Ahad, 5 Jun 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Ulama tewas

Posted: 04 Jun 2011 03:03 PM PDT

MukaDepan

  
  • Foto

    MENANG... Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tengah) meraikan kemenangan bersama barisan pimpinan baru pemilihan Ahli Jawatankusa Kerja PAS Pusat Penggal 2011-2013 (dari kiri) Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta dua Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Datuk Husam Musa sempena majlis Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Taman Melewar, Gombak, semalam. - Foto Sairien Nafis

  • Foto

    TIMBALAN Presiden PAS yang baru dilantik, Mohamad Sabu keluar di luar dewan, turut kelihatan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang membonceng motosikal pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-57 di Taman Melewar, semalam. - Foto Sairien Nafis

Mat Sabu, puak Erdogan sapu bersih pemilihan PAS

KUALA LUMPUR: Golongan bukan ulama menguasai kepemimpinan PAS Pusat apabila golongan terbabit menyapu bersih jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden serta lebih separuh daripada 18 Ahli Jawatankuasa Pusat (AJK) dalam pemilihan sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Taman Melewar di sini.

Pemimpin akar umbi PAS, Mohamad Sabu tanpa diduga memenangi jawatan nombor dua dalam parti dengan merampas jawatan Timbalan Presiden daripada penyandang dua penggalnya, Nasharuddin Mat Isa. Mohamad yang juga Anggota Jawatankuasa PAS Pusat dan lebih dikenali sebagai Mat Sabu memperoleh 420 undi menewaskan dua calon ulama iaitu Nasharudin yang memperoleh 224 dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 399 undi.

Jawatan Naib Presiden juga dikuasai bukan ulama apabila Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar diisytiharkan menang pada pertandingan enam penjuru.

Ini sekali gus memberi gambaran kepemimpinan Jawatankuasa PAS Pusat 2011-2013 menyaksikan penguasaan besar golongan berfikiran agak liberal dan dilihat pro pembangkang yang diberi jolokan kumpulan Erdogan.

Ini membawa mesej kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Hadi Awang untuk jawatan Presiden bagi penggal kelima tidak membayangkan golongan ulama dengan mudah dapat menguasai kepemimpinan ketika parti itu bersiap sedia berdepan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang berkemungkinan diadakan tidak lama lagi.
Pemilihan yang mencetuskan tsunami kepemimpinan PAS itu dilihat memecah tradisi apabila Mat Sabu menjadi pemimpin bukan ulama pertama menduduki jawatan nombor dua parti selepas 20 tahun jawatan itu diduduki golongan ulama.

Kekalahan Nasharudin dikaitkan dengan perpecahan undi golongan ulama antara Tuan Ibrahim yang difahamkan mendapat sokongan pucuk pimpinan dalam usaha mengekang kemaraan bukan ulama menduduki jawatan nombor dua parti.

Dua penyandang jawatan Naib Presiden iaitu Salahudin, dikelompokkan dalam kumpulan profesional mendapat undi terbanyak dan Mah-fuz, digembar-gemburkan pro-Erdogan. Pengaruh Erdogan juga dapat dilihat apabila Husam memperoleh undi kedua terbanyak.

Keputusan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abd Rahman jam 10.20 pagi semalam.

Kejutan yang membayangkan kehendak akar umbi, diterjemahkan menerusi undi perwakilan juga dapat dilihat menerusi keputusan barisan AJK PAS Pusat apabila mereka yang memperoleh undi paling banyak terdiri daripada kumpulan Erdogan dan penyokongnya.

Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang dikatakan penyokong kuat Mat Sabu serta mendapat sokongan kuat kumpulan Erdogan memberikan kejutan apabila memperoleh undian terbanyak (804) daripada 1,036 undi sah.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

azhar UMNO

Tahniah utk PAS

hamPAS

hidup mohamad sabu.. lepas ni Tok Guru Nik Aziz tidur tak lena..

murshidi nawi

ulama adalah pewaris nabi.....kepimpinan mestilah di terajuioleh ulama....menentukan arah tuju parti mengikut landasan islam....perjuangan parti pula adalah perjuangan menegakkan islam di mukabumi ALLAH..

armBEBAS

ULAMA....
Ulama ialah seorang pemuka atau pemimpin agama yang bertugas untuk membimbing dan memandu umat Islam baik dalam masalah-masalah agama mahupun masalah sehari-hari yang diperlukan baik dari sisi keagamaan ataupun sosial kemasyarakatan.
Ulama berasal dari perkataan alim yang bermaksud seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan terutama tentang hal ehwal agama dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Seorang yang alim juga dilihat dari sudut pakaian dan kehidupan luarannya. Seorang ustaz atau tok guru selalu dilabel sebagai alim kerana mereka memiliki ilmu ukhrawi berbanding ilmu duniawi. Mufti, qadi, faqih dan muhaddith adalah contoh ulama.

hasmanwahab

semoga islam dapat ditingkatkan...

mohd subri bin loman

untuk menjana kemenangan itu perlu kepada proses disiplin ilmu yang tinggi melampaui atau setaraf dg khalifah umar abd aziz.

wae

harap pimpinan baru PAS akan lebih mematangkan halatuju politik tanah air

mujahid

Nabi dh tiada..hanya ulama ulama saja yang ada untuk terus menengak syiar islam dan memimpin kita

saharudin mohd hassim

pas tetap dihati

shahrir

Pas tetap dipimpin oleh ulama. Diterajui oleh Majlis Syura dan Dewan Ulama, Presiden seorang ulama dan barisan kepimpinan baru yang merupakan aktivis dan anak didik ulama. Barisan baru ini amat agresif dan Umno BN tentu tak lena tidur. Barisan baru ini bukan pro Anwar malah Timbalan Presiden dan Naib Presiden adalah golongan yang kuat menentang Anwar semasa dalam Umno.

Pas dan Pakatan Rakyat sedang menuju perpaduan seluruh rakyat di bawah satu negara iaitu Negara Kebajikan yang dituntut al-Quran "Baldatun Tayyib...."

zul TTDI

Hebat...Hebat... Semuanya melayu juga...Apa nak takutkan....Tak kan Melayu Hilang di Dunia...

pengerang

MANUSIA NI PELBAGAI jenis watak ada.
tak kisah la sape yg menang, yang penting bersih daripada RASUAH, PENTINGKAN KRONI, SALAH GUNA KUASA, PENIPU, GUNA DUIT RAKYAT, DSB...!!

arah

Yangretibase

Tak perlu tafsiran baru kerana ade ayat Quran dan hadith yg sangatjelas
Allah SWT Berfirman : "Aku akan meninggikan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu". Nabi SAW bersabda : "Ulama adalah pewaris-pewaris Rasulullah SAW"

proaktif

x perlu dicanang @ dipertikai siapa yang menang @ kalah. Yang penting, pandangan ulamak sentiasa diutamakan dalam segala hal untuk memastikan kepimpinan dan pemerintahan dalam landasan yang benar. wallahuaklam

ta

Tahniah kepada yg menang.
Apa pun yg diulas...yang penting mereka perlu bekerja untuk kemaslahatan dan perpaduan ummah

makmum

ulama adalah individu-individu terpilih yang menguasai ilmu Allah Taala dengan mendalam dan memiliki akhlak terpuji. betul ke tak tafsiran ulama ini?

damaiselalu

Siapa yg bagi gelaran kumpulan Erdogan ni?

fewitt

sokong sangat dengan komen2 di bwh !

mazlin khairen bt othman

apa yg kita perhatikan di sini mereka yg menyertai pembangkang bukanlah untuk kepentingan kepentingan rakyat tapi sebaliknya adalah untuk kepentingan diri sendiri. ini mungkin disebabkan mereka tidak dapat meletakkan diri di dalam parti BN dan sanggup meletakkan diri di dalam parti pembangkang yg kononnya berteraskan perjuangan agama sebagai alasan untuk mencapai hajat mereka untuk kepentingan diri sendiri

Yangretibase

Siapa sebenarnya ulama? Mari kita berikan tafsiran baru yang lebih tepat untuk mencirikan siapa ulama sebenarnya.
Saya berpendapat semua pemimpin PAS merupakan ulama.

aar

ulama masih lagi di mana-mana dalam pas. mereka masih berpengaruh, malah berpengaruh kuat. profesional hanya menambahkan kepelbagaian dan kekuatan. pandangan dalam pas adalah pandangan ulama. "Sesungguhnya yang takut kepada Allah Taala di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama." (Faathir:28).


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan