Khamis, 5 Mei 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Bas uzur cemari imej ibu kota

Posted:

Bas uzur cemari imej ibu kota

Bas uzur cemari imej ibu kota

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusangroup.com.my


BAS yang berkarat dan kusam adalah pemandangan biasa di ibu negara. – utusan/ Mohd. Arif Rameli


KUALA LUMPUR 5 Mei – Sebagai warga kota, kepesatan pembangunan ibu negara khususnya dengan kewujudan pelbagai bangunan baru yang dibina dengan reka bentuk dan ciri-ciri moden sememangnya boleh dibanggakan .

Namun, di ketika kita mendongak ke langit untuk mengagumi keindahan dan kecanggihan pelbagai bangunan tinggi di ibu negara, jangan pula terlupa benda-benda di bawah supaya ia tidak menjejaskan kekaguman kita terhadap Kuala Lumpur.

Selain isu sampah dan jalan rosak yang sering dibangkitkan, terdapat satu lagi perkara yang tidak enak untuk dilihat dan kadangkala memalukan tetapi masih wujud di tengah bandar raya iaitu bas.

Walaupun ia penting kepada warga kota tetapi kewujudan bas yang berkeadaan selekeh dan uzur boleh mencemarkan imej Kuala Lumpur jika keadaan itu tidak diperbaiki dengan segera.

Situasi ini dilihat masih berleluasa dan pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu untuk mengatasinya, sekali gus memberikan perkhidmatan pengangkutan awam terbaik kepada rakyat.

Usaha Syarikat Prasarana Negara Berhad menerusi RapidKL menggunakan bas-bas baru dan cantik tidak akan membantu usaha menaikkan imej Kuala Lumpur, jika pengusaha bas yang lain tidak mengambil langkah yang sama.

Pengusaha lain dilihat tidak mementingkan soal penampilan bas mereka, apatah lagi keselesaan kepada pengguna dan imej moden yang mahu diabadikan kepada ibu negara.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Pasar Seni, berhampiran Hentian Puduraya dan beberapa kawasan pusat bandar mendapati, bas- bas yang berkeadaan uzur dan sebahagian sepatutnya sudah 'pencen', masih beroperasi.

Kebanyakan keadaan luaran bas itu dilihat tidak diselenggara dengan baik termasuk kesan bergesel dan kemalangan kecil pada badan bas yang tidak diperbaiki, selain warna yang semakin pudar terutama apabila iklan yang membaluti badan bas sudah tamat kontrak.

Bagi penumpang, mereka tiada pilihan. Walaupun bas kelihatan buruk dan daif, mereka terpaksa menaikinya kerana mungkin itu sahaja yang ada dan tidak mahu membuang masa menunggu bas yang lain.

Namun, perkara itu tidak harus dibiarkan berterusan kerana ia bukan sahaja mencemarkan imej Kuala Lumpur, tetapi tidak selari dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam.

Justeru, usaha untuk menyeragamkan bas di ibu negara bukan sahaja harus segera dilakukan tetapi perlu disertakan dengan azam yang kuat bagi menjamin kejayaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Selekeh, merimaskan - Pengguna

Posted:

Selekeh, merimaskan - Pengguna

Selekeh, merimaskan - Pengguna

KUALA LUMPUR 5 Mei - Orang ramai yang ditemui mengakui yang mereka rimas dan sakit mata apabila melihat bas-bas uzur, selekeh serta sudah uzur masih memenuhi jalan raya di ibu kota.

Seorang pengguna, K. Shan, 30, berkata, bas-bas uzur sudah tidak sepatutnya dibenarkan masuk ke pusat bandar raya kerana ia bukan sahaja mencacatkan pemandangan tetapi juga menyusahkan orang ramai.

Menurutnya, bas-bas tersebut hanya mengundang tanggapan negatif di kalangan pelancong asing sedangkan sebelum ke sini mereka diberitahu bahawa Kuala Lumpur adalah bandar raya moden.

"Sepatutnya bandar raya moden hanya dilengkapi dengan pengangkutan awam yang moden termasuk bas-bas dengan reka bentuk terkini.

"Pengusaha bas ini seharusnya menyediakan bas baru kerana ia akan melengkapi kesempurnaan imej Kuala Lumpur, di samping menambah keselesaan kepada penumpang," katanya.

Afiq Jaffrey, 24, pula berkata, bas-bas uzur yang masih beroperasi mengeluarkan bunyi bising dan asap yang banyak sehingga mengundang rasa tidak selesa kepada orang ramai.

Katanya, bas-bas itu juga dilihat sering berkumpul di satu kawasan untuk menunggu penumpang tanpa mematikan enjin dan apabila mereka bergerak, tompokan minyak hitam akan dapat dilihat di jalan raya.

"Selain itu, suasana di dalam bas juga teruk. Ada bas yang penyaman udaranya tidak cukup kuat dan kerusi yang sudah terkoyak dan rosak.

"Justeru, tindakan memastikan bas-bas di ibu negara sentiasa dalam keadaan terbaik perlu diambil dan dikuatkuasakan dari semasa ke semasa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lebih selesa buat penumpang

Posted:

Lebih selesa buat penumpang

Lebih selesa buat penumpang

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusangroup.com.my


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin diberikan penerangan oleh Jaafar Abu Hassan (kiri) semasa berada di bilik kawalan kamera litar tertutup (CCTV) ketika melawat Hentian Puduraya di Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 5 Mei – Kerajaan akan mengkaji cadangan untuk membawa masuk bas perjalanan ke Pantai Timur untuk beroperasi di Hentian Puduraya bagi memberi keselesaan kepada pengguna.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pihak UDA Holdings telah memberi cadangan ini memandangkan hentian tersebut mampu mengendalikan perjalanan itu.

Katanya, Hentian Putra yang mengendalikan perjalanan bas ke Pantai Timur pada waktu ini hanyalah hentian sementara dan kurang selesa kepada penumpang.

"Dengan naik taraf yang telah dibuat, Hentian Puduraya dilihat mampu untuk mengendalikan serta menampung penumpang untuk destinasi ke Pantai Timur.

"Saya yakin hentian ini dapat memberi keselesaan kepada penumpang tersebut," katanya selepas mengadakan lawatan ke Hentian Puduraya hari ini yang genap 20 hari beroperasi selepas pembukaan semulanya.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Adnan Md. Ikhsan dan Pengarah Urusan UDA Holdings Berhad, Datuk Jaafar Abu Hassan.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, beliau amat berpuas hati dengan kemudahan yang disedia di hentian itu dan menyifatkannya bertaraf antarabangsa.

Malah, katanya, kemudahan yang disediakan jauh lebih baik daripada yang terdapat di sesetengah negara maju yang pernah dilawatinya.

"Harapan saya adalah semoga warga kota dan pengguna Hentian Puduraya dapat menjaga kemudahan ini dengan baik.

"Janganlah memperlakukan hentian ini seperti ia diperlakukan seperti dahulu kerana dahulu hentian ini memang tidak elok, tapi kini ia sudah berubah," jelasnya.

Tambahnya, beliau akan menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melawat Hentian Puduraya sebelum Hari Raya Aidilfitri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan