Selasa, 3 Mei 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


'Tolonglah bawa anak saya pulang'

Posted:

'Tolonglah bawa anak saya pulang'

'Tolonglah bawa anak saya pulang'

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Azmi Sulaiman dan isterinya, Pahzin Fatimah Mohd. Noor menunjukkan gambar Azhlina yang didakwa dilarikan seorang pemuda ke Kalimantan Timur, Indonesia di rumahnya Kampung Bukit Tiu, Machang, semalam. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH


MACHANG 3 Mei - Seorang bapa merayu agar pihak berkuasa membantu membawa pulang anak perempuan sulungnya, Azhlina Azmi, 23, yang dilarikan oleh seorang pemuda dari Lombok, Indonesia dikenali sebagai Salleh sejak tiga tahun lalu.

Menurut Azmi Sulaiman, 50, dia dan ahli keluarga sangat berharap Azhlina dapat dibawa pulang kerana mereka amat merinduinya.

"Sudah lama kami merinduinya, saya sudah tidak tahan menanggung derita, tolonglah bawa anak saya pulang. Kami tidak mampu, jadi kami berharap ada pihak yang sudi kerana dia juga ingin pulang," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Azmi memberitahu, anak sulung daripada enam beradik itu dipercayai mengikut Salleh yang pernah bekerja di sebuah kilang papan di Padang Tengku, Pahang, sementara anaknya itu bekerja sebagai akauntan di kilang yang sama.

Menurutnya, mereka yang sebelum ini menetap di Pahang, telah berpindah ke Kampung Bukit Tiu dekat sini, sementara Azhlina mengambil keputusan untuk terus bekerja di sana.

"Kali terakhir kami berjumpa dengan Lina (Azlina) semasa dia pulang ke kampung pada 21 Februari 2008 sempena cuti Tahun Baru Cina.

"Selepas tiga bulan kehilangannya, anak lelaki saya, Azizul Hafiz, 22, menerima panggilan telefon daripada Lina yang memberitahu dia berada di Indonesia dan sudah berkahwin tetapi tidak mengingati bagaimana dia ke sana dan di mana dia berkahwin," katanya.

Azmi berkata, Azhlina turut memberitahu dia berada di rumah kongsi di kawasan Desa Kebun Agung Rantau Pulung, Balik Papan, Kalimantan Timur, Indonesia bersama suaminya yang bekerja di sebuah ladang kelapa sawit dengan pendapatan kira-kira RM15 sehari.

Jelasnya, Azhlina kerap menelefon dan merintih mengenai kehidupannya di sana yang begitu daif selain merayu supaya dia dapat dibawa pulang.

"Dia sudah mempunyai anak dan bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak untuk membantu suami. Dia terlalu ingin pulang tetapi tidak mampu. Kehidupan mereka sekeluarga sangat miskin kerana pendapatan yang diperolehi hanya cukup untuk menampung hidup setiap bulan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gadis maut ditikam kekasih kerana tolak lamaran

Posted:

Gadis maut ditikam kekasih kerana tolak lamaran

Gadis maut ditikam kekasih kerana tolak lamaran

ALOR SETAR 3 Mei – Seorang gadis berusia 23 tahun maut ditikam teman lelakinya dipercayai setelah menolak lamaran untuk berkahwin dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Mahkota, Jalan Stadium di sini malam tadi.

Dalam kejadian antara pukul 10.45 hingga 11 malam itu, mangsa, Ratna Sufizzah Riyyanti Omar mati di tempat kejadian akibat ditikam beberapa kali menggunakan pisau di dada, perut dan tangan oleh suspek yang berusia lingkungan 50-an.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Adzaman Mohd. Jan berkata, suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Jalan Sultanah Sambungan di sini baru sebulan berpindah ke Alor Setar.

"Sebelum ini suspek bekerja sebagai chef di sebuah hotel di Genting Highlands dan dipercayai telah mempunyai keluarga di Johor Bahru. Mangsa dan suspek dipercayai berselisih faham setelah mangsa mahu perhubungan mereka diputuskan semalam," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa merupakan graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bekerja di sebuah kilang di Gurun sejak setahun lalu.

"Sebaik sahaja menikam mangsa, suspek terus menceritakan perkara tersebut kepada majikannya dan atas nasihat majikannya suspek menyerah diri kepada polis pada pukul 1.30 pagi ini," katanya.

Mohd. Adzaman memberitahu, suspek yang mengaku menjalin hubungan dengan mangsa sejak lima tahun lalu kini direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, kebiasaannya mangsa akan pulang ke rumahnya di Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang selewat-lewatnya pukul 7 petang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan