Selasa, 17 Mei 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Nyawa murid jadi taruhan

Posted:

Nyawa murid jadi taruhan

Nyawa murid jadi taruhan

Oleh BASIR ABU BAKAR
basir.abubakar@kosmo.com.my


Mungkin ramai ibu bapa tidak sedar anak mereka menaiki bas sekolah yang tidak mempunyai permit. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) mendakwa kira-kira 10,000 pengusaha bas sekolah di seluruh negara kini terpaksa beroperasi secara haram berikutan tindakan pihak berkuasa menangguhkan permohonan mereka untuk mendapatkan kelulusan permit secara sah.

Setiausaha Agungnya, Md. Saad Mohamad berkata, langkah drastik Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berbuat demikian pada awal tahun ini menyukarkan pihaknya menampung permintaan bas daripada orang ramai.

"Ia juga menyebabkan van dan bas sekolah haram terus berleluasa sehingga mengabaikan keselamatan kanak-kanak sekolah," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ajal selepas sambut Hari Guru

Posted:

Ajal selepas sambut Hari Guru

Ajal selepas sambut Hari Guru

Oleh MANIRAH OTHMAN dan SAPEE MAT JUNUS
berita@kosmo.com.my


MOHD. AZLIZAN menunjukkan lokasi Mohd. Anuar dan Md. Iskandar menghembuskan nafas yang terakhir selepas cuba diselamatkan daripada lemas di Pantai Penunjuk, Kijal semalam.


KEMAMAN - Kegembiraan dua guru lelaki yang pergi mandi-manda di Pantai Penunjuk, Kijal di sini sempena cuti Hari Wesak dan sambutan Hari Guru berakhir tragedi apabila mereka ditemui lemas semalam.

Kejadian pukul 10.30 pagi itu menyebabkan Mohd. Anuar Harun, 28, dari Marang dan Md. Iskandar Arif, 26, dari Muar meninggal dunia selepas gagal diselamatkan daripada lemas ketika mandi di situ.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila salah seorang mangsa cuba membantu rakannya yang lemas sebelum kedua-duanya tenggelam di laut. Mereka ke situ tanpa ditemani guru-guru lain.

Mohd. Anuar mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Agama Islam manakala Md. Iskandar merupakan guru J-Qaf. Kedua-dua mereka bertugas di Sekolah Kebangsaan Kijal.

Sehari sebelum kejadian, Mohd. Anuar dikatakan telah menyanyikan lagu Andainya Aku Pergi Dulu dendangan Alleycats ketika menyambut Hari Guru di sekolah itu yang seolah-olah menjadi petanda ajalnya bakal tiba.

Perubahan sikap Md. Iskandar daripada seorang yang ceria kepada guru yang murung dengan hanya duduk di kerusi ketika sambutan hari berkenaan turut dikatakan petanda awal dia akan menemui ajal.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib bidas tindakan kejam Israel

Posted:

Najib bidas tindakan kejam Israel

Najib bidas tindakan kejam Israel

OXFORD - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Malaysia akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang sudah cukup lama menderita dizalimi oleh regim Israel meskipun akan menghadapi banyak halangan dan rintangan.

Melahirkan rasa dukacita terhadap insiden tembakan ke arah kapal bantuan kemanusiaan MV Finch milik Malaysia awal pagi kelmarin, Perdana Menteri berkata, ia menunjukkan kezaliman rejim Tel Aviv masih berterusan terhadap rakyat Palestin.

Beliau berkata, sepatutnya bantuan kemanusiaan yang dihantar oleh orang awam dan tidak bersenjata tidak boleh ditembak walaupun secara tembakan amaran.

"Ini menunjukkan mereka akan melakukan apa sahaja untuk terus menekan rakyat Palestin kerana mereka tidak mahu penduduk Palestin di Gaza mendapat bantuan kemanusiaan.

"Saya berasa amat dukacita dengan perbuatan yang begitu angkuh dan tidak berperikemanusiaan rejim Tel Aviv ini," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan beliau ke United Kingdom kelmarin.

Najib mengulas insiden kapal MV Finch milik Malaysia yang membawa bantuan untuk rakyat Palestin dihalang dua bot tentera Israel yang melepaskan tembakan amaran di perairan berhampiran Rafah kelmarin.

Najib berkata, Malaysia telah banyak melakukan representasi dan bersuara lantang memperjuangkan isu Palestin kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) namun ia berlalu begitu sahaja.

Sementara itu, kesemua 12 penumpang serta kru termasuk dua wartawan Malaysia yang menaiki kapal MV Finch masih menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Mesir untuk memasuki Gaza melalui jalan darat negara itu bagi menyampaikan misi bantuan kemanusiaan kepada Palestin.

Mereka masih lagi berada di perairan berhampiran Pelabuhan El-Arish di Mesir dan menunggu masa untuk menyertai misi membawa bantuan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer bagi membaiki sistem pembentungan yang musnah di Gaza.

Dalam perkembangan lain, Najib menegaskan subsidi bahan api ibarat candu kepada ekonomi Malaysia dan perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat untuk mengawal defisit bajet.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya telah memperuntukkan subsidi RM11 bilion tahun ini tetapi ia meningkat sehingga mencecah RM18 bilion ekoran harga minyak mentah antarabangsa yang begitu tinggi.

"Subsidi pada keseluruhannya seperti candu. Sekali anda ambil candu sukar untuk mengikis tabiat buruk, sekali anda memberi subsidi, sukar untuk diambilnya tanpa beberapa kos politik," kata beliau di Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford di sini semalam. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan