Rabu, 18 Mei 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Keramat Mall terus sepi

Posted:

Keramat Mall terus sepi

Keramat Mall terus sepi

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my


WALAUPUN banyak kemudahan disediakan tetapi peniaga masih tidak yakin untuk memulakan perniagaan di Keramat Mall menyebabkan terdapat kemudahan yang mulai rosak dan kawasan sekitar mulai kotor.


KUALA LUMPUR 18 Mei - Kegagalan 74 peniaga Pasar Datuk Keramat mematuhi notis berpindah ke Keramat Mall yang tamat pada 15 dan 18 Mei lalu membuktikan bahawa kemelut kompleks baru pasar berkenaan masih belum berakhir.

Dakwaan pintu utama ditutup dan peniaga tidak dibenarkan memunggah barang sebenarnya hanya alasan kecil, sebaliknya ada sebab lain yang lebih 'besar' yang membuat mereka berat hati untuk berpindah.

Utusan Malaysia difahamkan, kebimbangan peniaga terhadap sambutan orang ramai terhadap perniagaan mereka apabila berpindah ke tempat baru itu terus menghantui peniaga.

Disebabkan itu juga, peniaga mahu mengadakan satu lagi perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya beberapa permohonan mereka dapat dipertimbangkan.

Antaranya, memberi tempoh sehingga Jun ini bagi mereka menyelesaikan urusan berpindah ke tempat baru, meminta agar DBKL membenarkan mereka terus berniaga di pasar lama sehingga selepas hari raya nanti dan meminta premis berhampiran Keramat Mall turut dikosongkan.

Tinjauan Utusan Malaysia di Keramat Mall mendapati, ruang niaga yang sepatutnya dipenuhi 74 peniaga termasuk sembilan pemilik tanah lot di kawasan berhampiran sehingga ke hari ini terus kosong dan sepi.

Semasa tinjauan, tiada seorang pun peniaga yang berada di lot kedai mereka sama ada melakukan kerja-kerja pengubahsuaian atau pemunggahan barang-barang.

Menurut seorang pengawal keselamatan di situ, sejak 1 Mei lalu, telah ada beberapa peniaga datang dan melakukan kerja-kerja pengubahsuaian di kedai masing-masing tetapi tiada yang membawa masuk barangan perniagaan mereka.

Sementara itu, tinjauan di pasar lama Datuk Keramat mendapati, kebanyakan peniaga barangan kering masih meneruskan perniagaan mereka di situ seperti biasa.

Pemilik tanah mahupun penyewa lot kedai di kawasan berhampiran Keramat Mall juga tidak menunjukkan sebarang tanda yang mereka akan mengosongkan tapak perniagaan mereka dalam masa terdekat ini.

Seorang peniaga kedai emas, Noor Amira Basri, 26, berkata, dia bersedia untuk berpindah ke tempat baru tetapi terpaksa menangguhkannya kerana perlu menunggu suara ramai.

Katanya, dia tidak berani mengambil risiko dengan berpindah awal kerana ada kemungkinan dia akan kehilangan pelanggan kerana peniaga lain masih tidak berpindah.

Seorang pengusaha bengkel, Careen Cheong, 28, mengakui telah menerima notis mengosongkan kedai tetapi masih meneruskan perniagaan di situ selagi pemilik tanah tidak mengarahkannya berpindah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Boleh guna pintu belakang - Ibrahim

Posted:

Boleh guna pintu belakang - Ibrahim

Boleh guna pintu belakang - Ibrahim

KUALA LUMPUR 18 Mei - Peniaga Pasar Datuk Keramat boleh menggunakan pintu belakang untuk membawa masuk barangan mereka atau untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian jika pintu depan Keramat Mall ditutup.

Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Ibrahim Yusof berkata, pintu utama ditutup tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak berpindah ke kompleks tersebut kerana notis sudah dikeluarkan.

"Ia mungkin salah faham. Peniaga sebenarnya boleh menggunakan pintu belakang berhampiran dengan Dewan Perdana dengan memaklumkan kepada pengawal keselamatan bertugas bagi memudahkan urusan pemunggahan barang atau kerja-kerja pengubahsuaian," ujarnya.

Beliau diminta mengulas kegagalan 74 peniaga di Pasar Datuk Keramat berpindah ke Keramat Mall walaupun mereka sepatutnya berpindah ke situ selewat-lewatnya hari ini.

Mengenai kegagalan peniaga mematuhi notis tawaran berpindah itu, beliau berkata, sehingga hari ini, tiada sebarang keputusan diambil sama ada mengenakan sebarang tindakan atau sebaliknya kepada peniaga yang gagal berbuat demikian.

Katanya, perkara itu akan ditentukan oleh pengurusan tertinggi DBKL selepas masalah itu dibincangkan tidak lama lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

NGO minta wang perlindungan

Posted:

NGO minta wang perlindungan

NGO minta wang perlindungan

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 18 Mei - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi sesebuah komuniti seharusnya menjadi pembela kepada nasib golongan yang mereka wakili itu daripada ditindas, selain sebagai tempat mengadu.

Namun begitu, lain pula yang berlaku pada beberapa orang cacat penglihatan di ibu negara yang mendakwa terdapat sebuah pertubuhan yang meminta bayaran bulanan daripada mereka sebagai jaminan bahawa pertubuhan tersebut akan menjaga ahlinya.

Seorang daripada mereka, Abdul Kadir Sidek, 44, berkata, pertubuhan tersebut yang dikenali sebagai Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) bertindak mengutip wang daripada orang buta yang bekerja sendiri seperti menjual tisu.

Katanya, setiap ahli akan diberi kad keahlian dan wang itu dikutip dikatakan kos untuk 'menyelamatkan' golongan itu sekiranya ditangkap oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Saya sudah pun bertanyakan mengenai hal ini dengan pihak JKM dan mereka memaklumkan bahawa perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan pertubuhan itu tidak boleh mengutip wang daripada orang kurang upaya (OKU).

"Lagipun, JKM bukannya mengadakan operasi setiap bulan dan kutipan bayaran bulanan sebanyak RM10 itu agak keterlaluan.

"Mereka ini adalah NGO yang berdaftar dan bukannya koperasi yang menyimpan duit sebagai tabungan kepada OKU," katanya ketika ditemui di Brickfields di sini.

Sementara itu, rakannya, Jamaludin Rashid, 45, berkata, pertubuhan tersebut telah mula meminta bayaran bulanan sejak bulan Mac lalu tetapi dia enggan membayar walaupun sudah menjadi ahli.

"Memang tidak patut mereka meminta bayaran. Ada juga sesetengah OKU yang telah membuat bayaran tetapi ada juga yang tidak mendapat resit," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi OKU, Mohamad Nor, 57, berharap pihak berkuasa memandang serius perkara berkenaan dan menyiasat apa yang dilakukan oleh pertubuhan tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan