Jumaat, 13 Mei 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Penyanyi veteran Orchid Abdullah meninggal dunia

Posted: 13 May 2011 12:28 AM PDT

Gambar fail Orchid Abdullah dirakamkan pada tahun 2003. — Foto ihsan celapakit.net

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini tengah hari tadi.

Allahyarham yang terkenal dengan lagu "Penawar Rindu" ketika era 1960-an dan 1970-an meninggal dunia kira-kira 12.40 tengah hari, lapor Berita Harian Online.

Laporan media menyebut penyanyi itu menghidap ketumbuhan hormon yang tidak stabil sejak tiga tahun lalu.

Ketika aktif menyanyi, Orchid merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Penyanyi kacukan Arab dan Inggeris ini sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan Les Coasters.

Sebelum bergelar artis ternama, Allahyarham Orchid merupakan seorang pendidik dan pernah bertugas sebagai guru sementara di Sekolah Sri Mersing.

Bakat dan minat tersebut bagaimanapun tidak pernah menghalang beliau aktif dalam kerja-kerja kesenian khususunya ketika melanjutkan pelajaran di salah sebuah Maktab Perguruan di Johor.

Antara lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarham ialah Ikatan Janji (bersama M. Fadhil & Les Coasters), Penawar Rindu, Carilah Ganti, Idaman Dara, Harapan Ku Hampa, Kau Menghilang, Pesan-Ku, Harapan Bangsa,  Gerak Maju, Seruan Kasih dan Muda Mudi

Allahyarham juga pernah menerima anugerah Seniman Veteran pada Bintang Popular Berita Harian 2003.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemandu lori parah disimbah asid

Posted: 13 May 2011 12:15 AM PDT

KANGAR, 13 Mei — Seorang pemandu lori pasir cedera parah di simbah asid di rumahnya di Kampung Sentang, Utan Aji di sini awal hari ini, menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Noordin.

Beliau berkata mangsa Muhamad Hanif Sunaid @ Shuib, 24 yang disimbah asid mengakibatkan beliau cedera parah di bahagian muka dan badannya.

Mangsa disimbah asid sebaik sahaja beliau membuka pintu rumahnya apabila terdengar pintu rumahnya diketuk, katanya dipetik Bernama Online.

"Mangsa tidak mengenali suspek berikutan keadaan gelap dan ketika kejadian mangsa tinggal seorang diri," katanya ketika dihubungi.

Abdul Rahman berkata, mangsa yang dalam keadaan kesakitan meraung meminta bantuan dan jeritan mangsa didengari oleh jiran dan membawanya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk menerima rawatan namun mangsa kemudianya dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

"Kami masih tidak dapat mengesan jenis asid yang digunakan tetapi mangsa mengalami kecederaan 50 peratus," katanya.

Abdul Rahman berkata motif kejadian masih dalam siasatan namun tidak menolak kemungkin disebabkan cemburu atau dendam berikutan mangsa pernah menjalin hubungan dengan seorang gadis berusia 29 tahun tetapi hubungan mereka terputus baru-baru ini.

Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan dua suspek termasuk lelaki yang menyimbah asid itu Mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan