Selasa, 17 Mei 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Bertindak tegas terhadap AMK

Posted:

Bertindak tegas terhadap AMK

Bertindak tegas terhadap AMK

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my


Kelmarin, lebih 100 penyokong Anwar Ibrahim telah berkumpul dan membuat kecoh di Mahkamah Tinggi Jenayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR 17 Mei – Kerajaan digesa bertindak tegas terhadap penyokong-penyokong pembangkang khususnya Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang dilihat gemar menimbulkan kekecohan setiap kali wujud isu yang tidak memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat, 'tukang-tukang' kecoh itu seakan terlalu diberi muka sehingga seringkali berbuat demikian dalam apa jua isu termasuk sewaktu lafaz sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan sebutan kes Anwar semalam.

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris berkata, adalah jelas para penyokong Anwar yang sering membuat kecoh itu bertindak bukan untuk mencari keadilan.

"Sebagai manusia, kita tentunya mahu mencari kebenaran melalui jalan yang betul, tetapi tindakan berterusan penyokong tegar Anwar ini seumpama menghalalkan benda yang haram.

"Sepatutnya keputusan mahkamah dihormati dan tidak ditentang kerana ia berasaskan bukti dan alibi yang dikaji. Tindakan para penyokong itu secara tidak langsung menggambarkan seolah-olah orang yang disokong itu bersalah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam lebih 100 penyokong Anwar berkumpul dan membuat kecoh di pekarangan mahkamah ketika keputusan sama ada ketua pembangkang itu perlu membela diri dalam kes liwatnya didengar.

Pelbagai kata-kata kesat dihamburkan terhadap barisan kepimpinan negara sementara provokasi dilakukan terhadap wartawan dan jurugambar beberapa wakil media termasuk TV3, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Utusan Malaysia.

Kekecohan itu bukan pertama kali ditimbulkan AMK. Sebelum ini mereka turut melakukan perkara sama dalam cubaan menghalang Shazryl Eskay daripada menyempurnakan sumpah laknat pada 29 April lalu di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim turut meminta agar tindakan keras diambil terhadap para penunjuk perasaan itu.

"Mereka cuba mengganggu dan menakut-nakutkan orang awam. Saya hairan kenapa tindakan tegas tidak diambil kerana kawasan mahkamah sepatutnya mempunyai kawalan ketat.

"Kepada orang muda dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), belajarlah mematuhi undang-undang untuk menjadi pemimpin yang baik. Keadilan tidak dapat ditegakkan melalui tindakan hooligan," katanya.

Sementara itu aktivis pengguna, Datuk Nadzim Johan meminta semua pihak agar tidak menyekat proses perjalanan undang-undang bagi menentukan kebenaran.

"Mana boleh hendak semua kes berpihak kepada kita saja. Lagi pun, kes ini masih di peringkat awal di mana Anwar berpeluang membuktikan dirinya tidak bersalah dengan dipanggil membela diri.

"Tindakan para penyokongnya itu menunjukkan mereka cuba menjadi defensif. Ia hanya mewujudkan rasa tidak selesa dan bosan orang ramai terhadap kekecohan ditimbulkan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hadi kekal Presiden Pas

Posted:

Hadi kekal Presiden Pas

Hadi kekal Presiden Pas

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my


ABDUL Halim Abdul Rahman (kanan) dan Mustafa Ali pada sidang akhbar pengumuman calon yang layak bertanding Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sesi 2011-2013 di Ibu Pejabat Pas Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 17 Mei – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal menerajui parti itu sekurang-kurangnya sehingga 2013 iaitu penggal kelima buatnya apabila tidak dicabar pemimpin lain pada pemilihan bulan depan.

Saingan untuk jawatan Timbalan Presiden pula dijangka menarik pada muktamar ke-57 parti itu bermula 3 hingga 5 Jun ini apabila enam individu disahkan layak bertanding daripada lapan yang dicalonkan.

Mereka ialah penyandang, Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abd. Razak; Exco Kelantan, Datuk Husam Musa; dua Naib Presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub serta Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohamad Sabu.

Dalam pada itu, seramai 14 calon layak bertanding jawatan Naib Presiden daripada 18 yang dicadangkan termasuk seorang lagi penyandang, Datuk Mahfuz Omar.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman ketika mengumumkan perkara itu berkata, kesemua mereka perlu memaklumkan keputusan untuk bertanding kepada pihaknya sebelum 26 Mei ini sama ada melalui surat, faksimile atau khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Bagaimanapun, saya tidak jangka kesemua mereka yang layak akan bertanding," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Abdul Halim berkata, selain jawatan Presiden, kedudukan Ketua Dewan Ulama Pas kekal disandang Datuk Harun Taib apabila beliau tidak dicabar pemimpin lain.

Katanya, seramai empat calon layak bertanding jawatan Ketua Dewan Pemuda termasuk penyandang, Nasarudin Hassan dan empat orang lagi layak merebut jawatan Ketua Dewan Muslimat termasuk penyandang, Nuridah Salleh.

Dalam perkembangan berkaitan, Salahudin yang sebelum ini mengakui enggan bertanding jawatan nombor dua parti, seperti mengubah fikiran dipercayai selepas mengetahui jumlah pencalonan yang diterima agak menggalakkan.

"Saya ada sehingga 26 Mei untuk buat keputusan sama ada bertanding jawatan Timbalan Presiden atau kekal mempertahankan jawatan yang disandang (Naib Presiden)," kata Salahudin ketika dihubungi.

Tuan Ibrahim juga sebelum ini mengakui bakal membuat keputusan sama ada akan bertanding jawatan tertentu berdasarkan jumlah pencalonan yang diterima.

Kedua-dua Naib Presiden itu layak bertanding jawatan kedua tertinggi parti atau sekadar mempertahankan jawatan disandang pada pemilihan akan datang.

Daripada 180 bahagian Pas yang selesai bersidang di seluruh negara Sabtu lalu, hanya 152 bahagian yang menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen