Sabtu, 7 Mei 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Lelaki pengsan disangka sudah mati

Posted:

Lelaki pengsan disangka sudah mati

Lelaki pengsan disangka sudah mati

07/05/2011 7:25pm

KANGAR – Kegagalan seorang lelaki menjawab panggilan telefon sejak dua hari lalu, akibat pengsan selepas dipercayai terjatuh dalam rumahnya disangka telah meninggal dunia oleh rakan dan jirannya di pangsapuri Seri Sena dekat sini semalam.

Rakannya Mohd Zawari Zain, 31, yang pergi ke rumah Khaw Sui Liong, 54, terkejut apabila mendapati lelaki itu dalam keadaan kaku.

Selepas gagal menghubunginya, Mohd Zawari berkata beliau dan seorang lagi rakan terpaksa pergi ke rumah Khaw 5.30 petang untuk melihat keadaan dan terkejut apabila mendapati lelaki itu ditemui tertiarap dan tidak bergerak di atas tilam.

"Saya melihat beliau dalam keadaan tertiarap tidak bergerak di atas tilam, manakala udara di sekitar bilik berbau busuk. Tetapi saya dan rakan tidak berani memegang mangsa kerana disangka sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui hari ini.

Menurutnya, selepas menghubungi polis, dua anggota polis bersama sepasukan anggota perubatan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF) yang memasuki rumah terbabit, mengesahkan mangsa masih hidup.

"Anak saudara lelaki itu yang dikenali sebagai Kent Khaw, yang sedang menuntut dalam bidang perubatan di sebuah kolej perubatan di Sungai Petani, bertindak memberi bantuan penafasan dan mendapati mangsa masih bernafas.

Mohd Zawari berkata, Sui Liong yang bekerja sendiri, penghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, dipercayai pengsan sejak dua hari lalu tanpa disedari oleh jiran.

Mangsa yang berada dalam keadaan koma mengalami kecederaan di bahagian pipi dan mata dipercayai terjatuh di dalam rumah terbabit telah dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk menjalani rawatan malam tadi. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar Tahun Lima lemas di sungai

Posted:

Pelajar Tahun Lima lemas di sungai

Pelajar Tahun Lima lemas di sungai

07/05/2011 6:42pm

KUANTAN – Seorang pelajar tahun lima ditemui mati lemas selepas mandi di Sungai Belat di sini, petang ini.

Mangsa, Mohd Nor Aiman Hassan, 11, pelajar Sekolah Kebangsaan Mat Kilau di sini pergi ke sungai berkenaan bersama seorang rakannya.

Kedua-dua mangsa kemudian dipercayai mandi berhampiran tebing sungai itu sebelum lemas.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Penolong Penguasa Mohd Lazim Jaafar berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.44 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama enam anggota.

"Pihak kami kemudian melakukan selaman dan menemui mangsa di tempat dia dilaporkan hilang pada jam 3.35 petang," katanya.

Mayat Mohd Nor Aiman, dari taman perumahan Gudang Rasau di sini dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat, katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar terlibat jenayah meningkat

Posted:

Pelajar terlibat jenayah meningkat

Pelajar terlibat jenayah meningkat

07/05/2011 6:35pm

ALOR SETAR – Pembabitan pelajar sekolah menengah di Kedah dalam kegiatan jenayah kini amat membimbangkan apabila seramai 344 pelajar ditahan kerana disyaki terlibat dalam 221 kes jenayah sepanjang tahun lepas.

Daripada jumlah yang ditahan itu, 56 pelajar telah dituduh di mahkamah, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.

Beliau berkata daripada 221 kes yang membabitkan pelajar itu, 63 adalah jenayah kekerasan manakala 158 kes lagi memlibatkan jenayah harta benda.

"Mereka yang terlibat berumur antara 16 dan 17 tahun. Statistik tangkapan pelajar sekolah yang terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah pada tahun lepas pula ialah 183 orang manakala dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini ialah 23 pelajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Kesedaran Jenayah di Sekolah Menengah Hutan Kampung di sini hari ini.

Ahmad berkata selain itu, kegiatan lumba haram juga amat popular di kalangan pelajar dan statistik tahun lepas menunjukkan 30 pelajar sekolah ditahan dalam Ops Lumba Haram yang dijalankan oleh polis trafik.

Sehingg Mac tahun ini polis telah menahan enam pelajar yang melakukan aktiviti lumba haram, katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata sebanyak 4,737 kes jenayah komersial, antaranya penipuan, pecah amanah, jenayah siber, wang palsu dan kad kredit membabitkan kerugian lebih RM28 juta dilaporkan sejak awal tahun lepas hingga Mac tahun ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan