Sabtu, 7 Mei 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Swasta boleh bantu pendidikan teknikal, vokasional

Posted:

Swasta boleh bantu pendidikan teknikal, vokasional

Swasta boleh bantu pendidikan teknikal, vokasional

MELAKA 6 Mei - Kerajaan menggesa pihak swasta berganding bahu dengan Kementerian Pelajaran untuk membangunkan bidang pendidikan teknikal serta vokasional bagi mengisi keperluan ekonomi negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, melalui kerjasama tersebut, kerajaan dapat menggunakan segala kemudahan yang terdapat di sekolah-sekolah swasta bagi melahirkan lebih ramai pelajar berkemahiran dalam bidang tersebut.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tanpa kerjasama sektor swasta, hasrat kerajaan untuk meningkatkan jumlah pelajar dalam aliran tersebut daripada 10 peratus kepada 20 peratus dalam tempoh lima tahun tidak akan tercapai.

''Saya bercadang untuk mengajak bukan sahaja agensi kementerian yang ada di peringkat Persekutuan tetapi sektor swasta untuk terlibat sama bagi mengisi keperluan sekolah-sekolah vokasional dan teknikal yang dibangunkan oleh mereka.

''Sebab itu, saya umumkan kita perlu tingkatkan pendidikan teknikal dan vokasional dalam tempoh lima tahun dan bukannya 10 tahun, ini merupakan cabaran besar yang perlu diharungi," katanya berucap merasmikan Karnival Pendidikan Melaka 2011 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengarah Pendidikan negeri, Juliah Leman.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pada masa ini pelajar aliran teknikal dan vokasional hanya berjumlah kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar.

Justeru katanya, jumlah itu jauh lebih rendah berbanding beberapa negara termasuk negara jiran Indonesia, Thailand dan Singapura yang mempunyai antara 40 hingga 60 peratus pelajar dalam aliran tersebut.

''Kesemua negara terbabit memberi tumpuan dalam bidang teknikal dan vokasional kerana pelajar yang mereka lahirkan dapat memenuhi tuntutan untuk memajukan ekonomi negara mereka," katanya.

Beliau berkata, usaha yang dicadangkan bersama sektor swasta itu selaras dengan tumpuan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan bidang teknikal dan vokasional terus dikembangkan.

Ujarnya, peranan yang boleh dimainkan oleh sektor awam dan swasta dilihat amat penting untuk membangunkan sektor pendidikan agar menjadi lebih maju selain mengisi keperluan ekonomi negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Transformasi menyeluruh - PM

Posted:

Transformasi menyeluruh - PM

Transformasi menyeluruh - PM

KOTA KINABALU 6 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan transformasi yang akan dilaksanakan kerajaan perlu dibuat secara menyeluruh dan tidak terhad kepada kerangka kerja semata-mata.

Perdana Menteri berkata, ia harus merangkumi kemantapan minda, sistem, nilai dan sikap dalam mengemudi negara ke arah kemakmuran dan kejayaan melalui inisiatif transformasi kerajaan dan ekonomi.

"Bagaimana baik sesuatu rancangan atau inisiatif tanpa kerangka minda, sistem nilai dan sikap yang betul dalam kalangan pelaksana serta kumpulan sasar, pelan terbaik akan hanya tetap tinggal pelan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam mesej rakaman video yang dipasang pada Majlis Makan Malam Perdana sempena Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Kelapan di sini malam ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Salleh Said Keruak; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Presiden Mubarak, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman.

Pada majlis itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu, Toh Puan Rahimah Stephen dinobatkan sebagai Tokoh Mubarak 2011.

Jelas Najib, parti dan negara sedang menghadapi cabaran besar ekoran perubahan landskap politik tanah air.

Katanya, kerajaan kini berhadapan dengan pengundi yang bersifat lebih kritis dan 'mendesak' terhadap wakil rakyat mereka.

"Lahirnya pengundi yang mempunyai profil sedemikian adalah hasil kejayaan dasar-dasar yang telah digubal dan dilaksanakan kerajaan yang memerintah sejak merdeka.

"Ia telah berjaya meningkatkan taraf hidup, tahap pendidikan dan akses kepada pasaran idea serta maklumat rakyat kepada tahap yang tidak pernah terjangkau kepada bapa-bapa kita terdahulu," katanya.

Tegas Perdana Menteri, negara kini berada di persimpangan iaitu sama ada terus terperangkap dengan sindrom negara berpendapatan rendah hingga tergelincir dan menjadi sebuah negara yang gagal, atau menjadi negara maju berpendapatan tinggi dan bermaruah.

"Saya amat berharap Mubarak akan terus berada di barisan hadapan untuk mempertahan dan menerangkan dasar-dasar serta inisiatif kerajaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ancaman keselamatan

Posted:

Tiada ancaman keselamatan

Tiada ancaman keselamatan

TELUK INTAN 6 Mei — Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, kematian pemimpin kumpulan Al-Qaeda Osama bin Laden tidak mempengaruhi situasi keselamatan di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia berdepan sebarang kemungkinan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Teluk Intan hari ini, Ahmad Zahid berkata, pasukan anti pengganas ATM dan PDRM sedia digerakkan berdasarkan maklumat cawangan khas serta unit perisikan.

Katanya, kebarangkalian berlaku sebarang kekacauan di negara ini ekoran kematian pemimpin Al-Qaeda itu adalah tipis.

Osama dilaporkan terbunuh dalam satu operasi oleh tentera Amerika Syarikat di Islamabad, Pakistan Ahad lepas.

Berhubung parti komponen Barisan Nasional (BN), Zahid mengingatkan supaya ia tidak terlalu bergantung kepada UMNO dalam mencari kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, parti komponen perlu serius merangka program untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada BN khususnya di kawasan bandar.

"Kita boleh bantu mereka tetapi mereka juga perlu bantu kita dalam UMNO. Kalau menang di kawasan majoriti Melayu jangan lupa masalah di cawangan-cawangan UMNO.

"Jangan hanya turun lima tahun sekali tetapi sekurang-kurangnya sekali dalam setiap bulan," katanya.

Beliau menambah, tidak mustahil untuk BN merampas kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tewas pada pilihan raya umum lalu dengan syarat mereka bersatu dan segera menyelesaikan masalah dalaman yang ada.

"Kajian saya mendapati 60 peratus punca BN kalah dengan majoriti kurang 2,000 ataupun tidak boleh menang dengan majoriti lebih banyak iaitu sekadar di bawah 2,000 adalah kerana masalah dalaman parti.

"Yang di atas (pemimpin) dan yang di bawah (ahli) perlu ada tolak ansur, saling membantu dan bukannya sentiasa menghentam satu sama lain kerana ia akan menjadi peluru kepada musuh politik kita," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan