Selasa, 17 Mei 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Warga Singapura dipercayai bekal alatan kejuruteraan untuk kumpulan militan

Posted: 17 May 2011 02:48 AM PDT

Mutakhir

JOHOR BAHARU: Ahli perniagaan Singapura, Abdul Majid Kunji Mohamad yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dipercayai membekalkan peralatan kejuruteraan dwi-kegunaan kepada kumpulan militan di selatan Filipina.

Menurut sumber perisikan serantau, bekalan peralatan kejuruteraan itu adalah untuk kegunaan kilang membuat senjata yang dimiliki oleh kumpulan terbabit di kawasan yang dikuasainya di selatan republik berkenaan.

"Beliau (Abdul Majid) dipercayai diminta untuk membekalkan peralatan kejuruteraan dwi-kegunaan kegunaan kilang senjata milik kumpulan itu, yang berkeupayaan membuat pelbagai jenis senjata termasuk "rocket propelled grenade" (RPG)," katanya kepada Bernama hari ini. Katanya, bagi membolehkan kilang terbabit mengeluarkan senjata, ia memerlukan peralatan kejuruteraan yang moden dan berkualiti yang hanya boleh didapati di Malaysia dan Singapura.

Beliau berkata, walaupun Abdul Majid yang kini menetap di Kuala Lumpur memiliki fahaman mengenai Islam yang radikal, tetapi beliau dipercayai bukan merupakan anggota mana-mana kumpulan militan.

Katanya, ahli perniagaan Singapura itu berkemungkinan akan diserahkan kepada pihak berkuasa Singapura selepas tempoh 60 hari penahanannya mengikut ISA oleh polis Malaysia itu tamat.

Pada 9 Mei lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan, berkata Abdul Majid ditahan kerana disyaki terlibat menyalurkan dana dan memberi bantuan logistik kepada kumpulan militan di selatan Filipina.
"Abdul Majid ditahan atas sebab-sebab penglibatannya dipercayai boleh memudaratkan keselamatan negara," katanya dalam satu kenyataan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, penahanan ahli perniagaan Singapura itu menurut ISA adalah kerana kaitannya dengan sebuah kumpulan militan di selatan Filipina.

Laporan sebuah akhbar Singapura pula mendakwa Abdul Majid, 60, pernah menjadi ahli lembaga pengarah Angkatan Karyawan Islam (AMP) republik terbabit selama setahun pada awal 1990-an.

Akhbar terbabit turut difahamkan Abdul Majid berkelulusan sarjana dalam bidang kejuruteraan daripada sebuah universiti di Britain dan pernah bertugas sebagai pensyarah di salah sebuah politeknik republik itu.

Sementara itu, sumber perisikan serantau itu juga berkata, selepas perkenalannya dengan pemimpin kumpulan itu, Abdul Majid pernah menyumbangkan SGD$8,000 (RM
19,382) untuk pembinaan sebuah masjid di selatan Filipina itu.

"Abdul Majid bersimpati dengan perjuangan kumpulan militan selatan Filipina," katanya. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bantuan akan diteruskan walaupun kapal MV Finch diserang

Posted: 17 May 2011 02:41 AM PDT

Mutakhir

JITRA: Misi menghantar bantuan kemanusiaan yang ditaja Malaysia ke Gaza akan diteruskan walaupun kapal MV Finch yang dinaiki 12 kru dan penumpang termasuk tujuh rakyat Malaysia diserang oleh tentera Israel selepas berjaya menembusi perairan Gaza awal pagi semalam.

Penasihat Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF), Datuk Mukhriz Mahathir berkata, bantuan itu akan diteruskan kerana bantuan yang dihantar adalah barangan keperluan asas yang amat diperlukan oleh kira-kira 1.5 juta rakyat Palestin yang menghuni Gaza.

"Kita akan menggunakan jalan darat iaitu merentasi sempadan Mesir-Gaza di Rafah," katanya kepada pemberita selepas majlis dialog bersama pesawah dalam kawaswan Parlimen Jerlun dekat sini hari ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata jika boleh, barang-barang itu memang hendak dihantar melalui jalan laut kerana mana-mana negara pun yang ada pesisir pantai ada hak untuk menggunakan saluran itu untuk berdagang dengan semua pihak.

"Kapal MV Finch adalah kapal pertama yang dalam jangka masa bertahun-tahun berjaya menembusi sekatan perairan melalui Mesir tetapi selepas hampir dengan persisiran Gaza mereka bukan hanya disekat tetapi ditembak menggunakan senjata yang agak besar, yang saya difahamkan senjata itu berukuran 50 milimeter," katanya.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, selepas ini jika ada peluang lain kemungkinan pihaknya akan menggunakan jalan laut dan akan cuba menembusi sekatan itu sekali lagi.

"Tindakan yang diambil oleh tentera Israel adalah tindakan yang mencabuli undang-undang dunia. Ia satu tindakan kejam yang harus dikecam semua pihak," katanya.
Katanya, semua pihak tidak boleh menerima tindakan yang diambil oleh Israel itu kerana apa yang mereka lakukan itu melanggar undang-undang iaitu dengan membuat sekatan ekonomi ke atas rakyat Palestim di Gaza.

"Tindakan mereka (Israel) dikecam sekeras-kerasnya dan kami di Yayasan Keamanan Global Perdana ingin menonjolkan ketidakadilan yang berlaku oleh pihak Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza yang telah lama menderita terhadap sekatan yang dibuat oleh Israel," katanya.

Kapal MV Finch yang membawa bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza dihalang oleh dua bot tentera laut Israel yang melepaskan tembakan di perairan berhampiran Rafah awal pagi semalam.

Kesemua yang berada di atas kapal itu bagaimanapun terselamat. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan