Selasa, 17 Mei 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Dua guru lemas di pantai Kijal

Posted:

Dua guru lemas di pantai Kijal

Dua guru lemas di pantai Kijal

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI dan SAPEE MAT JUNUS
utusanterengganu@utusan.com.my


MOHD. Azlizan Othman (kiri) menunjukkan lokasi dua orang guru yang lemas di pantai Kijal, Kemaman, semalam.


KEMAMAN 17 Mei – Sehari selepas masyarakat di seluruh Malaysia menyambut Hari Guru, nasib malang menimpa dua orang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kijal dekat sini apabila mereka mati lemas ketika mandi di pantai Kijal, hari ini.

Mohd. Anuar Harun, 28, dan rakannya, Md. Iskandar Arif, 26, ditemui lemas oleh orang awam kira-kira pukul 10.45 pagi, tidak jauh dari tempat mereka mandi.

Mohd. Anuar yang berasal dari Marang merupakan guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, manakala Md. Iskandar dari Muar, Johor mengajar subjek Agama Islam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi ketika kedua-dua mereka mengunjungi pantai tersebut untuk mandi.

Beliau memberitahu, tidak lama selepas itu, seorang daripada mangsa dikatakan lemas sebelum cuba diselamatkan rakannya.

Katanya, disebabkan arus deras, kedua-dua sahabat itu tidak dapat menyelamatkan diri dan lemas.

"Beberapa orang awam yang berada di tempat kejadian cuba membantu menyelamatkan mangsa dengan menarik mereka ke tepi pantai.

"Bagaimanapun, setelah berjaya ditarik ke tepi pantai, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Mohd. Azlizan Othman, 23, berkata, dia bergegas ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang warga tua yang sedang mengutip sampah di pantai berkenaan.

"Pak cik itu beritahu, ada orang lemas di pantai, lalu saya terus ke sana untuk menghulurkan bantuan bersama beberapa orang awam lain. Bagaimanapun, setelah dibawa ke pantai, kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia," tambahnya.

Di Kampung Sungai Kerak, Marang, tempat kelahiran Allahyarham Mohd. Anuar, salah seorang jirannya memaklumkan, dia sempat bersarapan pagi dengan salah seorang kakak mangsa yang menetap di Singapura dan pulang ke kampung sejam sebelum kejadian.

Jiran perempuan itu yang enggan dikenali berkata, mangsa merupakan anak bongsu daripada enam adik beradik sangat rapat dengan kakaknya itu setelah kehilangan kedua ibu bapanya beberapa tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesara polis maut terjatuh tingkat 16 hotel elak dicekup pegawai Jawi

Posted:

Pesara polis maut terjatuh tingkat 16 hotel elak dicekup pegawai Jawi

Pesara polis maut terjatuh tingkat 16 hotel elak dicekup pegawai Jawi

KUALA LUMPUR 17 Mei - Seorang bekas pegawai polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di sini, dipercayai ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang melakukan operasi cegah maksiat awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, bekas pegawai berusia 62 tahun itu difahamkan berpangkat asisten supritendan sebelum bersara, cuba melarikan diri menerusi tingkap hotel namun terjatuh di beranda tingkat lima hotel itu.

Ketika serbuan dibuat, difahamkan lelaki itu berada di dalam bilik hotel bersama pasangannya, seorang ibu tunggal berusia lingkungan 40-an.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Polis dimaklumkan bahawa pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada ibu tunggal pasangan lelaki itu bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat bekas pegawai polis itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen