Rabu, 23 Mac 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Peluang lepasan SPM belajar di KPTM

Posted:

Peluang lepasan SPM belajar di KPTM

Peluang lepasan SPM belajar di KPTM

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


Sebahagian guru kaunselor sekolah yang hadir pada Seminar Kaunselor bersama KPTM Kota Bharu di Dewan Kuliah kolej itu di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 22 Mac - Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan sederhana perlu diberi sokongan dan peluang untuk mencipta kecemerlangan di peringkat lebih tinggi.

Pengarah Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kampus Cawangan Kota Bharu, Mohamed Saifuddin Hussin berkata, pada masa sekarang, peluang untuk melanjutkan pelajaran terbuka luas dengan kewujudan pelbagai pusat pengajian tinggi termasuk swasta.

Beliau berkata, di KPTM, program pendidikannya dibentuk bagi membantu pelajar dengan pencapaian sederhana dan rendah, mendapat peluang kedua untuk berjaya dalam bidang akademik.

"Setiap pelajar mempunyai potensi diri masing-masing dan sebahagian besar mungkin belum digilap sepenuhnya semasa berada di sekolah.

"Dengan keputusan kurang cemerlang dalam SPM, mereka mungkin berasa telah gagal dan kita seharusnya membantu mereka.

"Sekiranya dididik dan diberi peluang, kita yakin ramai antara mereka sebenarnya berpotensi untuk menyerlah seperti rakan sebaya yang cemerlang di peringkat SPM," katanya pada Seminar Kaunselor bersama KPTM Kota Bharu di Dewan Kuliah kolej itu, di sini hari ini.

Mohamed Saifuddin berkata, sempena pengumuman keputusan SPM esok, seminar itu diharap dapat memperkenalkan kolej kepada warga pendidik dan memberi pendedahan mendalam tentang peluang pendidikan yang ada.

Beliau berkata, dengan sekurang-kurangnya tiga kredit dalam mana-mana mata pelajaran, lepasan SPM berpeluang melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat diploma di KPTM.

Malah, katanya, mereka juga berpeluang cerah mendapat pinjaman pelajaran daripada Mara.

Katanya, terdapat tujuh kampus KPTM di seluruh negara dengan bilangan pelajar melebihi 15,000 orang, manakala dua kampus lagi dibuka pertengahan tahun ini.

Beliau memberitahu, KPTM Kota Bharu menawarkan lapan program termasuk Diploma Sains dan Pradiploma Sains (aliran fizik/hayat) yang merupakan usaha sama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Desasiswa Murni rangkul tiga emas

Posted:

Desasiswa Murni rangkul tiga emas

Desasiswa Murni rangkul tiga emas


Pasukan Kuartet 4x100 meter campuran Desasiswa Murni USM menunjukkan pingat di Minden, Pulau Pinang, baru-baru ini.


KOTA BHARU 22 Mac - Seramai 19 atlet dan pegawai pasukan Desasiswa Murni, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Kubang Kerian dekat sini, menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Antara Desasiswa USM di Pulau Pinang baru-baru ini.

Kejohanan tersebut yang berlangsung di Stadium Olahraga USM, disertai oleh 337 pasukan melibatkan seramai 1,600 atlet.

Pada kejohanan itu, kontinjen Desasiswa Murni membawa pulang tiga pingat emas apabila menjuari acara 4x100 meter dan 4xmedley lelaki serta 4xmedley wanita. Acara medley membabitkan larian sejauh 200, 400 dan 800 meter.

Pengurus pasukan, Pearl Cheah berkata, kejayaan itu hasil usaha keras atlet yang menjalani latihan dan mempunyai komitmen tinggi serta fokus sewaktu bertanding.

"Pemilihan atlet dibuat melalui kejohanan tertutup yang diadakan di USM Kampus Kesihatan Kubang Kerian, baru-baru ini.

"Hasil daripada kejohanan tersebut, kita mengenal pasti atlet yang berpotensi bagi menghadapi kejohanan tersebut.

"Kita menjalani latihan intensif selama dua minggu di kampus USM sementara seminggu lagi di Pusat Trek dan Balapan, Kompleks Belia dan Sukan Panji," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

Cheah memberitahu, pemilihan atlet dan sesi latihan dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih dan ketua kontinjen, Adam Abdul Malik.

"Saya percaya, kejayaan kita dalam kejohanan tersebut adalah hasil latihan berterusan di samping disiplin tinggi yang diterapkan di kalangan atlet.

"Kita ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan universiti yang memberi sokongan kepada peserta kejohanan itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMK dekati golongan pelajar

Posted:

UMK dekati golongan pelajar

UMK dekati golongan pelajar


Dekan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli UMK, Prof. Dr. Ibrahim Che Omar menyampaikan taklimat di Dewan Auditorium, Kompleks Mara di Kelantan, baru-baru ini.


KOTA BHARU 22 Mac - Hari Bertemu Pelanggan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diadakan baru-baru ini, berjaya mendekatkan universiti berkenaan kepada masyarakat terutama golongan pelajar.

Sebanyak 20 sekolah menengah di negeri ini termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Zon Timur menghadiri majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Auditorium Kompleks Mara di sini.

Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UMK, Wan Tik Sakinah Wan Mohd. Zain berkata, program tersebut melibatkan kaunselor dari sekolah berkenaan dengan tujuan memberi penerangan dan kefahaman mengenai Program Persediaan Keusahawanan Sains (PPKS) di UMK.

"PKS merupakan program usaha sama antara Kolej Mara Kulim (KMK), Kedah dan UMK sebagai persediaan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum meneruskan pengajian di UMK," katanya ketika ditemui pada program itu, di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) Mara negeri, Che Shafie Che Omar.

Beliau berkata, mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai PPKS boleh melayari laman web http://www.fasa.umk.edu.my atau http://online.mara.gov. my/upimonline.

Wan Tik Sakinah memberitahu, melalui program tersebut, pihaknya berharap dapat berkongsi maklumat bersama masyarakat dan pelajar khususnya bagi memupuk minat mereka untuk melanjutkan pengajian di UMK.

"Kita mahu memberi gambaran sebenar tentang proses pembelajaran dan pengajaran di UMK, selain menyentuh mengenai kemudahan dan kelengkapan yang terdapat di universiti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen