Khamis, 10 Mac 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Perak guna pendekatan dua hala

Posted:

Perak guna pendekatan dua hala

Perak guna pendekatan dua hala

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 9 Mac – Kerajaan negeri akan mengambil pendekatan dua hala dalam menyokong sembilan projek baru yang diumumkan di bawah Projek Permulaan (EPP) melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) khususnya bagi sektor perlancongan di negeri ini.

Exco Pelaburan, Industri, Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pendekatan terbaru itu merupakan langkah yang diambil kerajaan negeri bagi mempercepatkan lagi kemajuan sesuatu projek.

Menurutnya, jika sebelum ini Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) mengunakan pendekatan sehala dengan mencari program-program ekonomi yang bersesuaian untuk dimajukan, kini kerajaan negeri pula akan melakukan perkara yang sama.

"Kita mahu memberikan pendekatan yang berbeza daripada sebelum ini. Oleh itu, kita akan mencadangkan beberapa program-program ekonomi yang berpotensi untuk diberikan kepada kerajaan pusat," katanya selepas merasmikan Festival Seni Persembahan Perak (PPAF) 2011, di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sembilan projek baru yang bakal menarik pelaburan berjumlah RM2.26 bilion serta menjana RM11.71 bilion bagi Pendapatan Negara Kasar (GNI) menjelang 2020 iaitu tambahan kepada 14 projek yang telah diumumkan kerajaan sebelum ini.

Katanya, projek itu merangkumi beberapa bidang pelaburan di bawah aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) iaitu pelancongan, pertanian, kelapa sawit dan getah, elektrikal dan elektronik serta minyak, gas dan tenaga.

Sementara itu, Hamidah menyambut baik keputusan kerajaan yang akan meningkatkan kemudahan pelancongan di Pulau Pangkor melalui salah satu projek yang diumumkan di bawah NKEA pelancongan.

Katanya, pemilihan tersebut merupakan satu keputusan yang tepat dan selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu menjadikan sektor pelancongan sebagai sumber ekonomi kedua negeri itu.

"Apa yang diumumkan Perdana Menteri semalam memang amat bersesuaian dan pemilihan Pulau Pangkor sememangnya pemilihan yang tepat dan selaras dengan hasrat kerajaan negeri sendiri," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

5 rumah, kedai makan rosak akibat ribut

Posted:

5 rumah, kedai makan rosak akibat ribut

5 rumah, kedai makan rosak akibat ribut


Norshakinah Shaari bersama penduduk kampung membersih kawasan kedai makan miliknya selepas dipukul ribut di Kampung Titi Tok Diah, Kubang Pasu, kelmarin.


KUBANG PASU 9 Mac - Lima rumah dan sebuah kedai makan di Kampung Titi Tok Diah dan Kampung Permatang Bonglai Kecil di sini rosak teruk akibat dilanda ribut, semalam.

Peniaga kedai makan, Norshakinah Shaari, 34, berkata, bahagian bumbung di kedai makan miliknya diterbangkan angin selepas ribut melanda kawasan Kampung Titi Tok Diah, kira-kira pukul 5 petang semalam.

"Sewaktu ribut melanda kampung ini, saya dan anak saya berusia tujuh tahun berada di dalam rumah kami yang terletak kira-kira 200 meter dari kedai makan milik saya.

"Tidak sampai 10 minit saya dengar bunyi bumbung runtuh dan ketika itu saya sangat takut dan tidak berani keluar dari rumah," katanya ketika ditemui di Kampung Titi Tok Diah, di sini hari ini.

Menurutnya, selepas ribut itu reda, barulah dia keluar untuk melihat apa yang berlaku di luar rumahnya itu.

"Bumbung kedai makan saya roboh dan sebuah kerusi tersangkut di atas pokok mangga yang terletak kira-kira lapan meter dari kedai makan saya.

"Ribut ini berlaku dalam tempoh 10 minit sahaja dan saya kerugian kira-kira RM10,000 akibat kejadian ini," ujarnya.

Seorang mangsa, Mariah Omar, 44, berkata, anak perempuannya yang berusia enam tahun, Syafiqah Che Omar nyaris cedera apabila atap asbestos di bilik utama rumahnya di Kampung Titi Tok Diah runtuh dalam kejadian itu.

"Anak saya sedang tidur terus terjaga selepas terdengar bunyi benda jatuh dan mendapati atap asbestos dan serpihan konkrit di sekeliling kepalanya.

"Dia kemudiannya berlari mendapatkan saya yang ketika itu berada di dapur dan saya terus menjerit meminta suami mengambil seorang lagi anak saya yang ketika itu berada di ruang tamu," katanya.

Tambahnya, kejadian ribut yang pertama kali merosakkan rumahnya itu dianggarkan melibatkan kerugian melebihi RM4,000.

Dalam pada itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu, Mohd. Shabberi Othman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan bantuan diberikan mengikut nilai kerugian dalam masa terdekat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 sekeluarga terdedah bahaya tebing sungai runtuh

Posted:

12 sekeluarga terdedah bahaya tebing sungai runtuh

12 sekeluarga terdedah bahaya tebing sungai runtuh

KULIM 9 Mac - Sebuah keluarga hidup dalam kebimbangan apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Terap Batu 11 dekat sini sejak lebih 30 tahun lalu terletak berhampiran lokasi tebing runtuh.

Kejadian tanah runtuh di tebing Sungai Terap itu meresahkan Shamsiah Jaafar, 43, kerana ia terletak di belakang rumahnya.

Keadaan menjadi lebih teruk jika kawasan itu kerap hujan lebat yang menghakis tebing sungai tersebut.

Dia yang tinggal bersama anak dan menantu serta cucu-cucunya yang kesemuanya 12 orang bimbang apabila melihat tebing sungai berhampiran dapur rumahnya semakin terhakis.

Shamsiah berkata, dia melaporkan perkara itu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pemimpin tempatan dan menunggu tindak balas pihak berkenaan.

"Masalah ini berlarutan lebih dua tahun lalu. Dulu tebing sungai berada kira-kira 10 meter dari belakang rumah.

"Kini ia semakin hampir iaitu kira-kira lima meter. Saya takut kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Shamsiah berkata, selain rumahnya, hakisan tebing terbabit turut melibatkan kediaman beberapa jirannya.

"Sekarang masuk musim hujan. Saya dan anak-anak tidak dapat tidur nyenyak kerana bimbang rumah musnah akibat runtuhan tebing ini.

"Setiap kali hujan lebat, keadaan aliran air sungai sangat deras malah melimpah masuk ke rumah," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kulim, Sulaiman Ibrahim yang melawat tempat kejadian memberitahu, pihaknya akan memanjangkan kes tersebut kepada JPS dan agensi berkaitan untuk diselesaikan segera.

"Kita juga akan berusaha mendapatkan peruntukan khas untuk membaiki dan mendalamkan sungai ini yang sering menimbulkan kesulitan kepada penduduk," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen