Selasa, 3 Mei 2011

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Analisis saintifik: Beng Hock jatuh dari tempat tinggi

Posted:

Analisis saintifik: Beng Hock jatuh dari tempat tinggi

Analisis saintifik: Beng Hock jatuh dari tempat tinggi

KUALA LUMPUR 3 Mei — Seorang pensyarah hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock bahawa berdasarkan analisis saintifik dilakukannya, ada kemungkinan Beng Hock mati kerana jatuh dari tempat tinggi

Profesor Sallehuddin Muhamad dari Bahagian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, beliau diminta oleh penyiasat persendirian suruhanjaya itu, Michael Leslie Squires, untuk membuat analisis terhadap kematian Beng Hock dengan menggunakan analisis saintifik berkaitan pergerakannya jatuh di Plaza Masalam di Shah Alam.

Katanya, berdasarkan analisis itu berkemungkinan Beng Hock jatuh dari tempat tinggi selepas keputusan menunjukkan tiada sebarang kesan halangan udara yang berlaku kerana tolakan secara melintang dan tolakan ke bawah dari ketinggian tiga meter.

Beliau berkata, kejadian itu juga adalah tidak mungkin Beng Hock mencangkung di birai tingkap dan terus jatuh ke depan dengan jatuhan bebas dari sudut 4.75 darjah.

''Sekiranya Beng Hock terjun dalam keadaan itu, mungkin kepala mangsa akan terkena pada panel tingkap berdasarkan saiz bukaan tingkap itu," katanya ketika disoal oleh Pegawai Pengendali, Amarjeet Singh.

Beliau yang juga merupakan pakar penyiasat dalam kemalangan melibatkan pesawat udara berkata, keadaan tolakan secara melintang berlaku boleh dikategorikan sebagai membunuh manakala keadaan sekiranya Beng Hock jatuh secara jatuhan bebas, dikategorikan sebagai bunuh diri.

Pendapat Sallehuddin itu sama dengan empat pakar forensik patalogi yang sebelum ini memberi keterangan iaitu Pegawai Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr. Shahidan Mohamed Noor; Pakar Perunding Perubatan Jabatan Forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Dr. Khairul Azman Ibrahim: Pensyarah Kanan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr. Prashant Naresh Samberkar dan Pakar Forensik Britain, Profesor Dr. Peter Vanezis.

Beng Hock, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Jan lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Beng Hock selepas Mahkamah Koroner membuat "keputusan terbuka".

Suruhanjaya Siasatan itu dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen; bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T.S.Nathan; Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bicara Liong Sik ditangguh 1 Ogos

Posted:

Bicara Liong Sik ditangguh 1 Ogos

Bicara Liong Sik ditangguh 1 Ogos

KUALA LUMPUR 3 Mei - Perbicaraan kes terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik atas tuduhan menipu Jemaah Menteri berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion yang dijadualkan berlangsung selama 14 hari mulai hari ini ditangguhkan oleh Mahkamah Tinggi di sini sehingga 1 Ogos ini.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membenarkan penangguhan setelah Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah memaklumkan terdapat 23 dokumen sulit kerajaan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) antara 24 Mac 1999 dan 4 Julai 2007 perlu dinyahrahsiakan terlebih dahulu sebelum dikemukakan sebagai eksibit (bahan bukti).

Beliau yang juga Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara berkata, baru-baru ini Kabinet telah meluluskan untuk dokumen tersebut diklasifikasikan semula namun pihaknya perlu merujuk kepada pelbagai kementerian.

Ini kerana dokumen terbabit bukan sahaja penting bagi perbicaraan tersebut bahkan terdapat hal-hal lain yang perlu diambil kira dan ia perlu kekal sebagai rahsia, ujar beliau ketika memohon penangguhan.

Peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Liong Sik menyatakan pihaknya bersedia sekiranya mahkamah meneruskan kes meskipun belum menerima dokumen-dokumen berkaitan.

''Anak guam saya yang berusia 67 tahun telah berada dalam Kabinet dan kerajaan selama 17 tahun. Tertuduh mahu membuktikan dirinya tidak bersalah, maka saya berharap pendakwaan dapat melakukannya secepat mungkin dan ini merupakan penangguhan terakhir,'' kata Kian Kheong.

Tun Abd. Majid memaklumkan, daripada 80 saksi yang tersenarai, pihaknya akan memanggil seramai 40 orang sahaja.

Hakim Ahmadi dengan nada tegas berkata, ia adalah penangguhan terakhir dan mahkamah akan mendengar perbicaraan selama 10 hari sehingga 12 Ogos depan.

Bekas Presiden MCA itu yang ditemani isteri, Toh Puan Ena Ling didakwa pertama kali pada 29 Julai 2010 atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah.

Bekas menteri Kabinet itu didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen