Rabu, 4 Mei 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Dua pelancong wanita Singapura hilang di Taman Negara

Posted: 04 May 2011 03:15 AM PDT

Mutakhir

KUANTAN: Dua pelancong wanita warga Singapura dilaporkan hilang selepas melakukan aktiviti "jungle trekking" di kawasan Hutan Taman Negara dekat Kuala Tembeling, Jerantut.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata kedua-dua mangsa dikenali sebagai Wendy Zhao, 26; dan Yiling Neo, 20-an, dikatakan melakukan aktiviti itu pada 10 pagi Isnin lalu tanpa menggunakan khidmat pemandu pelancong.

"Kedua-dua sahabat itu sepatutnya daftar keluar dari tempat penginapan mereka semalam. "Pihak hotel telah memaklumkan kepada polis bahawa mereka tidak mendaftar keluar dan dipercayai telah tersesat ketika melakukan aktiviti berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, gerakan mencari membabitkan pasukan keselamatan dan penduduk kampung dijalankan sejak petang semalam.

"Sehingga kini mereka belum ditemui dan operasi mencari dan mengesan masih diteruskan sehingga jam 7 petang ini, dan akan disambung semula esok," katanya.

Beliau berkata, pihak kedutaan Singapura dan keluarga mangsa dimaklumkan berhubung perkara berkenaan. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pakistan patut tahu tempat tinggal Osama

Posted: 04 May 2011 03:11 AM PDT

Mutakhir

KABUL: Kerajaan Afghanistan hari ini mendakwa Pakistan sepatutnya mengetahui rumah yang menjadi tempat persembunyian pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden kerana kedudukannya berdekatan dengan kawasan markas tentera di ibu negara berkenaan.

"Bukan hanya Pakistan yang mempunyai perkhidmatan perisikan yang kuat, tapi kerajaan yang lemah sekali pun perkhidmatan perisikannnya mudah mengetahui lokasi kediaman seperti ini," kata jurucakap Kementerian Pertahanan Afghanistan, Jeneral Mohammad Zahir Azimi.

Rumah yang menjadi tempat tinggal Osama terletak di pekan Abbottabad yang berhampiran dengan pintu pagar Akademi Tentera Kakul, markas yang memberi latihan kepada pegawai tertinggi Pakistan. Malah, Azimi berkata, kebanyakan rumah yang berjiran dengan rumah Osama itu adalah terdiri daripada pegawai tentera Pakistan.

"Banyak persoalan yang memerlukan jawapan mengenai perkara ini," katanya. - AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan