Isnin, 2 Mei 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


3 tip Adi Putra pintar Matematik

Posted: 01 May 2011 12:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Untuk menjadi seorang yang mahir dan pintar dalam Matematik Islam, tiga tip perlu diamalkan iaitu jangan pegang mesin kira setiap kali hendak mengira, kurangkan mengguna SMS dan kurangkan bermain alat permainan video," kata Adi Putra Abdul Ghani, 12, kanak-kanak cilik Matematik Islam.

Dia yang memberikan tip berkenaan pada majlis pelancaran buku sulungnya, Seni Matematik Islam di sini, semalam, berkata petua berkenaan perlu diamalkan kerana banyak sebab dapat dilihat berlaku daripada menggunakan perkara di atas.


"Menggunakan mesin kira sama seperti seseorang itu memalaskan otak untuk berfikir dan mengharapkan jawapan yang dikira terus tertera.

"Dengan mengurangkan penggunaan SMS pula, ia mengekalkan penggunaan bahasa Melayu yang dilihat semakin terjejas ekoran sikap masyarakat kini yang gemar menggunakan bahasa singkatan setiap kali menaip mesej di telefon bimbit.


"Penggunaan alat permainan atau 'video game' juga boleh melalaikan jika dibiarkan menjadi hobi sehingga ada yang terleka tanpa perlu melakukan apa-apa termasuk bersolat," katanya. Hadir sama pada majlis berkenaan, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merangkap Mentor Adi Putra, Profesor Madya Dr Pakharuddin Mohd Samin, pelakon veteran, Senator Tan Sri Jins Shamsuddin dan penyampai radio, Halim Othman.


Adi Putra yang turut mendapat gelaran Profesor Cilik Matematik Islam dari Universiti Riau, Indonesia, berkata walaupun permainan video alat interaktif yang mampu menjana minda, tetapi untuk jangka masa panjang ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Buku setebal 200 muka surat yang diilhamkan Adi Putra dalam menghasilkan Matematik Islam sejak dia berusia enam tahun itu dikumpulkan hasil daripada 12 formulanya mendalami pelajaran Matematik.


Dijual pada harga RM40.20 senaskhah, buku yang sudah dua minggu berada di pasaran itu terjual lebih 3,000 naskhah sejak ia dipasarkan.

Masa sebulan diambil untuk menyiapkan buku berkenaan dan Adi Putra menyasarkan menerbitkan buku itu dalam lima bahasa iaitu Inggeris, Mandarin, Arab, Jerman dan Perancis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kekasih merajuk mati terjun kondo

Posted: 01 May 2011 12:10 PM PDT

KUALA LUMPUR: Gara-gara merajuk dengan teman lelaki berusia lewat 30-an, seorang wanita maut selepas terjun dari tingkat lima sebuah kondominium di Sentul, di sini, kelmarin.

Difahamkan, mangsa berusia 28 tahun itu merajuk dengan teman lelakinya kerana lewat pulang ke rumah hingga terlepas sambutan ulang tahun percintaan mereka yang dirancang sejak beberapa bulan lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa yang parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Selayang (HS), di sini, untuk rawatan kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi semalam di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, berkata ketika kejadian, teman lelaki mangsa berada kurang 30 meter dari balkoni tempat mangsa terjun.


"Teman lelaki mangsa mendakwa berada di kaki lima depan pintu utama rumah mereka, malah lelaki itu mendakwa cuba menghalang mangsa daripada terjun. Namun, disebabkan kejadian berlaku terlalu pantas, dia gagal menghalang mangsa daripada berbuat demikian," katanya.


Menurutnya, mangsa dilaporkan terjatuh atas bumbung sebuah Perodua Kancil milik penghuni lain di tempat letak kereta kondominium berkenaan.

"Tersentak dengan perbuatan itu, lelaki terbabit bergegas turun sebelum mendapati teman wanitanya itu masih bernyawa. Dia segera menghubungi hospital dan polis memaklumkan kejadian berkenaan.


"Ambulans tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian sebelum mangsa dikejarkan ke HS.

"Mangsa yang parah di kepala dan badan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi semalam," katanya.


Katanya, setakat ini, kes terbabit diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen