Isnin, 2 Mei 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Sokong PAS keluar

Posted: 01 May 2011 02:58 PM PDT

MukaDepan

KERATAN muka depan Berita Minggu semalam.

KERATAN muka depan Berita Minggu semalam.

Pemimpin, persatuan Melayu setuju syor cerai DAP

KUALA LUMPUR: Pemimpin dan persatuan Melayu menyokong cadangan Datuk Seri Najib Razak supaya PAS keluar daripada pakatan pembangkang demi kepentingan dan perpaduan Melayu dan Islam.

Mereka mahu PAS melihat isu perpaduan ummah dengan pemikiran lebih matang selaras dengan perkembangan senario politik semasa, selain ideologi perkauman yang dibawa sekutunya, DAP.

Mereka juga sependapat PAS perlu menjauhi DAP yang mahu menjadikannya alat untuk memecahkan perpaduan dan kelangsungan kuasa politik Melayu untuk mencapai cita-cita politik mereka. Ketua Dua Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berpendapat jika PAS dan UMNO bekerjasama, ia dapat menstabilkan senario politik serta mengukuhkan perpaduan Melayu.

Katanya, sebagai parti yang menggunakan nama Islam, PAS seharusnya memilih parti politik yang dianggotai umat seagama dan Melayu iaitu UMNO.

"Kenapa pilih bersama DAP sedangkan ideologi perjuangan PAS dan DAP amat berbeza kecuali persamaan untuk menjatuhkan UMNO dan BN," katanya.

Beliau percaya perpecahan sesama umat Islam dan Melayu akibat perbezaan fahaman politik akan reda jika ada parti yang mengutamakan perjuangan bangsa seagama.
Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Irmuhizam Ibarahim, berkata PAS perlu sedar mereka dipergunakan DAP dan harus keluar daripada perangkap itu yang hanya menjadikannya alat untuk meraih sokongan Melayu.

"Perdana Menteri sudah membuka ruang untuk penyatuan Melayu dan umat Islam. Mengapa tidak cuba disambut dengan hati terbuka," katanya.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu, Dr Hasan Mad percaya kepemimpinan PAS terutama generasi mudanya menyokong perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) jika matlamatnya untuk perpaduan.

Hasan percaya kenyataan Perdana Menteri meminta PAS tinggalkan sekutu pembangkang adalah daripada perspektif nasional, bukan politik dan menjurus kepada kepentingan negara.

"Kepada dua tiga pemimpin PAS yang terlalu taksub kepada pakatan pembangkang... inilah masa untuk sedar mengenai budaya politik DAP yang sebenarnya, ajaklah penyokong PAS beralih arah walaupun tidak bersama UMNO dan BN, tetapi jauhi DAP.

"Jika PAS keluar pakatan, tentunya dapat menyatupadukan Melayu," katanya.
Kelmarin, Najib berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pakatan pembangkang, khususnya DAP yang tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Selasa lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata partinya menutup pintu perbincangan dengan UMNO dan BN berhubung kerajaan perpaduan bagi mengelak pemimpinnya terus bertelagah sesama sendiri.

Isu itu timbul apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam blognya mencadangkan supaya satu Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti yang didakwa bermasalah bagi membersihkan parti daripada golongan properpaduan dengan UMNO.

Di KLUANG, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata permintaan Perdana Menteri bukanlah cadangan yang dibuat Najib terhadap parti itu, tetapi berdasarkan realiti politik semasa.

"Kita lihat ketika ini (pembabitan PAS dalam pembangkang) hanya menguntungkan satu parti iaitu DAP. Ini bukan isu perkauman atau nak menuduh sesiapa. Kita nak ingatkan kepada PAS bahawa apa yang dibuat ini tidak membawa manfaat. Saya harap mereka kaji dan buat pertimbangan yang terbaik," katanya.

Di IPOH, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta PAS memperhalusi dan mempertimbangkan saranan Presiden UMNO itu.

"PAS perlu melihat perkara itu (permintaan keluar pakatan pembangkang) dengan pemikiran lebih matang selaras dengan perkembangan senario politik masa kini.

"Takkan mereka tidak boleh fikirkan siapa yang mendapat manfaat. PAS mengharapkan sesuatu daripada DAP, manakala DAP mengharapkan sesuatu daripada PAS... tetapi akhirnya yang menang DAP," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mustapa sutan

BN perlu fokus kepada meningkatkan sokongan bukan melayu kepada BN terutama MCA, MIC, PPP dll elak daripada kalah teruk pru13 nnti. jangan harap kepada PAS dulupun pernah bersama.

Roslan b. Abd Ghafar

Teramat setuju. PAS perlu memikirkan perpaduan bangsa Melayu dan kepentingan agama Islam di negara ini. Selagi kita berpecah, selagi itu lah adanya lohong-lohong kosong yang terisi oleh pemecah Perpaduan Melayu dan Islam. Kita sebagai rakyat akar umbi, dapat melihat dengan jelas akan perjuangan DAP hanya untuk kepentingan politik mereka dan kepentingan2 tertentu khasnya dalam memecah belahkan umat Islam. PAS perlu berundur dan berjuang bersama UMNO untuk kepentingan negara ini, khasnya untuk Islam.

shaidan

..Perkara ini berlaku sebenarnya salah Orang Melayu juga..terutamanya peminpin-peminpin Malaysia, kerana membuangkan sedikit-sedikit perkataan Melayu. Ini membuatkan sebutan untuk perkataan Melayu agak kurang..kebanggaan untuk orang melayu juga semakin berkurangan..Persekutuan Tanah Melayu stu nama yang paling Besar untuk menyedarkan bahasa bumi ini adalah tanah air orang melayu.Renung-renung kan..

anuar

apasal tiba-tiba timbul idea ni.

kancan

saya bukan penyokong pas tapi tidak menentang pas. saya penyokong umno tapi bukan ahli umno. pakatan pembangkang sesuatu yang bencana kepada negara, pakatan bn masih yang terbaik. pas perlu ujud tetapi berfungsi sebagai penngawal kepada aktiviti bn. pas tidak akan boleh memerintah negara jika bersendirian, tetapi jika bersama pakatan pembangkang ia hanya sebagai boneka yang untung adalah pihak lain. renung2kan dan .........

shaidan

demi perjuangan niat suci PAS WAJIB keluar dari PAKATAN..dan jangan pula menyertai BN..Uruskan sendiri seperti dahulu,saya pasti demi semangat MELAYU ,orang MELAYU akan memberi full support kepada Parti ini.

May Lima

setuju sangat.sebab kedua2nya saya suka.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pulang selepas 13 tahun

Posted: 01 May 2011 02:53 PM PDT

MukaDepan

DAYAH (kiri)  tidak dapat menahan sebak ketika bertemu anaknya, Nooriah yang melarikan diri ke Lombok sejak  13 tahun lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, semalam. - Foto Hamzah Osman

DAYAH (kiri) tidak dapat menahan sebak ketika bertemu anaknya, Nooriah yang melarikan diri ke Lombok sejak 13 tahun lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, semalam. - Foto Hamzah Osman

LANGKAWI: "Alhamdulillah, sebelum pejam mata dapat juga jumpa anak yang Mak Cik kandung dan besarkan daripada kecil. Cuma rasa sikit terkilan kerana dia pulang seorang diri tanpa membawa bersama dua cucu yang masih berada di Lombok.

"Dalam keadaan begini (pulang seorang diri) mungkin dia tak lama kerana teringatkan anak dan suami. Ini yang buat Mak Cik tak seronok, kalau pulang semua baru seronok," kata Dayah Sibun, 64, dengan linangan air mata ketika menyambut kepulangan anak perempuannya yang terpisah sejak 13 tahun lalu.

Nooriah Abdullah, 30, wanita yang lari mengikut seorang lelaki ke Mataram, Lombok, Indonesia pada 1998, kembali ke pangkuan keluarga di Kampung Bohor Tok Ad di sini, malam kelmarin. Nooriah yang sudah berkahwin dengan lelaki Lombok, Zainudin Amaq Gen, 32, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini pada jam 10.30 malam. Sebelum itu, dia menaiki pesawat AirAsia diiringi Ketua Pemuda UMNO Langkawi, Nor Saidi Nanyan yang menyambutnya di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang.

Dayah, yang mengaku tidak lena tidur sejak tiga malam lalu berikutan teruja untuk bertemu Nooriah, dilihat memeluk sambil berkali-kali mencium pipi anaknya itu diikuti ahli keluarga yang lain.

Ibu tunggal itu juga berkata, keluarganya akan mengadakan kenduri kesyukuran sempena kepulangan anak keempatnya itu selepas lama terpisah dan terputus hubungan.

Turut berada di LTAL bagi menyambut kepulangan wanita itu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad dan kira-kira 20 Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Langkawi, selain ahli keluarga yang lain.
Nooriah yang mempunyai dua cahaya mata berusia 12 dan lima tahun hasil perkahwinan dengan lelaki Lombok itu menyatakan rasa terima kasih kepada Pemuda UMNO kerana membantunya pulang ke tanah air.

"Sebelum ini, saya pernah hantar surat kata mahu pulang tetapi tidak dibalas. Cuma, baru-baru ini, saya didatangi seorang lelaki bernama Amir menyatakan ibu merindui dan meminta saya pulang.

"Alhamdulillah dengan bantuan Pemuda UMNO, Kedutaan Malaysia (di Indonesia) dan pemerintah Indonesia, akhirnya saya kembali ke sini," katanya ketika ditemui di Balai Ketibaan LTAL di sini.

Berita Harian pada 1 Februari lalu melaporkan Dayah yang merindui anaknya tampil meminta bantuan orang ramai untuk menjejaki dan membawa Nooriah yang dilarikan seorang lelaki Lombok.

Berikutan itu pelbagai pihak terutama Pemuda UMNO mula menjejaki Nooriah untuk membawanya pulang ke kampung halaman yang ditinggalkannya sejak 13 tahun lalu apabila mengikut seorang lelaki yang kini menjadi suaminya.

Sementara itu, Nor Saidi berkata, usaha membawa pulang Nooriah mempunyai banyak halangan kerana dia memasuki Indonesia pada 1998 tanpa menggunakan dokumen sah, sekali gus menyalahi undang-undang negara itu.

Katanya, mengikut undang-undang Jabatan Imigresen Indonesia, seseorang individu yang masuk secara haram ke negara itu boleh dikenakan hukuman penjara enam tahun atau denda Rp30 juta (RM7,000).

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mama amanda

hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sndri....apa pn alhamdullilah

wadi suwardi

alhamdulillah..jangan jadi anak derhaka..sia2 saja amal ibadat nanti....

Ginger Bread

salah siapa kalau bukan salah sendiri, cinta punya psl sanggup tgglkan ibu tanpa rasa bersalah pun dulu

razak man

syukur ke hadrat ilahi krn mempertemukan semula setelah sekian lama 13 thn yg lalu kini dipertemukan kembali. hanya Allah saja yg dpt membalas budi baik dan jasa org2 yg terlibat utk membawa pulang ke Malaysia.

Tipah Tertipu

alhamdulilah,..:)

cimie

Hujan batu di negeri orang,hujan emas di negeri sendiri...masih memilih negeri orang.Sumuanya kerana CINTA.Jgn butakan mata dan hati menerima cinta sembarangan kerana akan banyak lagi hati yang terluka terutama IBU dan BAPA.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen