Khamis, 4 Ogos 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Sarbani tak dibunuh atau bunuh diri, diklasifikasikan mati mengejut

Posted: 04 Aug 2011 02:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah hari ini diberitahu bahawa kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, tiada unsur dibunuh atau membunuh diri sebaliknya diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

ASP Zuhairi Mohamed, pegawai penyiasat kes Ahmad Sarbaini berkata, beliau percaya punca kematian Ahmad Sarbaini disebabkan beliau terjatuh dari tempat tinggi.

Katanya, kesimpulan itu dibuat berdasarkan keterangan 57 saksi, termasuk pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, kastam, pakar patologi, pegawai forensik, ahli kimia, anggota polis, anggota keluarga dan rakan allahyarham.

Zuhairi, 46, yang bertugas di Bahagian Siasatan Perundangan dari Ibu pejabat Polis Daerah Cheras menyatakan demikian pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd Abbas.


Zuhairi berkata sampel cat yang ditemui pada seluar mangsa juga berpadanan dengan dinding tingkap di bilik pantri, aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, yang dipercayai mangsa terjatuh.


"Ada sebab dan akibat kenapa mangsa (Ahmad Sarbaini) keluar dari tingkap bilik pantri berkenaan, tetapi sehingga ke hari ini saya tidak mendapat jawapan dan tiada keterangan daripada mana-mana saksi yang nampak mangsa berbuat demikian," katanya. -Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Denda Rm5,000 dan penjara jika eksploitasi kanak-kanak kutip dana

Posted: 04 Aug 2011 01:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bekerjasama dengan polis bagi menangani isu kanak-kanak yang dieksploitasi untuk mengutip dana di tempat awam menerusi Akta Kanak-Kanak 2001, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata Seksyen 32 akta tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali kepada
mereka yang mengeksploitasi kanak-kanak untuk mendapatkan dana.


Katanya ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang diselamatkan itu pula boleh dikenakan bon oleh mahkamah menurut Seksyen 30 akta yang sama bagi memastikan mereka tidak mengabaikan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak terbabit.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memaklumkan kepada polis jika terdapat kes sedemikian dan tindakan akan diambil ke atas pihak yang mengeksploitasi kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Wakil Khas Amerika Syarikat untuk Masyarakat Islam Farah Anwar Pandith di kementeriannya di sini, hari ini.

Shahrizat berkata satu perbincangan antara agensi telah diadakan pada Selasa
lepas yang bersetuju mengadakan operasi bersepadu untuk pihak JKM menyelamatkan
kanak-kanak terbabit manakala polis pula menahan, menyiasat dan mendakwa pihak
yang mengeksplotasi kanak-kanak. -Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan