Jumaat, 22 April 2011

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Natijah dan mesej pengundi

Posted:

Natijah dan mesej pengundi

Natijah dan mesej pengundi


Pengundi bumiputera dan bukan bumiputera mempunyai pendirian yang berbeza terhadap masa depan politik Sarawak.


"APAKAH Tan Sri sudah jangka BN menang 55 kerusi?" Ini soalan wartawan dalam sidang akhbar kedua Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selepas dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak kali ketujuh.

Jawapannya di luar jangkaan saya. Rupa-rupanya kemenangan 55 kerusi itu bukan lagi perkara penting kepada beliau.

Jawapan Abdul Taib: "Saya telah jangka keputusan ini. PBB akan menang 100 peratus. Namun ada polarisasi kaum dalam trend pengundian ditunjukkan dalam pihak pembangkang dan ia suatu yang tidak sihat untuk Sarawak. Saya mengambilnya sebagai luahan perasaan para pengundi.

Apakah natijahnya, saya sendiri tidak tahu dan saya sedang memikirkan cara untuk menghadapi situasi ini. Hanya ada dua calon Cina (BN) yang memenangi pertandingan kali ini.

"Saya perlu meneliti perkembangan ini dengan sebaik-baiknya untuk memahami apa mesej yang ingin disampaikan oleh masyarakat Cina kepada kerajaan. Jika mereka ingin menggunakan pendekatan perkauman, ia adalah sesuatu yang tidak boleh saya penuhi kerana ia akan menimbulkan situasi tidak elok di antara kita."

Apabila ditanya: "Apa komen tentang Presiden SUPP, Tan Sri George Chan?" Beliau menjawab: "Hanya, apakah yang akan kita buat dengan mesej daripada orang Cina.

Seperti saya katakan, jika mereka mahu mengguna pakai politik perkauman, itu adalah sesuatu yang tidak boleh kita benarkan. Walaupun ia sah, kita akan mundur dalam perkembangan sebegitu."

Menjawab pertanyaan mengenai Kabinet baru, kata Abdul Taib: "Saya tidak mahu jawab sekarang kerana kita mahu kaji dahulu apakah cara kita nak respon kepada keputusan ini." (Utusan Malaysia, 18 April 2011).

Ini bukahlah mood orang yang baru menang besar dalam pilihan raya. Nampak benar betapa kecewanya Abdul Taib terhadap sikap politik masyarakat Cina di Sarawak.

Sebenarnya, ramai yang sudah lama tahu, apakah mesej dan matlamat politik mereka. Samalah dengan mesej masyarakat Cina di Semenanjung yang telah lama disampaikan melalui DAP.

Abdul Taib tentu sudah tahu. Di Sarawak mereka sudah mula tunjuk pada tahun 2006. Sehari sebelum kenyataan Ketua Menteri Sarawak itu disiarkan, Awang Selamat berkata dengan terus terang: "Hakikatnya, selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama, masyarakat Cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan." Kerana nak jaga hati, sebelum ini orang tak mahu cakap.

Sekarang ditunjukkan dengan terang-terang. Inilah matlamat "perubahan" yang dilaungkan oleh masyarakat Cina yang hendak dicapai melalui DAP.

Kekalahan SUPP di Sarawak itu adalah mesej dan amaran terbaru, susulan cita-cita yang tak tercapai pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Strategi kempen politik perkauman, yang sangat dikesalkan Abdul Taib, pasti akan terus mereka pergunakan.

Goh Kien Nan dalam tulisannya (Sin Chew Daily 18 April 2011) menegaskan "fenomena orang Cina melawan arus bukan lagi hanya terbatas di Sarawak, sebaliknya rentak sama berlaku di seluruh negara. Ia bukan saja tidak reda, malah sudah menjadi begitu kuat, mungkin akan terus melarat, semarak dan membara sehingga PRU akan datang." (Utusan Malaysia, 21 April 2011). Ini memang benar dan suatu amaran yang keras.

Maka apa pun cara Abdul Taib dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak menangani situasi ini, natijahnya kepada negeri Sarawak dan negara seluruhnya, pasti tidak baik.

Api yang dikatakan Kien Nan "terus melarat, semarak dan membara" itu pasti akan membakar kita semua. Natijah inilah yang cuba dibendung oleh kerajaan, terutama selepas PRU 2008. Tetapi mereka tidak peduli. Alasan Kien Nan, "jasa masyarakat itu membangunkan negara ini dilupakan apabila segala kemahuan mereka diabaikan."

Kemenangan besar BN di Sarawak, jelas sekali kerana sokongan semua suku kaum Bumiputera. Walaupun majoriti mereka hidup serba kurang dan jauh di pedalaman, cinta mereka kepada bumi tumpah darah tak pernah luntur.

Justeru apa pun dakyah pembangkang dari Semenanjung, mereka tetap menyerahkan masa depan kepada parti dan pemimpin Bumiputera Sarawak.

Natijahnya Abdul Taib tiada cara lain, kecuali terus memperkukuh barisan pertahanan dan membina kubu politik di kalangan rakyat Bumiputera.

Mereka mesti dibela sepanjang masa. Merekalah harapan bangsa dan negara. Tidak boleh lagi mengharapkan kerjasama daripada bukan Bumiputera.

Jika tindakan seperti ini terpaksa dilakukan juga di Semenanjung, maka akan jadilah perang politik Melayu melawan bukan Melayu, yang akan penuh dengan kebencian dan permusuhan. Situasi inilah yang cuba dielak selama 50 tahun dengan pelbagai tindakan sosial-politik-ekonomi.

Saya pernah cadang dalam dua tulisan saya Disember 2005, agar satu wadah Melayu yang baru, dipimpin oleh tenaga muda ditubuhkan. Bukan parti politik, tetapi tetap dengan perjuangan kebangsaan Melayu-Islam. Wadah ini patut dianjurkan oleh gabungan pertubuhan generasi muda Melayu, bukan oleh UMNO.

Tujuan wadah ini bukan untuk melawan Cina, tetapi waktu itu nampak benar fikiran Melayu tidak menentu, seperti hilang pedoman dan sasaran. Badan-badan yang ada lemah tak berdaya. Masalah sosial-ekonomi tambah menjadi-jadi. Maka kita perlu wadah baru dengan tenaga baru, semangat dan pendekatan baru, tidak terikat kepada mana-mana parti politik.

Ikatannya hanya satu iaitu pribumi Malaysia. Sekarang wadah baru ini diperlukan. Perkasa sudah ada. Perkukuhkan saja?

PKR dan rakan-rakannya, termasuk DAP, memang berhak mencari jalan untuk memerintah negeri dan negara melalui pilihan raya. Tetapi mencari pengaruh dan sokongan melalui emosi benci dan membakar sentimen perkauman, adalah jalan yang amat berbahaya. Tidak akan ada lagi negeri Cina yang baru di sini selepas Singapura. Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung.

Abdul Taib tegas menolak "pendekatan perkauman" tetapi beliau menegaskan "kita kena kaji dahulu apakah cara kita nak respon kepada keputusan ini dan apakah ertinya suara rakyat melalui pilihan raya ini."

Mengkaji "ertinya suara rakyat" memanglah tepat sekali. Namun dengan apa cara pun, pemimpin dan kerajaan yang bertanggungjawab mestilah ada keberanian politik untuk mengambil tindakan.

Rakyat dan ibu pertiwi mesti diselamatkan. Kita hanya ada satu Bumi saja. Di sini kita berdiri, di sinilah kita mati. Siapa-siapa pun yang tak senang hati, jangan buka dada bawa angkara, nyahlah dari Bumi ini.

DATUK NOOR AZAM ialah bekas Setiausaha Politik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kenapa hanya utamakan penyu belimbing?

Posted:

Kenapa hanya utamakan penyu belimbing?

Kenapa hanya utamakan penyu belimbing?

Oleh Mohd. Hazli Hassan

LAPORAN dari Terengganu pada 11 April 2011 bertajuk 'Orang Ramai Dinasihatkan Tidak Jual Atau Beli Telur Penyu Belimbing' mungkin dianggap satu isu remeh.

Namun bagi mereka yang sedar tentang kepentingan kepupusan spesies marin, ia satu agenda utama.

Laporan itu memetik Pegawai Penyelidik Pusat Penyu dan Ekosistem (Tumec), Nazuki Sulong yang mengatakan Enakmen Penyu Negeri Terengganu 1951 (pindaan 1987) memperuntukkan denda RM5,000 bagi setiap sebiji telur penyu belimbing atau lima tahun penjara, jika sabit kesalahan.

Kata Nazuki lagi, Tumec turut mencapai persetujuan dengan kerajaan negeri untuk menetapkan 70 peratus telur penyu agar dan karah dikutip untuk dieram, manakala 30 peratus lagi boleh dijual.

Persoalannya kenapa hanya telur penyu belimbing. Apa jadi dengan telur penyu lain, agar, karah dan lipas. Telur tuntung. Semua ini spesies diancam kepupusan. Kenapa hanya penyu belimbing yang mendapat tempat dan perhatian pada Enakmen Penyu Negeri Terengganu?

Tabung Hidupan Liar Sedunia Malaysia (WWF-Malaysia) juga pelik memerhatikan perkara ini. Bagi mereka, melarang penjualan telur penyu belimbing adalah tidak memadai kerana semua spesies penyu merupakan spesies terancam.

Alasan mereka mudah, statistik Jabatan Perikanan menunjukkan bilangan pendaratan agar dan karah yang direkodkan mendarat di Terengganu masing-masing menurun sebanyak 25 peratus dan 70 peratus sejak tiga dekad lalu.

Walaupun negara mempunyai Pelan Tindakan Kebangsaan untuk Pemuliharaan dan Pengurusan Penyu Malaysia yang telah dilancarkan pada tahun 2008 oleh Jabatan Perikanan, namun ia hanya di peringkat persekutuan.

Kerajaan negeri masih memegang bidang kuasa dari segi perundangan untuk menetapkan larangan ke atas penjualan dan pemakanan telur penyu merangkumi semua spesies.

Yang saya pelik, kenapa susah sangat kerajaan negeri Terengganu nak menetapkan larangan penjualan ke atas semua telur penyu? Tidak hanya Terengganu, Pahang, Kedah, Johor, Sabah dan semua negeri pendaratan penyu perlu melakukan sesuatu.

Kenapa masih perlu ada kuota penjualan 70 peratus dikutip manakala selebihnya boleh dijual? Persoalannya, kenapa perlu lagi dijual? Zaman berubah, selera pun berubah, kenapa perlu telur penyu terus dimakan?

Tidak ada kajian setakat ini yang mengatakan telur penyu sebagai satu afrodisiak. Malah kajian yang dilakukan oleh pakar epidemiologi hidupan liar Columbia University, A. Alonso Aguirre mengatakan, konsentrasi tinggi bahan cemar terdapat dalam telur penyu mampu mengurangkan kesuburan.

Apa lagi yang mereka nak tunggu? Apa lagi yang nak mereka buktikan? Dan kini dengar cerita ada yang dah suka makan daging penyu pula. Mana pendirian kita?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen