Isnin, 2 Mei 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Tiga lagi PBT baru ditubuhkan

Posted:

Tiga lagi PBT baru ditubuhkan

Tiga lagi PBT baru ditubuhkan

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my


Mohd. Khalil Yaakob menerima cenderamata selepas majlis Perasmian Sambutan Hari Perbandaran Kelapan Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka, kelmarin.


ALOR GAJAH 1 Mei - Kerajaan negeri akan menubuhkan tiga lagi pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai tambahan kepada empat yang sedia ada dalam usaha meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kepada masyarakat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, penubuhan tiga PBT itu dapat mengecilkan skop tugas dan kawasan liputan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan.

Menurutnya, tiga PBT baru yang akan ditubuhkan ialah Majlis Perbandaran Hang Jebat (MPHJ), Majlis Perbandaran Merlimau (MPM) dan Majlis Perbandaran Masjid Tanah (MPMT).

"Dalam usaha kerajaan negeri memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, kawasan-kawasan PBT akan dikecilkan dan sebahagiannya akan diberikan kepada PBT yang baru untuk ditadbir," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sambutan Hari Perbandaran Kelapan, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) di Taman Masjid Tanah Ria, Masjid Tanah di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Md. Yunos Husin dan majlis sambutan penuh warna-warni itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Pada masa ini terdapat empat PBT iaitu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan MPAG.

Mohd. Ali berkata, kerajaan negeri juga menyasarkan MPAG, MPHTJ dan MPJ akan dinaiktaraf kepada bandar raya menjelang 2021 seperti MBMB yang setaraf dengan Melbourne, Australia dan Vancouver, Kanada.

Majlis perasmian itu turut diserikan dengan persembahan konsert membabitkan enam artis terkenal tanah air terdiri daripada Jamal Abdillah, Datuk Ahmad Jais, Datuk Yusni Hamid, Faizal Tahir, Siti Nordiana dan kumpulan Sixth Sense.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Konsep khemah bantu bendung jenayah

Posted:

Konsep khemah bantu bendung jenayah

Konsep khemah bantu bendung jenayah

MELAKA 1 Mei - Polis akan mula menggunakan konsep khemah dalam memerangi jenayah di kawasan berisiko tinggi yang menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong di negeri ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, konsep khemah yang mirip kepada sebuah pondok polis bergerak berfungsi menerima sebarang aduan dan orang ramai boleh mendapatkan bantuan sekiranya berlaku kes-kes jenayah.

Menurutnya, konsep itu juga akan menempatkan empat anggota polis di mana dua daripada mereka akan menerima aduan manakala dua lagi akan melakukan rondaan.

''Konsep ini dilihat boleh membantu mengurangkan tempoh masa bertindak pihak polis terhadap aduan yang diterima dan meningkatkan keberkesanan pasukan itu untuk menangani sebarang kes jenayah yang berlaku di satu-satu kawasan," katanya pada Majlis Pelancaran Pencegahan Jenayah Berkonsepkan Khemah di sini, baru-baru ini.

Ghee Lye berkata, negeri ini merupakan yang pertama menggunakan kaedah berkenaan bagi menggantikan konsep payung yang dilihat kurang berkesan.

Selain itu, polis peronda dan trafik akan menjadikan khemah berkenaan lokasi pertemuan untuk bertukar-tukar maklumat selaras dengan peranannya sebagai mobile beat base.

"Kaedah ini akan memperlihatkan kehadiran polis yang ramai di kawasan strategik, tumpuan masyarakat dan kawasan yang kerap menjadi sasaran penjenayah," ujarnya.

Beliau yakin dengan kehadiran anggota polis di kawasan tersebut, masyarakat akan lebih selamat dan ia turut mendatangkan kegusaran kepada penjenayah.

Menurutnya, sebagai permulaan, konsep khemah ini dilaksanakan di daerah Melaka Tengah dan akan diperluaskan ke daerah lain tidak lama lagi.

Antara lokasi terlibat ialah di Dataran Pahlawan, Hang Tuah Mall, Tesco Taman Cempaka, Melaka Raya, Taman Asia Malim dan Zoo Ayer Keroh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Port Dickson lokasi tetap Pesta Air Malaysia sehingga 2013

Posted:

Port Dickson lokasi tetap Pesta Air Malaysia sehingga 2013

Port Dickson lokasi tetap Pesta Air Malaysia sehingga 2013


Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan melihat Piala 4x4 Challenge Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan selepas merasmikan Pesta Air Malaysia 2011 Port Dickson, kelmarin.


TELUK KEMANG 1 Mei - Selepas diiktiraf sebagai Bandar Pantai Peranginan Negara, Port Dickson terus dipilih menjadi lokasi tetap penganjuran sambutan Pesta Air Malaysia bermula tahun ini sehingga 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, langkah itu selari dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Port Dickson sebagai destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

''Ingin saya maklumkan bahawa Kementerian Pelancongan telah meletakkan sambutan Pesta Air Malaysia di Port Dickson dalam kalendar acara kementerian selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada 2011, 2012 dan 2013.

''Saya amat berterima kasih kerana sambutan ini dipromosikan bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa," katanya selepas majlis Perasmian Pesta Air Malaysia Port Dickson 2011, di Pantai Cahaya Negeri, di sini, semalam.

Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang turut berkenan meluangkan masa dengan rakyat jelata.

Menurut Mohammad Razi, meskipun lokasi serta tarikh penganjuran pesta tersebut telah ditetapkan kementerian, namun aktiviti pengisian sambutan perlu dipelbagaikan serta mempunyai kelainan setiap tahun.

''Ini penting bagi menarik minat lebih ramai pengunjung untuk menyertai program yang disediakan sepanjang penganjurannya.

''Tetapi yang paling menarik tahun ini dan buat julung kalinya, Tuanku berkenan untuk merasmikan pesta air ini selain turut serta memandu uji salah sebuah pacuan empat roda (4WD) di tapak demonstrasi," ujarnya.

Dalam pada itu, Mohammad Razi ketika berucap ringkas pada majlis itu turut memberitahu, kerajaan melalui kementerian telah memperuntukkan RM57.5 juta bagi pelaksanaan projek baru termasuk penyelenggaraan Port Dickson dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

''Kesemua projek tersebut telah pun siap dibangunkan dan kini menjadi lokasi tumpuan pelancong ke Port Dickson," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan