Jumaat, 6 Mei 2011

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 11.11.11?

Posted:

Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 11.11.11?

Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 11.11.11?

KUALA LUMPUR 6 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencetuskan teka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 apabila menyatakan ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai angka 11, yang juga nombor kegemaran beliau.

Pada masa sama, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak pula menafikan atau mengiakan mengenai ramalan bahawa PRU13 berkemungkinan berlangsung pada 11 November ini (11.11.11) disebabkan banyak angka 11 begitu signifikan dengan dirinya.

Sebaliknya, Najib dalam nada bersahaja berkata, penentuan tarikh pilihan raya berdasarkan angka kegemaran, merupakan amalan yang sering digunakan dalam arena politik tanah air sebelum ini.

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tidak semestinya pada bulan 11 (November) atau boleh jadi pada 11 hari bulan. Mengenai teka-teki bila pilihan raya, saya rasa elok diteruskan teka-teki ini. Soal bertuah atau tidak angka 11, saya tidak tahu, kita tengoklah dulu.

"Soal tarikh itu (11 November 2011) memang ada kaitan dengan hidup saya tetapi sama ada pilihan raya akan berlangsung atau tidak, wallahualam," katanya selepas ke udara secara langsung bersama Krew Pagi Radio Hot FM di Sri Pentas, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, tarikh bukan persoalan utama tetapi apa yang penting, jentera BN kena buat kerja untuk meyakinkan rakyat bagi memastikan dasar, program, kepimpinan serta cara parti itu mendekati hati rakyat diterima oleh pengundi.

Ditanya sama ada BN sudah cukup bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum, beliau berkata, perkara tersebut tidak boleh diungkapkan kerana selagi semboyan belum dibunyikan, selagi itu jentera parti perlu bekerja keras bagi menawan hati rakyat.

Terdahulu, ketika ditemu bual oleh penyampai radio Hot FM yang terdiri daripada Farah Fauzana; Faizal Ismail dan Kieran, Najib berkata, kesukaannya pada nombor 11 menyebabkan ramai yang meramalkan bahawa PRU13 akan diadakan pada 11 November ini.

Katanya, pada tarikh 11 Mac 1922, ayahandanya Tun Razak Hussein lahir; 11 Jun 1933 pula tarikh lahir bondanya, Tun Rahah Noah; tarikh lahir anak pertama beliau juga pada 11 hari bulan; UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946; menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pas tidak mampu ganti UMNO - Hishammuddin

Posted:

Pas tidak mampu ganti UMNO - Hishammuddin

Pas tidak mampu ganti UMNO - Hishammuddin

PASIR PUTEH 6 Mei - Pas tidak mampu untuk menggantikan UMNO dalam memperjuangkan nasib orang Melayu dan umat Islam di negara ini kerana parti pembangkang itu sama sekali gagal mendapat sokongan rakyat pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkembangan itu juga membuktikan slogan 'Pas ganti UMNO' hanya retorik apabila ia kalah di semua kerusi ditandingi.

Katanya, pakatan yang dibina juga hanya menguntungkan DAP yang berkemungkinan besar akan menggantikan Pas.

"Jadi, gandingan antara UMNO dan parti komponen lain, persefahaman yang kita wujudkan selama ini dengan MCA, Gerakan, MIC dan parti di Sabah dan Sarawak masih lagi begitu relevan.

"Dan alternatifnya (pakatan pembangkang), merupakan satu ikatan yang rapuh, diikat atas ikatan nafsu, kerakusan, keangkuhan dan ketamakan nak merebut jawatan dan kedudukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh di sini hari ini.

Mengenai indeks kebebasan media, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan, kebebasan media tidak lagi membawa makna dalam dunia tanpa sempadan pada hari ini apabila semua maklumat yang cuba disekat boleh dihebahkan kepada umum.

Katanya, kewujudan dunia siber serta laman sosial seperti facebook dan twitter telah menyaksikan perkara-perkara yang cuba disekat di negara tertentu seperti di Asia Barat turut didedahkan kepada umum.

Justeru katanya, laporan kejatuhan indeks kebebasan media di negara ini hanya gimik politik pihak tertentu kononnya Malaysia tidak telus, tidak terbuka, tidak demokratik dan tidak inklusif dalam perkara-perkara yang dilaungkan di peringkat antarabangsa.

"Indeks sebegitu rupa tidak membawa erti dan makna kerana (dalam soal penyebaran) maklumat dan cerita, sekarang ini bila saya cakap, sudah boleh dihebahkan kepada orang ramai sama ada melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), facebook atau twitter," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan