Sabtu, 14 Mei 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Enam pangsapuri jadi makmal dadah diserbu

Posted:

Enam pangsapuri jadi makmal dadah diserbu

Enam pangsapuri jadi makmal dadah diserbu

14/05/2011 6:49pm

GEORGE TOWN — Polis Pulau Pinang dipercayai telah menumpaskan sindiket memproses dadah yang menjadikan pangsapuri mewah sebagai makmal memproses bahan tersebut untuk pasaran tempatan.

Menurut sumber polis, dalam operasi yang dilakukan oleh pasukan Narkotik Bukit Aman dan Pulau Pinang Khamis lalu, polis telah menyerbu enam pangsapuri mewah tersebut dan merampas dadah yang dipercayai bernilai jutaan ringgit di sekitar bandar raya ini, Air Itam dan Gelugor.

Polis turut menahan 13 orang yang dipercayai ahli sindiket berkenaan termasuk empat wanita, selain menemui pelbagai peralatan untuk memproses dadah dalam serbuan kira-kira 6 petang itu.

Yang turut ditemui ialah pelbagai jenis dadah antaranya syabu, ketamin dan heroin selain sebilangan besar alat memproses dadah dan bahan mentah lainnya.

Menurut sumber tersebut, salah sebuah pangsapuri itu bertaraf "Penthouse" yang dipercayai disewa oleh sindiket terbabit.

"Malah, mereka turut menyewa dua lagi unit pangsapuri di lokasi yang sama sebagai tempat menyimpan stok dan juga untuk ahli sindiket terbabit berehat," katanya di sini hari ini.

Difahamkan, serbuan itu yang terbesar dilakukan setakat ini tahun ini dengan membabitkan lebih 50 anggota serta pegawai dari Jabatan Narkotik Bukit Aman, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan serbuan berkenaan dan berkata satu sidang media mengenainya akan diadakan tidak lama lagi. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siasat pemaju, bank - Pembeli pangsapuri

Posted:

Siasat pemaju, bank - Pembeli pangsapuri

Siasat pemaju, bank - Pembeli pangsapuri

14/05/2011 6:39pm

PELABUHAN KLANG — Kira-kira 1,400 pembeli rumah di lima projek pembinaan pangsapuri di Pulau Indah di sini meminta pihak berkuasa supaya menyiasat kemungkinan pihak bank bersekongkol dengan pemaju perumahan untuk menipu pembeli dalam urusan penjualan unit kediaman berkenaan.

Pengerusi jawatankuasa pembeli pangsapuri Indah Heights, Yamin Heights dan Mutiara Heights, Wan Zamzahidi Wan Zahid berkata, ada pembeli mendakwa pihak bank meluluskan bayaran penuh kepada pemaju tanpa mengikut perkembangan kerja-kerja pembinaan pangsapuri itu, yang terbengkalai sehingga hari ini walaupun mengikut jadual asal ia sepatutnya siap pada 2003.

Katanya, beliau mendapat tahu bahawa ada pembeli unit kediaman di projek pangsapuri Bahtera, Yamin Tower, Indah Heights, Yamin Heights dan Mutiara Heights itu berhadapan dengan risiko diisytihar muflis kerana menanggung pinjaman bank, sedangkan kediaman mereka yang dibeli pada 1999 dengan harga antara RM45,000 hingga RM120,000 masih belum disiapkan.

Beliau berkata, pemaju tidak sepatutnya melaksanakan pembinaan projek itu sedangkan tapak tanah yang dibangunkan itu berstatus pertanian yang tidak pernah ditukar kepada status kediaman.

"Semakan juga mendapati pemaju tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk membina bangunan di atas tanah itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Caruman KWSP Melaka 2010 RM360j

Posted:

Caruman KWSP Melaka 2010 RM360j

Caruman KWSP Melaka 2010 RM360j

14/05/2011 6:36pm

MELAKA — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Melaka berjaya mengutip sebanyak RM360 juta caruman pekerja dan majikan di negeri ini pada tahun lepas.

Pengurus KWSP Melaka, Mohd. Nohan Salim berkata setakat ini, bilangan majikan berdaftar di Melaka adalah sebanyak 14,689 orang.

"Bilangan majikan yang gagal mencarum adalah sebanyak 134 majikan," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada program Hari Bertemu Pelanggan KWSP Melaka di sini, hari ini.

Mohd. Nohan berkata, jumlah kehadiran pelanggan ke KWSP Melaka dari Januari hingga April tahun ini adalah seramai 59,406 orang.

"Pelanggan yang melakukan transaksi di kaunter dari Januari hingga April tahun ini ialah sebanyak 78,265 orang iaitu purata sebulan sebanyak 19,566 orang," katanya. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan