Ahad, 5 Jun 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Kesesakan KIK Johor Bahru ditangani segera: Hishammuddin

Posted: 05 Jun 2011 01:12 AM PDT

Mutakhir

MARAN: Kesesakan yang berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di Johor Bahru berikutan masalah sistem pengimbasan cap jari biometrik hanya bersifat sementara dan akan ditangani dengan segera.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata sistem yang baru diperkenalkan pada 1 Jun lalu itu mengambil sedikit masa untuk diperkemaskan.

"Saya boleh memberi jaminan kita akan buat apa saja dalam kemampuan kita untuk memastikan ia tidak berulang," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Maran di sini, hari ini. Katanya, beliau mendapat laporan harian mengenai situasi di KIK dan setiap masalah yang timbul pada masa ini masih mampu untuk ditangani.

Beliau menegaskan penggunaan sistem berkenaan penting dalam memperketatkan urusan keluar masuk rakyat ke negara ini bagi menjamin keselamatan negara.

"Sistem biometrik cukup penting bagi kita, saya pantau dan berkongsi makumat dengan beberapa negara antarabangsa dan semua menyatakan dunia tanpa sempadan hari ini membawa ancaman tersendiri.

"Isu penyeludupan dadah, keganasan serta penyeludupan dan pemerdagangan manusia, jadi sistem keluar masuk negara mesti kita ketatkan," kata Hishammuddin.
Menurut laporan akhbar, dalam kesesakan di KIK semalam, pelancong terpaksa menunggu sekurang-kurangnya 90 minit untuk memperoleh pelepasan imigresen akibat masalah sistem berkenaan. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

5 kawasan di Melaka diwartakan zon bebas asap rokok

Posted: 05 Jun 2011 12:49 AM PDT

Mutakhir

MELAKA: Lima kawasan seluas 338 hektar di Melaka diisytiharkan sebagai zon bebas asap rokok mulai 15 Jun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, kawasan tersebut ialah bandar warisan dunia Melaka, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), pusat bandar Alor Gajah dan pusat bandar Jasin.

"Sesiapa yang didapati menghisap rokok di zon bebas asap rokok itu boleh dikenakan kompaun yang lazimnya sebanyak RM300 walaupun kompaun maksimum RM5,000," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Bandar Hilir di sini, hari ini. Bagaimanapun, Liow berkata, premis atau kawasan milik individu yang terdapat dalam lima kawasan tersebut dikecualikan daripada larangan tersebut.

Beliau berkata, Melaka adalah negeri pertama yang mewartakan kawasan yang luas sebagai zon bebas asap rokok yang menunjukkan kerajaan Melaka dan Kementerian Kesihatan adalah serius dalam melindungi orang ramai terutama wanita dan kanak-kanak daripada terdedah kepada asap rokok yang memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mewartakan 21 tempat yang dilarang merokok seperti hospital, dalam kenderaan awam, institusi pendidikan, kompleks beli belah dan stadium, katanya.

Beliau berkata, tahun ini, kementeriannya melancarkan "perang" terhadap penyakit yang tidak berjangkit seperti diabetes, serangan jantung dan pelbagai jenis kanser, dimana tabiat merokok adalah faktor penting menyumbang kepada penyakit tersebut.
Katanya, pelaksanaan zon bebas asap rokok itu diharap dapat menarik lebih ramai pelancong ke Melaka yang inginkan udara yang segar tanpa asap rokok.

Mengulas nilai kompaun terhadap kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, Liow berkata, antara Januari dan April tahun ini, nilai kompaun yang dikeluarkan ialah hampir RM1 juta dan daripada jumlah itu, sebanyak RM756,988 telah dibayar. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan