dengan jumlah keahlian lebih 650,000 menjelang 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, sasaran yang tinggi itu bagi melibatkan seramai mungkin anggota masyarakat dalam perniagaan di samping membantu meningkatkan ekonomi mereka dan juga negeri.

Katanya, selaras dengan pendekatan 1Kampung 1Koperasi oleh kerajaan negeri, pihaknya akan meningkatkan kerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi menjayakannya.

"Tumpuan penubuhan koperasi itu turut melibatkan peringkat kampung, tanah rancangan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta masjid-masjid," Katanya

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Simposium dan Ekspo Usahawan Felda (Simex) 2011 Felda Wilayah Terengganu di sini hari ini yang turut dihadiri Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Abd. Malib Abd. Rani.

Menurut Mohamed, setiap koperasi yang diluluskan penubuhannya akan mendapat bantuan kewangan sebanyak RM40,000 iaitu RM10,000 daripada kerajaan negeri dan RM30,000 lagi daripada SKM bagi membolehkan ia bergerak dengan lancar.

Katanya, pada masa ini terdapat 350 buah koperasi di seluruh negeri yang melibatkan keahlian lebih 300,000 orang dan modal pusingan bernilai kira-kira RM400 juta.

"Daripada jumlah itu, kira-kira 50 peratus adalah koperasi berbentuk mikro manakala 44 peratus adalah berskala sederhana kecil dan hanya enam peratus berskala besar," ujarnya.

Menurut beliau, dalam usaha memastikan koperasi tersebut terus aktif, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) turut menubuhkan Unit Koperasi bagi membimbing dan memberi khidmat nasihat serta pinjaman.

Pada majlis itu turut diadakan penyampaian anugerah usahawan kepada lima usahawan Felda yang berjaya manakala ekspo pula berlangsung di Dataran Shahbandar sehingga Sabtu ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

500 kakitangan JPP Kelantan cemas

Posted:

500 kakitangan JPP Kelantan cemas

500 kakitangan JPP Kelantan cemas


SEORANG pekerja pembersihan di Bangunan Menara Perbadanan, Awi Yusoff menunjukkan fius di bilik utama yang terbakar di Menara Perbadanan, Jalan Tengku Petra Semerak, semalam.


KOTA BHARU 5 Mei - Lebih 500 kakitangan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan cemas apabila kepulan asap menyelubungi bilik mesyuarat jabatan itu yang terletak di Tingkat 14 Menara Perbadanan, Jalan Tengku Petra Semerak dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 pagi, kepulan asap dari bilik suis utama berdekatan bilik tersebut menimbulkan suasana cemas menyebabkan kesemua kakitangan yang sedang bertugas bertindak menyelamatkan diri.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Mohd. Zainudin Senawi berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11.14 pagi dan seramai lapan anggota dan sebuah jentera dikejarkan tempat kejadian.

"Kebakaran hanya melibatkan satu kotak fius utama sahaja dan ia merupakan kebakaran kecil. Semasa kami sampai api telah dipadamkan oleh kakitangan di bangunan tersebut yang bertindak pantas untuk mengelakkan api daripada terus merebak," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah JPP, Makhtar Mustafa berkata, kejadian tersebut berlaku ketika beliau sedang mengadakan perjumpaan bersama kakitangan dan pegawai di bilik mesyuarat berkenaan.

"Tiba-tiba lampu bilik mesyuarat berkelip-kelip dan salah seorang kakitangan terhidu bau hangit dari arah kotak suis utama. Selepas itu kepulan asap mula masuk ke dalam bilik mesyuarat, sebaik sahaja keluar salah seorang kakitangan mendapati fius di dalam kotak suis utama terbakar.

"Tindakan pantas kakitangan JPP telah berjaya memadamkan api tersebut dari terus merebak. Selepas itu, saya terus menghubungi pihak bomba untuk tindakan selanjutnya" katanya.

Makhtar memberitahu, bangunan tersebut menempatkan 17 jabatan Persekutuan dan selebihnya milik kerajaan negeri dan syarikat swasta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan