Harian Metro: Setempat |
Karnival bola jaring mampu menyerlah Posted: 06 Jun 2011 12:13 PM PDT PENGERUSI teknikal, Karnival Bola Jaring Harian Metro, Haniza Hassan yakin, karnival anjuran akhbar nombor satu negara itu mampu mengorak langkah lebih jauh dalam penganjuran sukan itu. Pendapat itu dilontar ketika mengendalikan pertandingan yang berlangsung di Kuantan, Pahang apabila berjaya menarik penyertaan 16 pasukan dari seluruh negara biarpun dalam waktu yang singkat.
"Saya yakin jika tempoh penyertaan iaitu menghantar borang dipanjangkan dan pertandingan ini diuar-uarkan lebih awal, pasti lebih banyak sambutan akan diterima.
Justeru, jika karnival ini dapat diperluaskan lagi, pastinya memberi peluang kepada banyak bakat baru diketengahkan ke peringkat lebih tinggi seperti peringkat kebangsaan.
Pasukan yang menduduki empat tempat teratas dalam saingan di Kuantan tidak lagi dibenarkan beraksi apabila karnival ini beralih ke Melaka pada saingan Zon Tengah 2 Karnival Futsal Harian Metro pada 2-3 Julai ini untuk memberi peluang kepada pasukan baru. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Mati tercampak kereta dipandu rakan terbabas Posted: 06 Jun 2011 12:11 PM PDT HULU SELANGOR: Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas tercampak kira-kira 25 meter dari kenderaan dinaiki selepas terbabit kemalangan di Kilometer 404.7, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, dekat Lembah Beringin, di sini, semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 8.10 pagi apabila mangsa, Keshor Kumar, 30-an yang menaiki Proton Wira Aeroback dipandu rakannya dalam perjalanan pulang bercuti dari Pulau Pinang ke Subang terbabas lalu merempuh penghadang jalan.
Sementara mayat mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat.
"Bagaimanapun, tidak ada kecederaan dialami pemandu dua kenderaan itu. Ketika kejadian cuaca cerah.
Beliau berkata, mangsa dan dua rakan lain pekerja di sebuah syarikat pembinaan di ibu negara.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan