Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 06 Jun 2011 12:40 PM PDT MEWAH...bangunan markas pengikut Ustaz Harun. KUALA LUMPUR: Bukan hanya mengaku dirinya jelmaan Imam Mahdi dan berkuasa mengalih posisi bulan, bintang dan matahari, malah Ustaz Harun tanpa segan silu beraksi 'panas' ketika menyampaikan ucapan atau syarahan kepada pengikutnya. Perbuatan itu mencurigakan beberapa pengikut, tetapi peliknya kebanyakan mereka seolah-olah boleh menerima dakwaan dan perbuatan lelaki terbabit. Ustaz Harun atau Harun Mat Saat, 45, paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) bersama lima individu lain kerana dipercayai terbabit kes penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram membabitkan penyelewengan bernilai ratusan juta ringgit. Setakat ini, asetnya bernilai RM200 juta dibekukan BNM. Bekas pengikut, Kalam Abdullah, 30, berkata semua ucapan yang didakwa lelaki itu sebagai syarahan agama mempunyai isi kandungan cerita lucah dan seks. "Dia tanpa segan silu menyebut perkataan tidak senonoh dan beraksi 'panas' di depan kami walhal kelas itu dihadiri wanita dan topik yang dibincangkan tidak relevan dengan hal agama. "Lebih menghairankan, sepanjang menjadi pengikutnya saya tak pernah melihat dia menunaikan solat dan sering menolak ajakan kami dengan pelbagai alasan," katanya. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
‘Arwah ayah rindu tatap wajah cucu’ Posted: 06 Jun 2011 12:37 PM PDT PONTIAN: "Minggu lalu ayah telefon dan suruh kami sekeluarga balik kampung kerana dia rindu dan mahu menatap wajah cucunya. "Itulah kali terakhir saya mendengar suaranya sebelum mendapat khabar dia meninggal dunia dalam kemalangan di Kota Tinggi, petang semalam (kelmarin)," kata Muhamad Tab Zainuri, 29, anak angkat Allahyarham Zaimudin Yasir, 67, dan isterinya, Rokiah Kamiran, 58.
MPV berkenaan dipandu menantu mereka, Fauzi Ibrahim, 45, membawa lima lagi penumpang iaitu isterinya, Zubaidah Zaimudin, 36, dan empat anak mereka iaitu Muhammad Afik,10; Muhammad Zahin, 9; Hanizah, 6, dan Muhammad Sakimi, 3.
Muhamad Tab berkata, dia sekeluarga masih terkejut dan sedih dengan kehilangan arwah serta anak saudara mereka.
"Namun sayangnya, hasrat mereka tidak kesampaian dan kejadian ini sungguh mengejutkan kami sekeluarga," katanya kali terakhir bertemu ibu bapanya ketika menziarah mereka di Parit Sikom, dua minggu lalu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan