Jumaat, 13 Mei 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Tak cabar Islam

Posted: 12 May 2011 09:08 PM PDT

MukaDepan

Pemimpin agama Kristian hormati Perlembagaan

PUTRAJAYA: Kumpulan pemimpin Kristian semalam memberi pengakuan bahawa mereka menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan tiada hasrat mencabar peruntukan itu dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, kumpulan pemimpin itu juga memberi pengakuan untuk bekerjasama memupuk keamanan dan keharmonian terutama antara agama supaya Malaysia terus aman dan sejahtera. "Sukacita saya maklumkan bahawa pemimpin Kristian sudah memberi dua pengakuan yang sangat penting dan bermakna (hari ini)," katanya kepada pemberita selepas makan tengah hari bersama pemimpin Kristian di pejabatnya di sini, semalam.

Antara yang hadir ialah dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Idris Jala serta Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia, Biskop Ng Moon Hing.

Pada pertemuan itu juga, Najib memberi jaminan kepada kumpulan pemimpin berkenaan bahawa kerajaan memerlukan masa untuk meneliti beberapa pandangan dan permasalahan yang mereka hadapi.

"Bukanlah menjadi tujuan kedua-dua pihak sama ada kerajaan atau kumpulan pemimpin Kristian untuk mengetengahkan perkara-perkara tersebut secara terbuka sehingga ia dapat diselesaikan dengan baik.
"Apabila telah dapat diputuskan dan diselesaikan dengan baik, pada masa itulah, kita akan katakan sesuatu secara terbuka," katanya.

Ditanya apakah permasalahan itu, Perdana Menteri berkata: "Bila sudah selesai, kita akan nyatakan secara terbuka."

Perdana Menteri berkata, dialog yang sama boleh diadakan dari semasa ke semasa bersama kumpulan agama lain kerana beliau sudah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin dan cendekiawan Islam, kelmarin.

Ditanya bila dialog bersama pemimpin Kristian itu dirancang, Najib berkata, pejabatnya mengatur pertemuan itu sejak dua minggu lalu, namun hasrat beliau untuk mengadakannya lebih awal.

Ditanya reaksi kumpulan pemimpin berkenaan berhubung isu Kristian baru-baru ini, Perdana Menteri berkata kumpulan pemimpin Kristian itu tidak senang hati dengan berita berkenaan seperti disiarkan dalam akhbar.

"Mereka menerima nasihat saya supaya kita bertenang dalam hal ini dan jangan buat sesuatu yang menambah ketegangan dalam masyarakat," katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang baru-baru ini, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan,

"Sebab itu kita perlu berhati-hati dalam hal ini supaya apa juga perkara yang boleh menimbulkan kegelisahan dan ketegangan dalam negara perlu kita elakkan dan menggunakan kebijaksanaan bagi menangani dan menguruskan isu-isu itu," katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, beliau masih menunggu siasatan polis berhubung isu Kristian itu.

"Biarlah polis jalankan siasatan dulu dan bila sampai masanya, kita cari jalan sebaik-baiknya dengan penuh kebijaksanaan sebelum membuat sesuatu keputusan," katanya.

Najib berkata, secara keseluruhannya, beliau berpuas hati kerana usaha kerajaan mengadakan dialog itu dihargai pemimpin Kristian.

"Mudah-mudahan dengan pendekatan ini, kita akan dapat memperlihatkan kesungguhan kerajaan dengan pihak lain sama ada Islam, Kristian atau kumpulan agama lain untuk bekerjasama sebagai satu usaha ke arah keamanan dan kesejahteraan negara yang dihasratkan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, Moon Hing, ketika ditemui selepas itu berkata, masyarakat Kristian menghormati kedudukan agama Islam di negara ini dan tindakan menggantikannya sebagai agama rasmi adalah perbuatan yang tidak betul.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

wargaprihatin

@yoyo aku nampak sifat perjudis di situ. belajar lah utk memahami perasan orang lain yang membaca komen anda.. atau kau ni bukan warga malaysia??

Aj

yes setuju dgn Apekurap.. blog & media harus disiasat & berhati-hati dengan segala liputan terutama berkaitan agama. Jika isu ini Sensitif bagi anda dan begitu juga bagi pihak yang lain. Harus memahami konsep 1 Msia utk semua rakyat bukan hanya utk 1 bangsa sahaja. Pihak yang berkenaan harus memohon maaf & di ambil tindakan sebagai pengajaran kepada yang lain.

Apekurap

Yang pasti, mereka(pemimpin Kristian)tu ada otak, takkan nak buat perkara yang tak masuk akal kot, kalau ya pun takkan sampai bak hebah-hebohkan sampai masuk blog...kan naya namanya tu. Tapi....saya pasti, jika cerita ini sengaja diada-adakan... "Engkau telah mengatakannya," jawab Yesus. Amin.

smpi bila agama nk campur aduk dgn politik ni? n umat islam negara ni jgnla cepat melatah. umat kristian xpernah nk cabar agama islam sebagai agama rasmi (mcmana nk cabar?dh ada dlm perlembagaan)

mandahatan

sebagai rakyat malaysia, isu agama tidak harus dipolitikkan.. kepada warga "utusan" haruslah berhati-hati dalam membuat liputan berita. Yg bersalah dalam menyebarkan isu sensitif ini perlu lah bertaubat dan memohon kemaafan daripadaNya..

rahimah ishak

Besyukur kerana PM bijak menangani masalah ini dgn bijak. Ini terbukti pilihan rakyat tepat. Isue sensitif sebigini perlu kesabaran. Klu d negara jiran agaknya dah perang besar lerrrrr. Alhamdulillah harap mana2 pemimpin agama lain sedar diri dan mengkaji pelembagaan sebelum mengusulkan sesuatu isu.

iyayu

membuat tuduhan liar tanpa usul periksa jangan hanya untuk menarik perhatian umum rakyat sudah bijak menilai

AAR

Ada golongan tertentu yang tidak berapa cerdik memilih cara penyelesaian yang boleh menghuru-harakan keharmonian. Sedangkan perkara sebenar belum lagi diperhalusi. Ini tidak boleh diterima dari segi nilai agama.

apai malouda

apa lg... kena kn tindakan la kpd utusan... jgn belah sbelah

yoyo

Masalahnya ikhlas ke pengakuan mereka tu atau cuma nak elakkan isu saja. Kalau berani buat mesti kena berani tanggung


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Skim Pekerja Sambilan Harian diperkenal

Posted: 12 May 2011 12:21 PM PDT

MukaDepan

PUTRAJAYA: Kerajaan kini menggunakan kaedah tunggal untuk mendapatkan pekerja bukan tetap, iaitu melalui Skim Pekerja Sambilan Harian yang hanya menetapkan kontrak maksimum tiga bulan menggantikan Skim Pekerja Sambilan dan Pekerja Khidmat Singkat (PKS).

Langkah yang berkuat kuasa mulai 9 Mac lalu itu bagi memudahkan pengurusan, termasuk pertindihan tugas dan perbezaan kadar upah antara pekerja sambilan dan PKS.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata mengikut skim terbaru itu, tempoh perkhidmatan pekerja harian itu tidak panjang dan tugasnya berbentuk 'ad hoc' atau mengikut tempoh sesuatu projek dan pengambilannya lebih mudah serta menjimatkan. "Tempoh perkhidmatan mereka tidak melebihi tiga bulan dan boleh dilanjutkan tiga bulan lagi jika ada keperluan oleh ketua jabatan. Waktu bekerja ialah sembilan jam sehari," katanya menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 tahun 2011.

Pekeliling berkenaan dikeluarkan untuk menjelaskan dasar dan prosedur pengambilan pekerja sambilan harian bagi menggantikan pengambilan pekerja sambilan dan PKS yang diperkenalkan sejak 1970-an.

Pada masa ini, pelaksanaan tugas yang bersifat sementara dalam tempoh singkat dilakukan melalui pengambilan pekerja sambilan mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1978 – Perubahan Kadar Bayaran Gaji Sehari Bagi Pekerja-Pekerja Sambilan serta beberapa peraturan lain yang dikeluarkan selepas itu.

Selain itu, sebagai alternatif kepada pekerja sambilan, kerajaan juga memperkenalkan PKS bagi melaksanakan tugas tertentu dengan dibayar upah ikut jam atau ikut kerja mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1999 – Skim Bayaran Upah Ikut Jam atau Kerja.
Berikutan pengenalan skim Pekerja Sambilan Harian itu, semua pekeliling berkaitan pekerja sambilan dan PKS dibatalkan.

Walaupun pekerja sambilan harian itu layak dicarumkan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun mereka tidak layak dibayar kerja lebih masa, upah cuti mingguan dan cuti am, manakala tiada gaji bagi hari yang tidak hadir bekerja.

Bagaimanapun, mereka yang hanya boleh diambil dari kalangan rakyat tempatan, layak menerima elaun perjalanan, bayaran sewa hotel atau penempatan, elaun harian kerana bertugas di luar pejabat antara lapan hingga 24 jam dan elaun makan ketika bertugas di luar melebihi 24 jam.

"Pengambilan pekerja sambilan harian bukan jaminan untuk mereka diserap sebagai pegawai lantikan tetap, sebaliknya mereka yang memenuhi syarat hendaklah memohon melalui proses pengambilan biasa," katanya dalam pekeliling itu.

Bagaimanapun, pekerja sambilan dan PKS yang sedang bertugas masih boleh meneruskan perkhidmatan sehingga tamat kontrak masing-masing.

Beliau berkata, tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan berkenaan turut membabitkan semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan pihak berkuasa tempatan.

CUEPACS sebelum ini mendakwa pada masa ini ada kira-kira 45,000 kakitangan kontrak yang berkhidmat di semua agensi kerajaan dan ada yang sudah berkhidmat antara 10 hingga 20 tahun.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta JPA mengkaji semula kaedah pengambilan pekerja bukan tetap melalui skim PSH kerana ia didakwa tidak menyelesaikan masalah pekerja kontrak kerajaan pada masa ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya berpendirian kontrak seseorang pekerja bukan tetap dilaksanakan bagi tempoh antara setahun hingga lima tahun, mengikut kesesuaian jawatan, supaya memberi jaminan kepada mereka apabila berkhidmat secara kontrak dengan kerajaan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

tie

saya juga xsetuju skim ni. makin myusahkan dan membebankan rakyat. terutama mrka yg da bekeluarga. usia makin meningkt. stelah bertahun2 berkhidmat tiba2 kontrk ditamantkan. bgmana nasib ank dan isteri. kenapa tidak diserap tetap. kos melatih pekerja baru juga dapt dijimatkan.

anie_zam@yahoo.com

saya setuju dengan pendapat kalian....

aiza razak

sya merupakan bekas kakitangan sambilan..alhamdullilah semasa pekeliling baru keluar sya telah d tawarkan pekerjaan yg baru d kem. pelajaran...mmg rezeki sya semasa pergolakan sambilan berlaku....sgt kasian kpd kakitangan sambilan yg ada..kenapa kerajaan tidak blh tetapkan kakitangan sambilan yg telah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman dari membuat pengambilan luar yg xada pengalaman kerja.dah bertahun2 kami menjadi sambilan...nak kontrak kan jgn cakaplah..langsung tidak berbunyi...kasihanilah nasib kakitangan sambilan yg ada...

DjRazak Ikimfm

Saya adalah pekerja sambilan d IKIM selama 5 tahun...masaalahnya kiranya berlaku apa2 kejadian seperti kemalangan dan sebagainya...kami tidak d lindungi oleh insuran atau tiada klinik panel.....serta pelbagai kesulitan serta masalah tiada pembelaan daripada sesiapa...harap maklum

duit

Biasanya jam bekerja mula 7.30 pagi setiap hari, apa kata jika waktu bekerja boleh dibuat pilihan sendiri contohnya waktu pertama jam 7.30 pagi, waktu kedua jam 8.00 pagi, waktu ketiga jam 8.30 pagi, waktu keempat jam 9.00 dan waktu kelima jam 9.30 pagi. Waktu balik pun turut sama akan dipanjangkan hingga awal malam. Ini boleh mengelakkan kelewatan kedatangan kepejabat dan sekaligus mengelakkan kad hijau dan merah. tindakan tatatertib boleh menjejaskan prestasi pekerjaan. bagaimana nak dapat anugerah khidmat cemerlang?

aiza razak

sya merupakan bekas kakitangan sambilan..alhamdullilah semasa pekeliling baru keluar sya telah d tawarkan pekerjaan yg baru d kem. pelajaran...mmg rezeki sya semasa pergolakan sambilan berlaku....sgt kasian kpd kakitangan sambilan yg ada..kenapa kerajaan tidak blh tetapkan kakitangan sambilan yg telah lama berkhidmat dan mempunyai pengalaman dari membuat pengambilan luar yg xada pengalaman kerja.dah bertahun2 kami menjadi sambilan...nak kontrak kan jgn cakaplah..langsung tidak berbunyi...kasihanilah nasib kakitangan sambilan yg ada...

fiza

saya setuju dengan pendapat ummu dan ain..saya juga merupakan salah seorang pekerja PKS dan ini menyukarkan kerana tiada jaminan untk diserapkan tetap..bergantung gaji harian (tiada pndptn tetap)sedangkan banyak komitmen sebagai seorang anak,penyewa rumah,dan masalah bebanan ptptn..tambahan pula tiada cuti bersalin diperuntukan bagi PKS..

siti

kenapa perlu buat skim begini..apa nasib pekerja khidmat singkat yg ada skrg? kontrak akan tamat hujung tahun 2011 dan tidak akan disambung kontrak? di manakah laungan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan??? tidakkah terfikir nasib pekerja yang ditamatkan kontrak?

ain

saya sokong apa yang ummu kata sebab saya salah seorang bekas PKS. Apa salahnya serap saja pekerja PKS yang sudah lebih 5 tahun ke jawatan kerana mereka memang mempunyai pengalaman menjalankan tugas seperti penjawat awam sokong yang lain. Malahan ada kalangan daripada mereka ini lebih mahir daripada pekerja yang tetap, cuma mungkin peluang tidak menyebelahi mereka. Diharap pihak yang berkenaan dapat membuka mata dan mengambil kira semua faktor ini.

roza

9 jam sehari? panjangnya tempoh bekerja.cukuplah 8 jam sehari.mereka pun manusia biasa.

ummu huzaifah

skim pekerja PSH ini menyusahkan rakyat mendapatkan sumber pendapatan yg tetap. Upah yang diberikan rendah bahkan tidak mampu utk menampung perbelanjaan harian (cost of living). Tiada peruntukan cuti tahunan mahupun cuti sakit hanya memburukkan lagi keadaan. Skim PSH ini akhirnya akan menyebabkan pertambahan bilangan pengangguran di Malaysia serta langsung tidak membantu ke arah pemantapan ekonomi negara.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

1 ulasan:

  1. saya pun setuju sangat...memang xpatot kerajaan wat macam nie pada PSH seperti saya sekarang...

    BalasPadam